Showing posts with label kek. Show all posts
Showing posts with label kek. Show all posts

Wednesday, May 25, 2011

Amat Menggiurkan






Apakah erti Menggiurkan? Jawapan tanpa berpandukan Kamus Dewan Bahasa ialah ianya adalah sesuatu benda atau perkara yang menggoda naluri seseorang manusia dan menimbulkan rasa INGIN yang teramat sangat.... haha... ini ialah jawapan telus aku, jika soalan itu ditanyakan pada aku...

Korang tak tergiur ke tgk pic Kek Marble Trio ni? Walau pun aku aktif dgn tempahan cupcakes maupun Choc moist cake, tapi bila mengadun Kek Marble ni aku tk bleh tahan wooo... tekak ni merintih-rintih merayu disuapkan sehiris dua, lebih pun tkpe... haha

Tak la susah sangat nk buat Kek Marble ni, cuma agak leceh sikit la.. Pada yang ingin mencuba boleh la guna resepi ni.

Bahan-bahan :

225 gm Mentega

210 gm Tepung + 1 camt serbuk penaik + 1 camb susu tepung

4 biji Telor

188 gm Gula Castor

1 camb ovalette

23 gm Gliserin + 15 gm air

Emulco Strawberry, Chocolate & Esen Vanilla

******

CARANYA : ** Guna 3 Bekas

Bekas Pertama

* Ayak Tepung, Susu Tepung + Serbuk Penaik

Bekas Ke2 - Mentega

* Putar hingga kembang - (warna bertukar pucat)

* Masukkan campuran tepung, sedikit demi sedikit hingga habis

Bekas Ke3

* Gula + Telor + Ovalette - Pukul hingga kembang dan gebu

* tekstur seperti adunan bahulu

* kemudian masukkan campuran mentega dan tepung sedikit demi sedikit

* akhir sekali masukkan campuran gliserin & air

* adun sebati

* bahagikan adunan kepada 3 bekas

* masukkan choc, strawberry emulco dan esen vanilla

* lapiskan adunan dalam loyang kek

* ambil belakang sudu dan lorekkan agar berbentuk marble

* bakar hingga masak


post signature

Tuesday, December 21, 2010

RASA TERINGIN


Fenomena TERINGIN ini seringkali melanda bila sesuatu perkara itu telah lama tidak dilakukan, lebih2 lagi bila ianya mendatangkan rasa yg amatlah menyenangkan sekali... hmmm... indahnye perasaan ... huhu


Ape yang aku TERINGIN and kenapa aku MENGINGIN kan? Ada ke orang yg pedulik? Ada ke orang yg kesah? Ada korang kesah? hahaha...

Sebenornya, anak tekak ni teringin la sesangat nk makan kek Marble Trio resepi dari Chef Tersohor alam blogger iaitu Che Mat Gebu.

Adunan Marble Trio yg telah siap sedia untuk dibakar

Pada mereka2 yg pernah mencuba resepi kek Marble ni mesti tau bila proses pembakaran ini akan menghasilkan fenomena aroma yg membunuh diet ku. Kesedapan dan kelembutannya, sekali makan, berkali2 nak makan lagi...sekeping, sekeping, terus jadi seloyang ditelannya..


post signature

Saturday, August 8, 2009

Rezeki di awal bulan

Sabtu petang dapat phone call dari Eita, dia nk order Choc Moist Cake utk esok petang.
Ada permintaan utk majlis harijadi seseorang katanya.
Dah agak lama aku tak dpt emergency oder, jadik kata org rezeki jangan ditolak....aku sahut cabaran tempahan last minute ni.




post signature

Saturday, August 1, 2009

Penutup order - July

Penutup tirai bulan Julai, dpt la tempahan dari kak Minah untuk anak2 perempuannya...hmmm mungkinkah semua beranak dlam bulan Julai? Atau separuh ujung Julai dan separuh awal August? Mmmmmm takpulak aku tau...hahaha...

Takpelah, anyway....tima kasih byk2 la kak Minah yekkk...



post signature

Thursday, July 23, 2009

Kek Marble Trio Mat Gebu



Dah lama gak tak buat kek Marble resepi dari CMG (Cik Mat Gebu) ni. Ini merupakan kali ke-2 anak bujangku mempromosikan kek jualan ibunya ~~ kali ni, guru yg mengajar subject English menempah sekeping marble kek ni. Thank you teacher...

post signature

Thursday, July 9, 2009

Happy Birthday Atika Amalina

Untuk kali pertama, anak bujangku promote birthday cake kepada kengkawan sekolah dia. Kek ditempah utk meraikan rakan sekolahnya yg bernama "Atika Amalina". Oleh kerana budak2 sekolah tu collect duit sesama sndiri, aku kasik la diskaun sikit. Lepas tu nak kena kasik komisen lg kt si bujang tu. Congak2, kira dpt pulang modal dan dpt upah penat sikit jadi la.

Deko yg diminta simple je, sebab dak tu takmoh bunga2 ros yg biasa aku buat tu. Kata anak aku besday girl ni ala "rock". Alamak namanya punyalah feminin tp attitude rocker la pulak. Apa2 pun, tak kisah la, yg penting jadi manusia sebaik mungkin ~~ hati budi yang penting.

Atika Amalina ~ nama yang sungguh feminin

post signature

Saturday, July 4, 2009

Tempahan Bulan Julai


Tanggal 4 Julai - ku catatkan didalam dunia blog ku tempahan kek yg pertama untuk bulan Julai ni ~~~ ditempah oleh Kak Minah (regular customer ni), khas untuk cucunya yg meraikan Hari Lahir pada hari Sabtu. Kek choc moist yang simple jek.

Kebelakangan ni memang dah tak banyak tempahan yang aku terima...sikit2 jer...ok la tu...boleh tampung bayar duit WIMAX.

post signature

Tuesday, June 9, 2009

Cheese Tart & Choc Moist Cake

Dapat lagi tempahan untuk Choc Moist Cake dan Cheese Tart. Walaupun tempahan yg ku dpt tak lah sehebat kenkawan bakers yg lain, tp alhamdulillah..syukur dengan punca rezeki yg allah berikan...

Tempahan dari Jiran, kak Ros


Cheese tart, 2nd order dari Haslina

"hidup tak selalunya indah,
tapi yg indah itu tetap hidup dalam kenangan"

post signature

Sunday, June 7, 2009

Menabung Lagi

Alhamdulillah, dapat lagi tempahan untuk hari Ahad dari Kak Minah, akak cleaner kat ofis Mr HB. Choc Moist Cake dengan 10pc Cup Cakes. Kak Minah ni dah byk kali jugak membuat tempahan dari aku...kira macam regular customer gitu...huhu...tq kak Minah.




post signature

Saturday, June 6, 2009

Menabung kembali

Perbelanjaan cuti2 kemarin sedikit sebyk disumbang oleh tabung jualan kuih dan kek aku. Bila cuti dah abis, tabung pun dah kosong, maka aktiviti menabung semula harus diaktifkan semula, ye tak?

Alhamdulillah, naik kerje hari Khamis, aku ada tempahan kek choc moist dan apam mekar untuk hari Jumaat. Untuk tempahan sebijik kek yg last minit tu takde lah masalah sangat. Tp bila part apam mekar tu, lebih2 lagi bila kuantiti yg dimaukan tu agak banyak....560 pcs..terkesima aku dibuatnya..ecece...

Kata orang ukur baju dibadan sendiri..aku congak2..aku confident utk siapkan tempahan apam tu. Alhamdulillah...aku berjaya berbekalkan kudrat yg dikurniakan ilahi.

Apam mekar ditempah oleh Azreen
Untuk jamuan majlis kahwin kat Ulu Tiram

Tempahan dari Sereena utk dibawa ke Muar



post signature

Monday, April 20, 2009

Patah Tumbuh Hilang Berganti

Tempahan choc moist cake dr officemate abang utk besday

Cupcakes order dari officemate aku..Lina
Apa sinonimnya tajuk posting aku ni..hahaha..saje buat gimik..
Kebetulan mood cuti blog melanda, tiba2 aku disunting dengan tempahan2 kek. So kira, aku tak blogging, tp aku baking...hehe....Sekurang2nya dapat jugak mengisi kesuraman mood, ye lah, aku ni kan suka buat kek. Walaupun mood berangin kencang, tp buat kek inshallah ok jer...tapi penah gak ter'welldone' dan 'premature'...hahaha..tu kira asam garam alam membaking la.

Satu perkara yang aku perasan, walaupun berkali2 aku buat kek, tapi aku tak penah jemu2 nak makan kek ni...bukan masalah makan jadi masalah, tapi penaikkan berat badan yang menjadi masalah diatas habit yg aku yg tak brape mesra alam ni.....sesungguhnya aku sentiasa berusaha memujuk anak tekak ku utk SAY "NO THANKS", BUT NEVER SUCCEED...huhu..

post signature

Friday, March 27, 2009

CHOC MOIST CAKE


Bulan ni biz part-time aku quite slow...mmm....kira bil letrik bulan ni tak tinggi sangat la
Dah lama takde org order kek Choc Moist ni...
mengikut rekod aku, last order aku buat kek ni dr Haslin Etiqa pada 6hb Feb tahun ni.
Kek ni ditempah oleh ofismate aku eita.
Thanks eita.


Sunday, February 8, 2009

Biru Mata Hitamku

Dah 2 hari tak entry blog aku ni, bukan takde masa nak update cuma aku ada back2back order. Maklumlah aku ni kan partime je bukan fulltime amik tempahan ni. Tapi walaupun..ulang sekali lagi...walaupun...tak entry, tp ku makna ku tak jengah langsung..mesti bertandang keumah teman2 blogger yg lain.

Hari Jumaat, lepas balik kerja, terus je siap2 buat tempahan untuk pikap esok petang. Lagipun esok, hari Sabtu aku bekerja half day, so takut tak sempat bila nk tunggu time balik kerja.

TARAAA...ni la dia si Kek Coklat bersalut krim biru yg ditempah oleh teman sepejabat abang, Monee gelaran namanya...dia tempah kek ni utk sesaja makan2 hujung minggu ni kan long weekends.



Naik biru mata hitamku time mendeko kek ni...rasa macam kat lautan pun ada..hehe..
Tetiba teringat pulak time berenang2 n snorkling kat pulau tioman n pulau redang....huhu...bilalah nak pi cuti kat pulau lagi nih...









~ GUEST BOOK ANA ~

FEEL FREE TO SIGN MY GUEST BOOK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...