Thursday, June 18, 2009

Biru Mata Hitamku

Contact Lense atau kanta lekap, sudah menjadi pelengkap perhiasan wanita masakini. Teknologi bukan sahaja sinonim dengan keperluan hidup secara teknikal, malah ianya telah diexploitasikan hingga ke bidang kecantikan. Dengan teknologi yang modern, kanta lekap berwarna telah dicipta dengan piawaian keselamatan yg telah mendapat kelulusan dari kementerian yg terbabit. Hatta, wanita mana yang tak mau kelihatan lebih cantik dan menawan.

Mata ada titik permulaan segalanya...dari mata bermula segalanya. Ada yang pakai sekadar untuk kelihatan lebih menarik, ada yang pakai untuk menarik perhatian ramai. Tapi aku pakai sekadar suka2..sekadar suka2..Bukan niat untuk menggoda atau menarik perhatian. Kalau ada yang salah faham apa aku bleh buat...orang punya mulut, punya fikiran, apa daya aku nk halang.

Pemakaian contact lense ini tidaklah semudah kita menyebutnya. Tangan hendaklah betul2 bersih sebelum memegang contact lense ni. Dikhuatiri habuk2 kecil melekat pada lense, ianya akan menyebabkan ketidak selesaan pada mata kita. Pada pendapat aku la, lagi senang nk pakai eyeshadow dari memakai contact lense ni.

Contact lense jenis pakai buang, ada jenis yg kian popular. Setiap set lense ini boleh diguna pakai dalam tempoh sebulan dari tarikh ianya dibuka. Lebih dari sebulan, jangan lah berani2 pulak nk teruskan pakai.

Aku pun layan penggunaan contact lense - true sapphire blue dari fresh look ni..aha...teringin jugak nk bermata biru...biru mata hitamku...hehe...lepas ni tak tau kaler ape plak nk try...kengkawan ada cadangan tak?



post signature

5 comments:

  1. salam..wah..meletops vogue akak ah..sy dulu pakai gak lens nih..tapi yg tak kaler lah.pastu nak jadik cerita, terjatuh lak lense tu mujur kat umah lagi time tuh.raya 2 tahun lepas..pastuh terus tak pakai dah huhuhu..sebab malas nak colek2 mata pun ye jugeeeee

    ReplyDelete
  2. wah kak
    cun lerrr...
    biru mata hitam ku

    dulu masa study zana pakaikan kaler hazelnut kak...pernah gark try misty grey...he he he..now ! cam xde minat plak...x tahu ler plak kot2 nengok akak bermata biru.....zana pun nak ngikut gark.....cun lerrrr

    ReplyDelete
  3. Mata adalah anugerah yang sangat tidaj terhingga yang dianugerahkan oleh Allah kepada manusia.....Tidak semua hamba Allah SWT berkesempatan melihat keindahan dan kecantikan dunia ini kerana telah ditakdirkan oleh Allah SWT mereka buta penglihatan atau buta mata...... mereka hanya tahu sifat sesuatu melalui orang yang celik penglihatan.
    Bagi orang yang dapat melihat hendaklah bersyukur kepada Allah SWT di atas nikmat penglihatan yang diberikan semoga dengan kesyukuran itu kita akan menggunakan nikmat mata yang dikurniakan Allah untuk melihat perkara-perkara yang baik dan memberi faedah kepada kita, seterusnya kita tidak dikatakan bersyukur kepada Allah sekiranya kita menggunakan mata kita untuk melihat perkara-perkara yang dilarang melihatnya.
    Manakala bagi mereka yang buta mata pula, hendaklah menerimanya sebagai takdir daripada Allah kerana dari hikmah-hikmahnya disebalik takdir tersebut sekurang-kurangnya orang yang buta mata terlepas daripada menanggung dosa mata kerana melihat perkara-perkara yang diharamkan.

    ReplyDelete
  4. hehe... rang anak melayu bermata biru. Lepas ni boleh ler ana try sebelah biru, sebelah hijau.

    ReplyDelete

Hati berkata-kata... tapi tak mampu bersuara tanpa jari-jemari...Terima kasih pada keluhuran hati dan keikhlasan jari-jemari.....sayang dari LadyAna

~ GUEST BOOK ANA ~

FEEL FREE TO SIGN MY GUEST BOOK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...