Wednesday, January 12, 2011

Darah Seni

ejato, my son

Siapa sangka, bakat seni yang ada dalam darah keluarga belah ayah anak-anak aku mengalir ke tubuh anak ke2 ku, Ejat. Bermula dgn hadiah besday pd usia 13thn dia inginkan gitar sebagai hadiah harijadi. Sebagai ibu bapa, apa jua permintaan anak, sebolehnya akan berusaha untuk memenuhi impian anak2 mereka. Cuma untuk bertindak bijak dalam memantau aktiviti anak2 harus diambil kira.


Bila je dpt gitar, ejat pun dgn semangat memetik gitar tanpa diajar oleh guru bertauliah. Hanya berpandukan basic nota dari internet dan guru2 tembok yg memberi sedikit tunjuk ajar.... hehe... kata org tu kalo dah berbakat tu mmg menjadik je sentuhan si darah seni.

Sekarang ejat dah beralih arah dari gitaris ke drummer pulak. Kenapa? Mungkin dia rasa lebih sesuai dgn jiwanya yg tk byk bunyik aka tidak cerewe aka pendiam... erm relevant ke sikap dia dgn alat muzik tu? haha..

Walau apa pun yg ejat ceburi, aku sebagai ibu hanya memberi sokongan utk dia. Asalkan tidak berunsur2 negatif. Yang penting, asalkan tidak menyusahkan org lain sudah...


post signature

Saturday, January 1, 2011

2011 ~ Apa Janji Mu?


Hari ni hari pertama bagi tahun baru 2011. Apa azam tahun baru? Soalan yg begitu sinonim bila dikaitkan dgn kehadiran tahun baru. Boleh dikatakan azam yg dilafazkan boleh dikatakan sama dan selalunya masih tk berjaya untuk di capai pada setiap penghujung tahun. Kemudian azam itu akan di lanjutkan lagi ke tahun hadapan dan seterusnya azam tu kira mcm renew je la tiap2 tahun.

Tahun 2011 ni, kalau boleh aku nk elakkan kisah duka yg mana dapat kalau dapat dielakkan, kalau tidak, tu dah kira mcm lumrah sebuah kehidupan, redha saja lah. Aku ingin menikmati kemanisan dalam menempuh hidup di alam 40-an. Semoga harapan untuk mengecap bahagia bakal aku kecapi.

apakah formula untuk kekal bahgia?
(gambar hiasan)

Secara keseluruhannya, tahun ini aku nak BAHAGIA... Bahagia dengan apa jua berkaitan dgn kehidupan aku. Dari segi perhubungan dengan org tersayang, kaum keluarga, sahabat handai dan rakan taulan.

Aku ingin disayangi oleh orang2 aku sayangi. Bukan semua org akan menyayangi aku mcm yang kita harapkan. Setiap individu berbeza cara dalam mencurah kasih sayang, dan aku harus belajar utk memahaminya.

Aku harap akan menjadi lebih KUAT dan TABAH dalam menempuh episod baru di tahun 2011.

post signature

~ GUEST BOOK ANA ~

FEEL FREE TO SIGN MY GUEST BOOK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...