Tuesday, September 29, 2009

Happy Birthday Jul - Aug - Sept

Birthday celebration kat tempat keje untuk staff yang meraikan hari lahir pada bulan Jul, Aug & Sept. Acara 'Birthday Bash' ni dah menjadi salah satu aktiviti kebajikan untuk pekerja yang diselenggarakan oleh pihak sumber manusia (HR).

Hari ni sume besday boys & gurls (perasan lak panggil budak2 padahal sume tkde yg muda lagi pun) dtg berkumpul kt Dewan utk diraikan bersama dengan jamuan ringan dan potong kek beramai-ramai. Aku lupa nak kira bape org yg celebrate ~~ mungkin dalam 30-40 orang kot.

Happy Birthday to Us..Happy Birthday to Us...

amik gambo dulu sementara tunggu nk beratur amik makanan
dari kiri..ermm sapa lagi kan? hehe, then Shanti, Charmi & Intan



last sekali, acara saje2 n suke2..haha
post signature

Sunday, September 27, 2009

Welcome Back Ana..

Welcome Back ANA..
Ucapan khas untuk diriku sendiri, setelah sekian lama 'bertapa'. Sudah lebih sebulan aku tak update entry kat blog ni. Kenapa? Argghhhh....takyah la aku nk berhujah nape aku 'ilang' dari update blog ni kan....yang penting..aku tak akan tutup blog aku ni...sbb ianya sebahagian penyumbang keceriaan dalam hidup aku.

Sejak aku menghilang diri, statistic pengunjung ke blog aku jugak berkurangan...ye la, blog tak update sapa nk dtg baca kn? Satu lagi bila je aku tukar address blog aku, ramai kengkawan blogger lain aku taksempat nk bitau...ermm aku nak kena pi antar notis pada kengkawan yg lain ni..kalo tak, bila diaorg klik kat link aku mmg tak dpt la...

So, entah kenapa di penghujung bulan September ni baru aku nk buat entry..ermm agaknya jangan tidak..mesti nk buat entry..ermm..mungkin bersempena dengan suasana hari raya yang baru masuk hari ke 8 ni kot...a'ha ...aku nak ucap "Selamat Hari Raya" pada kengkawan blog dan juga pembaca yg singgah ke blog aku ni.

Raya tahun 2009 kali ni, tak berapa nak meriah macam tahun2 yang sebelumnya...
tp walau camanapun, bergambar dihari raya adalah agenda yang mmg tak penah dilupa untuk kenangan bersama dihari mendatang..

Jom layan ...


berposing bersama cousin, anak daraku, adik2 ipar dan mertua

Sedondon purple gitu

post signature

~ GUEST BOOK ANA ~

FEEL FREE TO SIGN MY GUEST BOOK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...