Showing posts with label Photo. Show all posts
Showing posts with label Photo. Show all posts

Friday, June 5, 2009

Sepetang bersama Kid Search

Last destination sebelum balik ke JB, kami singgah di Bangi Kopitiam. Dari sejak mula2 Bangi Kopitiam ni beroperasi, kami mmg dah lama nak pi kesini, tapi baru tahun ni lah dpt merasa jejak kesini. Menurut kata Kid yang merupakan cousin HB aku, Bangi Kopitiam dah ada 7 cawangan.

Apa menu istimewa kat sini? Seperti yg tertera di menu ialah mee kari ipoh. Mr HB oder Mee Kari, Nasi Lemak dgn rendang ayam utk anak2, aku order fried meehoon tomyam. Memang tidak menghampakan kualiti makanan kat sini. Minuman pulak, anak2 order ice-blended chocolate, manakala aku cuba minuman istimewa - amber juice (air limau asam boi)....shedappp..
Makanan kami petang tu di taja oleh Kid seluruhnya...TQ kid, next time bleh visit u lagi ea...hehe

bersama KID SEARCH

Tengah menyodok Fried MeeHoon Tomyam with Amber Juice


Asyik sungguh Mr HB dengan Kid dok sembang2

Sambil tunggu ibu n ayah sembang, ejat layan robot baru adik sbb adik tak pandai nk mengolahkan robot yg agak complicated tu

Aku pulak sempat on9 jap...chat pun sempat..hehe


Singgah kejap rumah KID (dia insist) kami plan dari Bangi Kopitiam terus masuk highway


Walaupun dh kekenyangan, tetap minum lagi...adehhh

Sebelum balik, sumer tetap nak posing lagi
tp KID sporting, walaupun messy tetap snap snap
takpe KID no matter what u stay cute

Bukan senang nak jumpa KID wooo...huhu


Berakhirlah episod percutian kami dari 30th May - 2nd June 2009
JB-PERAK-KL-JB


There is only one happiness in life: to love and be loved.

post signature

Thursday, June 4, 2009

Syoknya Shopping

Next Day, dalam pukul 11 pagi kami bertolak dari Mutiara Damansara ke KLCC. HB drive berpandukan pada signboard di jalanan yang teramat la 'mesra alam'. Alhamdulillah, walaupun tersasar sikit2 kami tetap berjaya menemukan kebanggaan negara kita Menara Kembar Petronas ni.

Kononnya, HB nak gi ke MidValley, tp memandangkan kami dah terlepas signboard dan tak tau camana nak cilok balik, then kitaorg gi KLCC jer...ok la tuh

Macam biasa KLCC mmg pack dgn org, walaupun hari tu hari Selasa. Mungkin disebabkan cuti sekolah agaknya. Pusing2 leher nengok kedai kiri, kanan, atas n bawah sampai naik pusing kepala aku dibuatnya. Kat tingkat bawah ada pameran Lego. Hasil2 bangunan miniature yang ni adalah dari Lego...sungguh menakjubkan hasil keje dorang ni.

Petronas Twin Tower made from Lego

Ni bangunan ape ek? Aku lupa la

Banyak lagi yang Lego buat cantik2..
ada Bangunan Taj Mahal...tk dpt nak snap...
sbb ramai org blocking

Tumpang lalu kat kedai LV
tumpang posing, nak masuk tak sampai hati aku
tapak kaki aku menangis2 merayu taknak masuk..hehe

Anak bujang ni mengecek dgn ayah nak beli sweater dgn hood
mahal oooi....beratus2 ringgit
carik2 dapat carik yg 50% dari harga $199
Springfield sweater with hood

Anak dara aku beli baju ELLE, PD & Co, SunGlass

Si bujang kenit tu dapat apa? Biasalah mainan kat ToysR'US
Transformer robot cum motorbike

Untuk aku, HB belikan ni...sukeeeeeeenya ati ni....sonokkk...yeeeehaaaa

Handbag Guess, beli kat iSETAN
Bukan senang nk cari handbag,
pusing2 kluar masuk kedai

Jade crystal....i love natural crystal

Jam tangan Swatch...keler match dgn handbeg tuuu
Jam Guess lama, bleh simpan..hehe

Tapi HB takde beli apa2 utk dirinya, nape ek? Duit dah abis banyak ke?
HB kata tak jumpa yg dia nak....mmmm
Tapi walaucamanapun, HB mmg lebihkan kami dr dirinya
terharu sungguh...sayangnya terlalu dalam buat kami

Dalam masa 2 jam 48 minit kami berada di KLCC, korang nk tau tak bape ringgit caj parking kreta? 8 ringgit siuuuuutttt....mahai tuhh...

The next destination is to Bangi Kopitiam

post signature

Wednesday, June 3, 2009

GudBye and Welcome

FAREWELL PERAK

1st June 2009, hari terakhir kami berada di Perak. Perjalanan kami sungguh terhad dari segi cuti dan jugak perbelanjaan. Semua dah dicatu dan kami harus akur dengan segala perancangan yang dijadualkan...Ikutkan hati, nak cuti lama, bukan masalah takde cuti, masalah kekurangan ongkos...kalau cuti dah habispun, tak kisah.

Check-out time
Crystal Hotel, Setiawan

Selamat Tinggal Manjung, Setiawan, Teluk Intan
Tak tau bila nk sampai lagi ke sini

Indah pemandangan di jalanan
Sawah padi di kiri kanan jalan
dusun kelapa pun ada

WELCOME TO KUALA LUMPUR
THE ARRIVAL

Bertolak dari Manjung, Perak kami tak pulang terus ke JB, tp singgah di KL untuk 2 hari. Tempat persinggahan yang wajib ialah ke IKEA. Kalau gi sini, kurang2 nak kena spend at least 2 jam. Aku pasti ramai yang suka gi kat IKEA ni, selain dari barang2 yg moden, ianya jugak agak berpatutan. Tapi cuma yang aku ralat, time ni tak dapat nk beli barang2 yang bulky sebab bonet kereta aku dah sesak tak bernafas lagi tuh...huhu...
Macam biasa.. ready to pose..snap snap
Cantiknya dapur kabinet kaler merah ni...
seronoknya tengok deco kat IKEA

Penat jalan2...duk kat sofa..lembutnyaaa

Barang2 yg kaler merah mmg menarik aku..
dah mcm magnet...mesti nk melekat

Dah settle beli barang sikit2 kat store IKEA,
time beli biskut n coklat


Apa aku beli kat IKEA???
Mcm yg aku bitau awal2 tadi,
tak bli byk sbb takde space nak sumbat,
kete plak dah berattt....mendakkk sehhhhh
Cuma dpt bli :
Jug with glasses
Wall Clock

post signature

Trip to Perak IV

Day Trip to Pangkor Island

Selepas majlis persandingan sepupuku, dengan tidak membuang masa lagi kami terus keluar memandu ke Lumut. Esok pagi, dalam rancangan kami nak bertolak ke KL pulak. Since masa cuti yang agak singkat ni, terpaksalah menfaatkan masa dengan sebijak2nya...chewahh..

Sampai di Lumut ni, kami agak kagum jugak la, sebab tempatnya agak menarik dan ramai jugak para pengunjung disana. Tapi masalah bila part nak cari parking kereta la. Bila dah dpt spot yang agak2 ok, walaupun illegal parking, HB propose nak gi Pulau Pangkor for day trip. Pada mulanya malas jugak, sebab kesian kat anak2...pada mereka takde makna kalau gi pantai tak mandi...oleh kerana HB aku pujuk2 (HB aku mmg pandai memujuk), bukan senang nak dpt peluang ke Perak ni lagi..alang2 dah sampai Lumut, nak jugak menjejakkan kaki ke Pangkor ni.

Berpanas di sekitar Lumut
Terik sungguh hari tika itu
Yang tak syoknya pegi Pulau Pangkor ni dgn baju ala skema jemputan kahwin tu.... huhu... melengas dibuatnya....panas weiii

kat atas feri menuju ke Pangkor

Duta Pangkor tengah berposing (sopan berkebaya)...huhu

Tambang feri yg dikenakan ialah 10rgt utk dewasa dan kanak2 lupa la pulak...hehe..sbb anak aku yg kecik tu diberi percuma naik. Anak2 aku yg dah besar tu kira masuk kategori dewasa d dah. Perjalanan untuk sampai ke Jeti Pangkor mengambil masa lebih kurang 30 minit. Seperti yang dikabarkan, ada byk pemandu teksi van yang menawarkan khidmat "pusing2 pulau". Dalam masa dua 2 jam, mereka akan membawa kita ke 3 destinasi pelancong dan hantar balik ke Jeti. Bayaran untuk satu van dalam lingkungan 70-80 ringgit.

Kota Belanda di Pangkor

Pemandangan dari atas Kota Belanda

Di depan souvenir shop
(mcm biasa brg2 mahal sikit)


Buddha Temple

Salah satu tempat pengunjung pelancong

nak pose manja konon (tak hingaaaaat...)

pose skema ... hahahaanak2 di tepian kolam ikan koi

turn ibu n ayah plak nak posing kt tepi kolam ikan koi

Di tawan oleh si Naga itewwwwwehh...Naga dah kehabisan api??

PANTAI TELUK NIPAH
Last spot, di pantai Teluk Nipah, salah satu pantai di Pangkor yang ramai pengunjung berbanding pantai yg lain (menurut kata pemandu teksi tu la) Walaupun anak2 agak kecewa sebab tak dpt nak mandi-manda di pantai, tp muka tetap hepii..dpt jugak cecah kaki di pantai.


Pulau Pangkor amat berbeza dengan pulau2 yang penah kami lawati seperti, Pulau Besar, Pulau Tioman & Pulau Redang. Keadaan di Pangkor ni seakan pekan kecil yang membangun, sibuk dengan aktiviti perniagaan. Selain dari perumahan para nelayan di tepian pantai, ada jugak perumahan rumah teres. Tapi yang paling penting, keadaan jalan di pulau ni sungguh adventure, mcm ular....ada bentuk S, kalau aku...mmg menggigil nak drive kat sini.....sempit, curam, berliku dgn jurang tebing yg tinggi...huhu.....ngeri siuttt....

Setelah 2 jam kami pusing2 di pulau ni, kami pulang balik ke jeti Lumut, dengan membawa kenangan....." Pangkor kau penah ku lewati "...ecece

post signature

~ GUEST BOOK ANA ~

FEEL FREE TO SIGN MY GUEST BOOK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...