Saturday, February 28, 2009

TAG - Do U know Who is Yr Frenz?

TAG ni dah lama dpt dari Munirah, then kena lagi dgn Catlina. Ada lagi 1 tag berhutang belum ku lunaskan. TAG kali ni, kena pilih 9 bloggers dan jawab soalan-soalan then kena TAG bloggers yg lain.

Senarai 9 bloggers tu ialah...

(1) Sweetlilly kitchen
(2) Divahantu
(3) KZ
(4) Yongticha
(5) Inahar Ali
(6) Helena
(7) PJ
(8) Munirah
(9) Mezanna


1. How do I know 1
Terjumpa time klik2 kat internet, time tu nak cari resepi...then msg kat shoutbox dia, pastu ada contact2 thru sms, then contact utk belajar buat cupcake dgnnya. She is my sifu in baking, tks for sharing your knowledge with me Nina.

2. What would u do if u never meet 2?
Takpe, tak jumpa pun takpe. Sapa yg tak takut nak jumpa diva hantu...serammm

3. What would u do if 3 n 4 dated u?
KZ kalau date dgn aku mesti dia bwk bunga taik ayam utk aku...haha
Yong kalau date dgn aku mesti nak suruh bawak si chem yg comel sgt tuh

4. Would 5 n 6 make a good couple?
Dr Ina dgn CikHel..good couple? No la, if good fren I think so, coz they are lovely lady and nice girl

5. Do u think 7 is attractive?
PJ u are so attractive..hehe..your posting is very interesting....always go to his page and read every single of his article

6. Do u know anything about 8's family?
MUnirah, ayah dia guru displin kat sekolah...takutnye..hehe

7. Tell me something about 9?
Zanna, dok kat Kluang, ada anak sorang nama Batrisyia. Very good in blogging, a lots of frenz, love to shares some technic/tutorial with others in her blog.

8. What language does 2 speak?
Bahasa ibundanya...melayu, loghat perak, loghat indon, loghat sabah (maklumla byk merantau)


9. Who is 3 going out with?
Dengan ayam-ayamnya...hahaha

10. How old is number 4?
Tak tau la, early 30 kot..betul ke Yong? Sila bi tau akak ek

11. 5?
Dr Ina, lebih tua sikitttt jer dari aku

12. Who is 6's favourite singer?
CikHel, sowiiii akak tak tau CiKHel suka sape? Meet Uncle Ayie eh salah, meet uncle usin? hehe..hentam jer ni

13. 7?
Yg ni aku tau and confirm betul..Jalil Hamid(Lagu Ayam), dgnAnita Sarawak (Ayam den Lopeh)

14. Is 8 single?
Single but not available

15. What's 9 last name?
Nordin..confirm betul ni..betul kan Zanna?

16. Would u consider being in a relationship with 1
She is my sifu, bila ada problem cake, aku contact dia je

17. Which school does 2 go to?
Sek Keb Alor Pongsu ke?

18. What do like about 3?
Ayam dia high class - organic maa

TAMAAAAT..akhirnya selesai jugak hutang aku ini. Untuk process seterusnya, tugasan utk mengTAG kengkawan yang lain pulak....Nnt aku pikior la, sebab tak sumer org suka diTAG, ye tak? Tapi kalau ada yang sudi nak membuat TAG ni, dengan bebesor hati, dialu-alukan.


Friday, February 27, 2009

Mini Cupcakes Order

Dapat tempahan dari Pn Ros, RHB Pelangi sebanyak 200pc mini cupcakes utk jamuan kenduri. Jangan marah arr, cupcakes pun boleh buat jamu kenduri..hehe
Projek ni buat 3 malam berturut-turut




Award Dari Dr Ina

Dapat award ni dari Kak Inahar yg merupakan seorang doktor. Kak Ina ni sangat2 la pemurah part2 sedekah tag ni....tq kak, terasa bangga dpt topi chef ni...masak guna apron, blum penah guna topi chef lagi...hehe

Strawberry? I like....tp tak manis pun, dia lebih kepada masam, tp sedap...betul tak?
Kalernya munkin buat kita rasa yg stoberi ni manis...

Award ni akan aku panjangkan jugak pada kengkawan, yang mana blum dpt lagi...nak kena gi skodeng page sorang2 ni....isk isk isk



Thursday, February 26, 2009

Berpisah kita akhirnya.

PERPISAHAN ITU AMAT MENYEDIHKAN
**********************

Hari ni adalah hari terakhir buat rakan sekerja yg berjawatan manager dalam department aku. Setelah berkhidmat selama 26tahun di tempat kerja kami, dgn tidak disangka2, tuah datang menjengah dlm idupnya. Dengan itu maka, keputusan diambil utk meninggalkan kami. Siapa sangka dia usianya yang dah lebih 40 tu dapat peluang yang lebih baik, berkali2 ganda dari apa yang dia dpt skrg ni. Moga dia akan sukses dalam bidang yang baru ni, sebab aku caya dia ada kebolehan.

Zainab terkenal kat tempat keje aku ni, bukan sebagai sales manager, tp humble dgn kami yg bukan manager level ni. Kami dah mcm kawan2 utk bergossip, berlawak, bernakal2...sumer la...

Dia mcm iron lady kat ofis kita orang, idea2 dia bernas, rajin tak malas, tegas kalau dia tak salah, kalau orang baru masuk kerja ingat dia garang. Bukan saje keluar keje jual hotel, tp dia jugak kaki business ni....apa jenis barang sumer dia jual...sebut apa jer, dia ada punyalah. Katalog kat bawah meja dia dah mcm mini library...hehehe...

Zainab yg pakai baju kurung, diapit dgn budak2 F&B, tp aku nak jugak menyibuk....bak kata combi, wah....telebey sudah

Dari kiri, Sereena (tgh pregnant), Kak Noor (bulan 10 ni bersara), Zainab, aku (tuan punya kamera) and Margaret (anak dara lagi nih, tp dh ranum...hihi)
Zainab, terharu dengan sumbangan budak2 F&B, dpt hadiah sepasang kain dan bouquet roses...time ni ladies sumer dah sebak bila Zainab start nangis
Cenderahati dari kawan2, jam Pierre Cardin utk dia

Moment yg camni aku tak bley tahan....huwaaaaaa

Selamat tinggal Nab, wish you all the best, don't you forget me.....


Wednesday, February 25, 2009

Sayang Dia


1, 2, and Action !!!

"ni mesti nak masuk kat blog dia ni", kata si Bomey

Bomey lepak mesti dekat dgn bowl dia tu, senang dia nak balun pellet dia tu

Bomey dipangkuan aku, mcm bayi pulak ...
Sayannnnggg dia....sayannnnggg dia...
Tu la ucapan bermelodi bila tiap kali aku menjenguk si bunny yg diimport dari New Zealand. Dah lebih 4 tahun dia menjadi sebahagian dari keluargaku. Selain dari kucing, spesis jenis berbulu ni memang menjadi feberet aku, kalau korang cakap monyet ke orang utan ke pun aku suka..kalau diperatikan betul2 diaorang tu comey jugak. Tak caya cuba korang gi zoo2 yang ada berjenis2 haiwan berbulu ni, contohnya keluarga monyet..time aku pegi zoo di Melaka, dapat aku saksi keluarga monyet yang tak pernah ku nampak...ternyata diorng tu cantik2 dan comel2 belaka...tak payah nk dimekap2 ker, botox2 ke..diaorng cantik dgn tersendirinya.

Si bunny aku ni aku beli di kedai petshop di Carreefour, time tu dia masih bayi lagi..tp tak perlu la pakai lampin pakai buang, buaian utk tidur, puting utk isapan....Time aku beli bunny ni dia sebesar tapak tangan jer, sekarang mak aii, dah sebesar-besar tidak...buat peluk sedap gebusss...goreng pun sodap.

Si Bunny ni diberi nama , BOMEY, yang bermakna COMEL..takde dari mana2 bahasa dalam dunia, cuma perkataan comel tu di pelatkan jadi Bomey. Bomey aku ni tak makan sembarangan, maklumla import mari maa, dia makan pellet special utk arnab jer. Pernah jugak aku cuba nak beri sayur2 ke, carrot ker....mmmm harammm...tak disentuhnya, sanggup berlapar dia...cerewet seh Bomey aku ni, tak macam aku, aku tak cerewet....makan tak memilih pun..hehehe

Tapi yang aku risaukan, jangka hayat Bunny ni hanya bleh bertahan selama 5 tahun jer, it is the most. So, adakah makna, Bunny aku ni akan idup hanya lagi setahun? Adoyaiii...aku tak sanggup nak menerima kenyataan ni...Just tunggu dan lihat....sudah lumrah, yang hidup pastikan mati...

Tuesday, February 24, 2009

Tempahan Lagi

Blueberry Chiztat ni 2nd order dari Pn Salawati, officemate abang

Last minute order dari Shahrain, dia sms time aku tgh project Chiztat

Anyway, thank you guys/gals for being my customers....

Monday, February 23, 2009

Cup Cakes Order from Shahrain



Ini order yang ke3 dari Shahrain, kawan hubby aku jugak ni...thank you Bro, next time order manyak2 lagi k..





Sunday, February 22, 2009

Viagra For Diarrea??




Viagra for Diarrhea

The lady teacher asks the pupils what kind of medicines they know and what they are used for.

The first pupil said: 'Tylenol.'

'Very good! And what is it used for?'

'It is used for headache.'

The second pupil said: 'Nytol'

'Excellent. And what it is used for?'

'To help you sleep.'

Now it is Johnny's turn and he said: 'Viagra'

'Johnny, what is it used for?'

'I think it can be used for diarrhea.'

'Who told you this?'

'Nobody, but every evening my mother tells my father, 'Take a Viagra, maybe that little shit will get harder.'


Saturday, February 21, 2009

Award dari Doktor...

Inilah awards dari seorang blogger yang professionnya sebagai seorang Doktor...thank you kak Ina..




Dengan ini, aku berbesar hati nak share dengan kengkawan yang lain2...tgu kedatangan ambo ke umoh kalian k..

SEX tu ape?




DADDY SEX TU APE!!!!!
Suatu pagi seorang anak yang baru masuk sekolah primary bertanya kepada daddynya,

'Daddy.daddy. ...sex tu apa, daddy..?'

Terkulat-kulat si ayah. Terfikir dia tentang arus kemodenan zaman sekarang yang membuatkan manusia berfikiran terbuka, termasuklah anak-anak yang masih kecil. Sesuai dengan konsep pendidikan seks yang sedang hangat dibincangkan, mulalah si ayah mencari-cari jawapan yang sesuai dengan harapan anaknya takkan tertinggal dalam arus pendidikan moden.

Maka si ayah pun memberikan jawapan secara mengkiaskan kumbang dan bunga,telur yang yang menetaskan berudu dan seterusnya menjadi katak, hujan serta benih yang mencetuskan tunas, diikuti dengan
pembentukan bayi dalam kandungan.

Sebelum mengakhiri jawapannya itu, si ayah menyelitkan pula kisah percintaan antara dia dan mamanya sejak dari zaman sekolah menengah lagi hinggalah kepada kelahiran seorang bayi comel iaitu si anak yang bertanya itu. Tiba-tiba si anak menangis teresak-esak. Si ayah kehairanan.

'Eh kenapa ni?'

Si ayah bertanya kehairanan. Si anak masih juga menangis.

'Jawapan daddy tu panjang sangat, tapi tempat nak tulis jawapan ni pendek. Daddy aje lah yang tulis, waaaaa!!!!'

Kata si anak lantas menyerahkan buku latihan Bahasa Inggerisnya yang pada muka depan tertulis.... .

NAME : ............ ......... ......... ....
SCHOOL : ............ ......... ......... ...
CLASS : ............ ......... ......... ....
SEX :........... ......... ......... .....


Friday, February 20, 2009

Cup Cake Pertunangan


Set cupcake ni ditempah untuk pertunanan adik Cik Erin pada hari Sabtu ni. Dia first time order ni, hasil rekemen kak iparnya yang penah oder dengan aku last month. Tema pertunangan adiknya ialah pink dan hijau. Masa pikap cupcake ni, tak dapatlah aku bersua dengannya sebab, dia kena pikap kat ofis mrhubby lepas waktu keje dalam pukul 6.00 petang.

Harap2 cik Erin kita berpuas hati dengan hasil tangan aku itu. Thank you Erin.


~ GUEST BOOK ANA ~

FEEL FREE TO SIGN MY GUEST BOOK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...