Day Trip to Pangkor Island
Selepas majlis persandingan sepupuku, dengan tidak membuang masa lagi kami terus keluar memandu ke Lumut. Esok pagi, dalam rancangan kami nak bertolak ke KL pulak. Since masa cuti yang agak singkat ni, terpaksalah menfaatkan masa dengan sebijak2nya...chewahh..
Sampai di Lumut ni, kami agak kagum jugak la, sebab tempatnya agak menarik dan ramai jugak para pengunjung disana. Tapi masalah bila part nak cari parking kereta la. Bila dah dpt spot yang agak2 ok, walaupun illegal parking, HB propose nak gi Pulau Pangkor for day trip. Pada mulanya malas jugak, sebab kesian kat anak2...pada mereka takde makna kalau gi pantai tak mandi...oleh kerana HB aku pujuk2 (HB aku mmg pandai memujuk), bukan senang nak dpt peluang ke Perak ni lagi..alang2 dah sampai Lumut, nak jugak menjejakkan kaki ke Pangkor ni.
Yang tak syoknya pegi Pulau Pangkor ni dgn baju ala skema jemputan kahwin tu.... huhu... melengas dibuatnya....panas weiii
Tambang feri yg dikenakan ialah 10rgt utk dewasa dan kanak2 lupa la pulak...hehe..sbb anak aku yg kecik tu diberi percuma naik. Anak2 aku yg dah besar tu kira masuk kategori dewasa d dah. Perjalanan untuk sampai ke Jeti Pangkor mengambil masa lebih kurang 30 minit. Seperti yang dikabarkan, ada byk pemandu teksi van yang menawarkan khidmat "pusing2 pulau". Dalam masa dua 2 jam, mereka akan membawa kita ke 3 destinasi pelancong dan hantar balik ke Jeti. Bayaran untuk satu van dalam lingkungan 70-80 ringgit.
Kota Belanda di Pangkor
Pemandangan dari atas Kota Belanda
Di depan souvenir shop
(mcm biasa brg2 mahal sikit)
Buddha Temple
Pemandangan dari atas Kota Belanda
Di depan souvenir shop
(mcm biasa brg2 mahal sikit)
Buddha Temple
Salah satu tempat pengunjung pelancong
nak pose manja konon (tak hingaaaaat...)
pose skema ... hahahaanak2 di tepian kolam ikan koi
turn ibu n ayah plak nak posing kt tepi kolam ikan koi
Di tawan oleh si Naga itewwwwwehh...Naga dah kehabisan api??
PANTAI TELUK NIPAH
nak pose manja konon (tak hingaaaaat...)
pose skema ... hahahaanak2 di tepian kolam ikan koi
turn ibu n ayah plak nak posing kt tepi kolam ikan koi
Di tawan oleh si Naga itewwwwwehh...Naga dah kehabisan api??
PANTAI TELUK NIPAH
Last spot, di pantai Teluk Nipah, salah satu pantai di Pangkor yang ramai pengunjung berbanding pantai yg lain (menurut kata pemandu teksi tu la) Walaupun anak2 agak kecewa sebab tak dpt nak mandi-manda di pantai, tp muka tetap hepii..dpt jugak cecah kaki di pantai.
Pulau Pangkor amat berbeza dengan pulau2 yang penah kami lawati seperti, Pulau Besar, Pulau Tioman & Pulau Redang. Keadaan di Pangkor ni seakan pekan kecil yang membangun, sibuk dengan aktiviti perniagaan. Selain dari perumahan para nelayan di tepian pantai, ada jugak perumahan rumah teres. Tapi yang paling penting, keadaan jalan di pulau ni sungguh adventure, mcm ular....ada bentuk S, kalau aku...mmg menggigil nak drive kat sini.....sempit, curam, berliku dgn jurang tebing yg tinggi...huhu.....ngeri siuttt....
Setelah 2 jam kami pusing2 di pulau ni, kami pulang balik ke jeti Lumut, dengan membawa kenangan....." Pangkor kau penah ku lewati "...ecece
Yong...ate terima kasih bebenor le sebab Yong sudi jengah negori teman nie ha
ReplyDelete