Kata orang kebersihan melambangkan peribadi seseorang. Ada orang cakap sikap seseorang itu boleh dinilaikan berdasarkan elemen kebersihan yang diamalkan seseorang itu. Ada individu yang begitu cerewet dalam hal-hal kebersihan. Tak boleh tengok benda-benda yang bersepah, kotor, busuk didepan mata. Ada pulak individu yang tak begitu cerewet a.k.a tak berapa nak peduli. Anda dalam kategori yang mana?
Cuba tanya diri masing-masing, adakah kita ini jenis pembersih?
Dari segi kebersihan diri :-
- Adakah kita amalkan mandi 2 kali sehari?
- Adakah kita amalkan gosok gisi pagi, selepas makan dan sebelom tido?
- Adakah kita amalkan muka bebas alat solek sebelom tido?
- Adakah kita pastikan tiada bau yang kurang menyenangkan samada dari bau mulut, badan dan pakaian?
Dari segi kebersihan tempat kediaman :-
- Adakah kita amalkan rumah yang bersih dan bebas dari habuk?
- Adakah rumah kita kemas tanpa ada barang-barang berselerak di merata tempat?
- Adakah kita amalkan mop lantai, sekurang2nya sekali seminggu?
- Adakah dapor sentiasa dibersihkan setiap kali selepas memasak?
- Adakah sink dapor kita bersih dari pinggan mangkok yang tidak dibasuh selepas makan?
- Adakah tandas kita bersih dan selesa, yang juga digunakan oleh tetamu yg datang?
Dari segi kebersihan kenderaan : -
- Adakah kenderaan kita 'suci' dari segala lumpur dan debu kota? hehe
- Adakah pewangi dalam kenderaan berfungsi dengan baik?
- Adakah kenderaan anda berfungsi sebagai mini 'tong sampah' ?
- Adakah kenderaan anda berfungsi sebagai mini 'stor' ?
Banyaklah isu-isu yang berkaitan dengan kebersihan ini. Tidak rugi jika kita menjaga kebersihan yang mana memberi manfaat kepada diri sendiri dan juga persekitaran kita juga akan berasa selesa bersama.
Dengan tercatitnya isu kebersihan ini, sebenarnya aku telah di ketemukan dengan si pembersih yang agak cerewet tetapi dalam masa yang sama telah memberikan suatu kehidupan baru yang lebih istimewa.

