Ketika berkasih-kasihan, cinta seperti suatu kewajipan untuk diucapkan. Bangun pagi, anda sudah mencapai telefon untuk mengucapkan, “Saya cinta kamu” dan sebelum melelapkan mata, sekali lagi ucapan, “Saya cinta kamu”.
Tetapi, selepas menjadi suami isteri, cinta seolah-olah satu perkataan yang asing untuk didengar atau lucu untuk diucapkan. Seakan-akan zaman keemasan cinta sudah berlalu seiring usainya bulan madu apabila memasuki era rumah tangga.
Benar, ada yang berkata, cinta dalam alam rumah tangga seolah-olah menjadi beban. Suami atau isteri yang masih menggunakan kata-kata cinta dengan mudah menerima tuduhan bahawa mereka “keanak-anakan” atau “tidak hidup dalam realiti”.
Yang lebih mencengkam lagi ungkapan cinta itu “sudah berlalu” dalam hidup suami isteri.
Siapa yang membahagikan hubungan nikah dalam dua waktu berbeza iaitu sebelum dan selepas berkahwin?
Kita menjadikan cinta hanya sebagai pemanas badan sebelum berkahwin. Tetapi, selepas itu, erti cinta juga tidak bermakna buat kita. Tanpa disedari, kita menetapkan cinta sebagai syarat untuk berkahwin. Justeru, betulkah tanpa cinta, pernikahan sukar dilaksanakan?
Manusia kadang kala lupa, cinta adalah syarat berlangsungnya kehidupan perkahwinan. Malah, tanpa cinta, perkahwinan itu akan mati, ibarat rumah kosong tanpa penghuni.
Dalam banyak hal, nikmat cinta hilang bukan disebabkan pengkhianatan suami isteri tetapi kita sendiri menganggap cinta tidak seharusnya ada dalam institusi rumah tangga.
Ada yang menganggap cinta terlalu serius untuk berada dalam perkahwinan. Ini kerana selepas memasuki gerbang pernikahan, kita membuang cinta itu di luar. Justeru, cinta hanya dikenang bukan untuk dikecapi bersama.
Sepatutnya cinta tetap hadir dan bersemi dalam pernikahan. Persoalannya, bagaimana kita dapat melestarikan cinta itu?
Source : www.rahsiaperkahwinan.com
CINTA adalah penawar. Barang siapa yang hatinya kosong tanpa cinta, nescaya pelbagai penyakit akan bersarang di dalamnya. Cinta adalah kehidupan, kerana hidup seseorang anak manusia bermula daripadanya.
ReplyDeleteManusia memerlukan cinta untuk tetap bertahan. Manakala, jiwa yang kekeringan cinta bagaikan tercabut roh daripada jasadnya. Berjalan tanpa perasaan, berfikir tanpa keindahan, bosan dan hampa.
Dijadikan indah pada pandangan manusia rasa cinta yang boleh memuaskan nafsu dan syahwatnya. Cinta adalah fitrah yang dibekalkan untuk manusia. Cinta perlu diatur dengan baik, bukan dibiarkan mengganas hingga menyebabkan lupa kepada hakikat kehidupan.
Cinta umpama pohon yang mesti dibaja dan disiram setiap hari...bermula ia disemai sehinggalah ianya membesar dan berbunga...seterusnya berbuah... apabila sudah berbuah jangan terus dibiarkan... bajailah lagi agar ianya terus berbunga dan berbuah.....
Sememangnya kita amat bersemangat jika kita memulakan sesuatu bicara yang berkaitan dengan cinta. Itu sudah menjadi fitrah kejadian manusia untuk saling berkasih-sayang antara satu dngan yang lain. Semua makhluk Allah SWT mempunyai dan diciptakan secara fitrahnya mempunyai rasa kasih dan sayang.
Rasulullah SAW pernah bersabda, yang berbunyi:
" Sesungguhnya Allah SWT berfirman, pada hari kiamat kelak, mana-mana orang yang saling mencintai kerana keagunganKu. Hari ini, akan Ku naungi mereka di mana tiada naungan yang lain selain daripada naunganKu."
kita terlalu cinta dengan pelbagai perkara. Cinta terhadap agama, cinta terhadap bangsa, cinta terhadap negara, cinta terhadap harta dan lain-lain. Yang paling penting sekali buat kita yang sudah berkeluarga cintailah isteri suami dan anak-anak...ibu bapa kita...
Kerana apa???
Jika kita cintakan harta, kita kecewa apabila muflis.
Jika kita cintakan manusia, kita kecewa bila terputus hubungan dengannya.
Tetapi, di sebalik segala kekecewaan tersebut, kita lupa kepada satu cinta yang mana pastinya kita tidak akan kecewa buat selama-lamanya jika bercinta denganNya. Bahkan, ketenangan dan kedamaian pula yang akan menghampiri diri kita.
Cinta??? Biar sampai syurga, biar tanpa ucapan, namun dari gaya dan cara kita...rasanya cinta itu lebih beerti... Dari ungkapan cinta yg x ikhlas...
ReplyDeleteSaya ingin jadi pecinta untuk selamanya....