Thursday, April 30, 2009

Spesis burung-burung yg nakal

Burung adalah sejenis haiwan yang dikategorikan comel, menarik perhatian kita..lebih2 lagi dgn kelebihannya yg bersayap, membolehkan mereka terbang bebas kesana kemari..kadang2 aku teringin jugak nk jadi burung boleh berterbangan lari dari segala hiruk pikuk kehidupan.

Itik, angsa juga tergolong dalam keluarga burung...mereka bersayap dan boleh terbang. Tetapi dgn fizikal yg besar, tahap terbang mestilah terhad.

Aku bukannya berilmu nak cakap pasal burung ni..hanya nk kongsi clip video aksi2 burung yg nakal...nasib baik kasawari takde dlm klip ni..hehe

video

post signature

Wednesday, April 29, 2009

Reminder - Trip to Manjung, Perak

Dapat surat bersampul surat 'URUSAN PADUKA BAGINDA' , sentap jap..ape kes ni? Padahal bukannya tak penah dpt surat camni pun...saje la gedik sikit. Lepas tu, stem guna negeri Perak tuh..nak kata kawan blogger, dulu aku ada ler sorang, tp skrg dah ghaib...tp tak kan dia tau address aku? Impossible!!

Sebenarnnya cousin aku mengutus kad jemputan perkahwinannya yg akan berlangsung pada 31 May 2009 ni di Manjung, Perak. Maka dengan acara ini, kami sekeluarga buat kali pertamanya akan menjejakkan kaki ke Perak. Rasa teruja sangat nk gi jalan ke Perak ni, seingat aku last time aku jejak ke Lumut, Perak masa umur ku belasan tahun..masih anak dara lagi time tu..masih skool.
Dalam rancangan, kami akan bertolak pada 30hb malam dan tiba di Manjung awal pagi 31hb. Tido semalam je kat Manjung, then kita akan bertolak balik singgah di KL pada 1 June untuk semalam. Kalau dapat jumpa bloggers kat KL pun best gak, sbb ramai bloggers kat KL ni..hehe
Dah lama betul tak jalan2 kt KL tau..besttnya....tak sabar nak jalan2 ni..

post signature

Monday, April 27, 2009

Gift Award dari MamaQaypo

Dapat award dari MamaQaypo yang baru beberapa minggu aku kenal. Terima kasih mAMAqAYPO....pada aku nick name ni agak berani dan sempoi...

Tak banyak yang dapat aku citerkan pasal mamaQaypo ni, sbb baru je kenal.
Moga persahabatan kita bukan hanya di maya, inshallah teringin nak jumpa kenalan maya semua di alam nyata.

post signature

Sunday, April 26, 2009

Tugasan biasa atau luar biasa??

Tugasan biasa hari minggu..masak untuk keluarga...hari2 biasa mmg aku jarang masak...main beli jerk..sbb tak sempat dan kepenatan, lebih2 lagi bila ada tempahan2 kek atau kuih. Tapi kalau ada kerajinan dan mood nak masak, aku masaklah, tp lambatla sikit makan malam tu nnt.

Bukan senang nak jadi surirumah yang bukan sepenuh masa ni. Siang hari busy di pejabat, malam hari busy di rumah pulak. Korang sumer kena respect dengan orang2 cam aku ni...muhaha, sbb bukan keje senang wei nak menghadapi cabaran camni. Kira layak lah diberi gelaran superwoman utk kami wanita yg bekerja dan juga surirumah tanpa bantuan org gaji.

Jom layan apa aku masak ari ni...
walaupun masakan bukan cara tukang masak tersohor..

Sotong masak ink atau Sotong masak Itam
Sayur kacang masak goreng
Tempeh goreng kunyit

Hari ni telebih rajin pulak, aku cuba resepi kuih bakar pandan, kuih feberet anak2 aku...
first time buat kuih ni, aku mmg tak bape suka buat kuih2 melayu, so agak ngeri jugak lah
tp alhamdulillah...menjadik jugak...sampai tak sempat sejuk anak dara aku mengecek utk dipotong makan.kesan potongan time panas2 tu...haru biru jadiknya...
post signature

Friday, April 24, 2009

Adat Usia Meningkat

Bulan ni aku dilanda sakit kepala yg berterusan hingga membawak 3 minggu, 2 kali jumpa doktor, 2 kali MC. Makan ubat dah berdose2, sampai takut terover dose pulak. Abis stock seminggu, pi lagi check, sampailah ke minggu yang 3, bila pegi jumpa dr...dia suggest aku pi check mata...mungkin penglihatan aku sudah memerlukan bantuan.

Aku memang dah perasan bila nak membaca dan time guna pc, pandangan dah kabur...tapi aku buat derk jer...malas la nk pi buat spek. Bila pi check kat kedai cermin mata tu, dak tu tanya "kak dah umur bape?", aku cakap "tak muda lagi dah, 38 thn"...then dia kata.."ooo patutlah...usia2 camtu mmg dah ada potensi mengalami masalah penglihatan" katanya..."Adatlah kalau usia meningkat kak, mesti rabun punya" hehe...Nak mengingatkan aku la tuh!!!

Then dia pun dok pi skodeng tahap kerabunan mata aku guna teropong ajaib kat kedai2 cermin mata sume ada mende tu. Part check mata selesai, pastu part nak pilih bingkai..bila tengok kat display tu ada beratus...tak tau nak pilih yg mana, sbb rupe sume lebih kurang jerk. Ada yg petak, bulat, kilat, plastik dll..yang membezakan cumalah harga...kalau korang pilih yg cantik sikit, opkos (of course) harganya pun cantik, ye tak? Pilih punya pilih, dekat 10 frame aku dok torai (try) punyalah sabar dak tu dok melayan kerenah aku....last2 keler matte maroon ni yg jadik pilihan mata ku yang dah jadik rabun junior.

Ada cam guper (rupa) cikgu bedah tak?
Promote sikit kedai cermin mata aku "FOCUS POINT"
post signature

Thursday, April 23, 2009

Awas!! Jangan buli PC anda

Jangan cakap tak penah la, bila pc korang "hang" sure korang ngamok ala meroyan kan? Especially bila tengah buat last minute assignment, urgent paperworks...nak menambah angin lagi, belum sempat document tu di'selamat'kan aka 'save'....angin puting beliung mesti datang. Jom amik iktibar dari video klip di bwh ni..semoga akan membuatkan kita lebih berhati2 akan segala kemungkinan....sebab segalanya mungkin...hehe

video

post signature

Wednesday, April 22, 2009

Diam tak bererti lemah dan kalah

When u feel like to cry
call me
i don't promise that i'll make you laugh
but i will cry with you


Posting "cuti blog" aku kemarin dah jadi bahan sindiran dan ejekan dari kalangan bloggers lain....tp aku anggap komen2 tu sebagai satu cabaran utk new blogger mcm aku. Aku mmg nk jadi blogger yg tegar, yg aktif, hari2 nak update page...tak moh update yg backdated...sbb pada aku, blog aku ni dah macam diri aku jugak...so bila aku stop update, maknanya aku tak berfungsi dgn sebaiknya...huhu...namun kita hanyalah insan biasa...mengimpikan cita2 yg mungkin tak tercapai, hanya takat bercita2...namun kudrat insan tak dpt melawan fitrahnya...mmm betul ke ape aku tulis ni? WHATEVER !!!

Hari ni, aku kembali utk memberikan perhatian pada entry dalam blog aku ni...walaupun pada awalnya, sambil berblog nk menambah kenalan dialam maya, namun, bukan senang nak menerima dan diterima sebagai kawan. Penerimaan, pendapat dan tanggapan orang berbeza2. Sebagai orang baru dlm komuniti ini aku kena pandai bawak diri, kalau orang suka, sukalah, kalau orang taksuka, aku bleh buat ape..aku tak kisah...


post signature

Monday, April 20, 2009

Patah Tumbuh Hilang Berganti

Tempahan choc moist cake dr officemate abang utk besday

Cupcakes order dari officemate aku..Lina
Apa sinonimnya tajuk posting aku ni..hahaha..saje buat gimik..
Kebetulan mood cuti blog melanda, tiba2 aku disunting dengan tempahan2 kek. So kira, aku tak blogging, tp aku baking...hehe....Sekurang2nya dapat jugak mengisi kesuraman mood, ye lah, aku ni kan suka buat kek. Walaupun mood berangin kencang, tp buat kek inshallah ok jer...tapi penah gak ter'welldone' dan 'premature'...hahaha..tu kira asam garam alam membaking la.

Satu perkara yang aku perasan, walaupun berkali2 aku buat kek, tapi aku tak penah jemu2 nak makan kek ni...bukan masalah makan jadi masalah, tapi penaikkan berat badan yang menjadi masalah diatas habit yg aku yg tak brape mesra alam ni.....sesungguhnya aku sentiasa berusaha memujuk anak tekak ku utk SAY "NO THANKS", BUT NEVER SUCCEED...huhu..

post signature

Friday, April 17, 2009

CUTI BLOG

Takde mood nak berblog....pada kengkawan yang sudi datang jengah.. tks dropby, luv u all ..... see u when i see u....

post signature

Tuesday, April 14, 2009

Senja di Senibong

Masa nak gi keje, hb ada sound nak ajak lepak makan nasik lemak kat SENIBONG petang nnt lepas balik kerje...,mmmm lama rasanya tak gi sini. Walaupun jaraknya bukanlah jauh sangat dari rumah aku, lebih kurang 10 minit drive je.

Apa speselnya SENIBONG ni? Bagi warga Johor dan juga Spore, yg dah regular berkunjung kesini, selalunya datang untuk menikmati senja berlabuh sambil menjamu selera dari pandangan tepi pantai. Dari Pantai Senibong, kita bleh nampak negara Jiran kita Spore tu...yang paling nyata sekali SEMBAWANG (kata HB) Tempat yg banyak kapal2 besar port kat situ. Tapi pantai kat sini tak sesuai utk bermandi manda ok, so jgn pulak plan dtg Senibong utk berkelah...no no no...Korang peratikan pics yang aku snap kat bawah tu, so nnt korang boleh paham apa yg aku dok bebel ni....ekekeke

Salah satu tempat makan yg terkenal kat sini ialah Nasi Lemak Berlauk.
Istimewanya gerai2 makanan disini, semuanya didirikan di atas air, so time makan tu bleh la dengar desiran ombak2 kecil yang berdesir ada time tak syoknya, bau air laut yg kureng menyenangkan....tapi walaupun...sebut lagi sekali, walaupunnn...makan tetap makan wooooo

Senja berlabuh
Kami di atas kedai Nasi Lemak Berlauk yang Pemes di SenibongNi la exterior "restoran Nasi Lemak berlauk" ..... sempoi jer, tp ramai org wooo...especially kaum cina
Korang jangan tanya apa fungsi sampan biru tu? Nnt bila aku pegi lagi, aku tanya kat tokey kedai tu

View dari tempat duduk yang sama, suma posisi yang berbeza - time ni senja dah berlabuh
HB cuba nak dapatkan snap terbaik tuk blog akuTuan punya blog ni.....silau kena pakai spek mata itam....heheheRileks kat atas Jeti batu ni, HB amik "sesedut" napas lepas makan
Takyah sorok2 tangan tu, dah tau dah habit HB aku ni


Jeti batu ni, baru dibina...sbb last aku datang sini, cuma jeti kayu jerk....so penduduk Kg Senibong ni dah amik inisiatif nak majukan tempat dia org ni. Mungkin jugak ianya hasil kutipan duit parking dan juga derma dari para2 peniaga disitu...tak pun wakil rakyat yg huluq bantuan...

Senibong dah banyak berubah...dulu takde collect duit parking pun, sekarang masuk kena bayar...2rgt jer, gi Plaza Angsana pun baru singgit je per entry......Aku rasa mcm tak patut pulak...mmmmm...

post signature

AWARD Lagi dari ALien Ijo









Dak amir ni nak beri award, tp ada syarat la pulak!!! ape syaratnya? syarat2 yg ala2 skema..huhu...


Kena tulis 5 sebab kenapa aku ikut blog dia:
1) Entry yg menarik, tak buhsan baca
2) Obsess kat Alien
3) Suka kaler ijo
4) Pandai lukis woooo
5) Anak didik cik LAWA

post signature

Sunday, April 12, 2009

Children Make Hearts Bloom






Kata-kata yang sungguh puitis dan mendalam bagi seorang ibu seperti aku.
Bila tengok pix graphic ni, teringat zaman kanak2 anak daraku dulu. Comel dengan keletahnya dan kepetahannya berbicara. Sekarang masih lagi petah dan semakin terserlah keayuannya....

Aku hanya punya seorang anak perempuan dan dua lelaki...keseluruhannya tiga orang saja anak-anakku. Kenapa aku tak cukupkan empat orang, dua lelaki dan dua perempuan. Aku sungguh yakin diatas kemampuan ku untuk membela zuriat ni bukan satu kerja yang senang. Bukan setakat melahirkan dan membesarkan, yang paling penting mendidik. Apa guna beranak pinak jika gagal untuk memberikan didikan yang sempurna? Bukan semudah untuk menyebut mendidik dari melaksanakan tanggungjawab itu.

Hanya wanita yang bergelar isteri dan ibu saja yang mengerti jerihnya menjadi seorang ibu yang cekal. Dari saat mengandung, melahirkan dan membesarkan.


post signature

Award dari Indonesia

BlogerBulan award dah menyerang lagi... Kali ni dapat award dari kenalan dari Jawa Barat Indonesia, acenk namanya.
Seronok jugak bila berbalas message dlm bahasa indonesia ni...
tetiba2 terasa aku jadi watak dalam sinetron pulak....Hahaha


Anyway, trimas deh diatas awardnya buat mba ya...
post signature

Thursday, April 9, 2009

Mini Besday For Izzwan

A very simple cake - Choc Moist Cake

Lain2 juadah : mini cupcakes, chicken nuggets, chicken sausage, french fries, fried mee hoon, orange n apple, keropok
Door gift : Cam biasa jajanan utk dak2

Get ready for birthday song...happy birthday to you..happy birthday to Izzwan....

Tiup lilin 9 batang = 9 tahun
Cake cutting.....nyum nyum...suma dah excited tgk kek coklat tuh

NOW THE FUN TIME
1ST GAME - KOTAK BERACUN (Game yg paling koman, dari zaman aku kanak2 lagi)
"anda dikehendaki membuat aksi pemain gitar"
"buat gelek dangdut" nah amik kau...budak kecik ni gelek...blh ganti m.daud kilau
"ketawa kuat2 hingga terbahak2" ....mmm sajalah nak mendera anak org..tak dpt cara kasar, cara halus digunakan ...hehe
2ND GAME : MUSIC CHAIRS
Ni kira game wajib main...kalau tak caya gi la mana2 besday party, mesti ada game ni
blum ape2 besday boy dah jatuh dulu nak rebut kerusi

3RD GAME : JOM MEKAP
Game ni paling ramai dak2 nak masuk, tp oleh kerana masa tak mengizinkan cuma 6 pasangan je yg bleh amik bahagian.....Peserta perempuan diberikan tugas utk menyolekkan budak2 lelaki...tp yg bestnya dak2 lelaki ni sumer sporting
bahan2 asas yg dipunahkan ialah compact powder, celak, lipstik n eyeshadow
amik kau, ingat muka diaorang ni kertas lukisan ker....hehe
besday boy pun nak mekap jugak
1st couple - pemenang utk acara mekap

2nd couple - korang bygkan dak lelaki tu umur dia 15thn pun nk join gak...ekekeke

4TH GAME - LIMBO ROCK
Sape tak tau game ni? Yeaaaa sume org tau...so layan pic
Sume Pemenang...tiada pengalah...(vince pinjam kata2 mu ye)

LAST GAME : PECAH BELON
Siapa cepat dia menang....korang tengokla asyik budak ni je yg konker

*** continue part 2 ***

post signature

~ GUEST BOOK ANA ~

FEEL FREE TO SIGN MY GUEST BOOK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...