Sunday, May 31, 2009

Trip to Perak III

Sekitar majlis perkahwinan
- Main factor of our trip to perak

Actually tujuan sebenar kami sumer ke Perak ini ialah utk menghadiri majlis perkahwinan sepupu aku, Ayu dengan pasangannya pada hari ini 31hb Mei 2009. Tema majlis ni warna purple, baik dari Pelamin, pakaian persandingan, khemah dan juga berkat pun kaler sume purple tuh.

Jom layan, pictures sekitar majlis perkahwinan my cousin Ayu ni.

The Pelamin...purple theme

Meja makan beradat...."makan damai"

The goodies aka 'berkat'

Nasi minyak, daging rendang kering, ayam goreng and lemak nenas ikan masin
Dessert ada bubur kacang hijau campur pulut itam...1st time makan jugak ni
First time makan nasi minyak ada lauk lemak nenas ikan masin

My Oteh dgn hubbynya
merangkap ibubapa pengantin perempuan

Pengantin Perempuan menyambut ketibaan pengantin lelaki
Untung pengantin lelaki kat perak ni sebab tak kena 'tol'
kalau kahwin dengan orang Johor, nak kena sediakan 'tol'
sebelum dapat bersanding dgn pengantin perempuan

Pengapit pengantin lelaki tu kembar, yg kawin tu adik dia
Si Pengapit perempuan tu anak dara aku, dorang dah takde orang lain buat pengapit so main seret anak aku jadi pengapit...nasib baik anak aku sporting

Bersama Oteh yg sibuk dengan hasil salam kautnya..huhu

post signature

Trip to Perak II

PART TWO

Sampai kat Teluk Intan tak sangka nampak ada McD 24-hours, then terus je kitaorg terjah untuk breakfast. Time tiba kat sini, keadaan sunyi sepi dan sejuk, maklumlah time tu awal pagi sangat dan time tu hari baru lepas ujan.

Lepas breakfast, kita terus bertolak ke Sitiawan. Dari sini, aku take over drive, sebab hb dah keletihan drive dr JB sorang diri. Disepanjang perjalanan, aku nampak ada pokok2 pisang yg tumbang dan ada juga beberapa signboard jatuh rebah kebumi. Mesti ujan lebat atau angin kencang malam tadi agaknya.

Semasa melalui satu jalan untuk ke Sitiawan tu, kami merentasi sawah padi dikiri dan kanan jalan. Cantik sungguh pemandangan time, sungguh indah betul....sejuk mata memandang....aku menjerit kecil sebab seronok bila terpandangkan sawah padi tu...huhu Jakun sehhhh...

Sampai di Sitiawan, kami terus pi carik Crystal Hotel, register utk check-in. Time ni bilik penuh, kena check-in kul lepas kul 2 ptg. Then kita terus proceed gi rumah my cousin kat Manjung. Since first time pegi, then just berbekalkan map dari kad jemputan, kami sesat. Bak kata org, malu bertanya, sesat di jalanan...huhu...memang betul...bila dah tanya dengan org, alhamdulillah...kami berjaya menemukan tempat yg kami cari tu.

Lepas makan tengahari, then kita orang kluar pi pusing2 nak gi Teluk Batik. Tempat percutian yang menarik untuk para pengunjung dari luar. Time sampai kat sini, hari mmg panas terik tuhh...para pengunjung pun bleh tahan ramai.

Berposing di tengah2 panas terik
Abah aku pun ada gak time ni...

wif my HB
Jom makan icekrim calong (cone)
unforgetable moments
adik nangis nak bli beach pants

post signature

Saturday, May 30, 2009

Trip to Perak

PART ONE
Percutian ke Perak kali ini tidak ada dlm budget plan kami sekeluarga. Memandangkan ekonomi pun tak lah memberangsangkan, kena jimat perbelanjaan utk persediaan perjalanan ke Perak ni. Baik dari segi toll, minyak, sewa bilik dan juga makan minum kami sekeluarga. Kertas kerja utk percutian ni dah agak2 estimate cost..so dalam 2-3 bulan sebelum pergi ni, memang dah menabung la sedikit sebanyak.

Tujuan ke Perak yang sebenarnya kerana undangan majlis perkahwinan sepupu aku disana. Since aku cuma baru sekali je ke Perak (time tu aku masih sekolah menengah 4 atau 5), manakala hb dan anak2 blum jejak kaki ke sana lagi.

Semalam dalam kul 11 kitaorg bertolak dari JB, dan telah selamat sampai di Manjung, Perak dalam pukul 5 pagi tadi.

post signature

Tuesday, May 26, 2009

Rezeki Bertandang...Syukran!!

Bulan May ni agak kurang tempahan yang ku terima samada untuk kek choc moist, marble cake, cupcakes, apam mekar dsb. Setakat ni cuma 8 keping kek choc je yang laku. Memang slow giler side-income bulan ni... Ni lah yang dikatakan adat idup di dunia ibarat putaran roda....kadang kala kita diatas, kadang dibawah...tapi ada jugak orang yang nasibnya selalu diatas dan juga yang malang, nasibnya selalu je dibawah...tu mungkin jenis roda yg tak berpusing kot...roda empat segi agaknya tuh...payah nak berpusing.

Untuk mereka2 yang nasibnya ibarat roda yang sentiasa berpusing tu..tentu dapat menerima asam garam kehidupan ini. Adakala senang, adakala susah...ada masa gembira, ada masa duka nestapa, ada masa belanja mewah, ada masa duit cukup2 makan je...Bagi insan yg nasibnya diroda bawah sentiasa, aku berdoa agar mereka terus tabah dengan ujian dan dugaan dari Allah...moga2 ganjaran yang diberikan diakhirat kelak lebih mendatangkan keuntungan pada mereka. Pada insan2 yang nasibnya sentiasa nun diatas roda tu, jeling2la dengan nasib insan yang tidak bernasib sebaik mereka...

Ala2 skema pulak mukadimah en3 kali ni...huhu...takpelah ek...sesekali kena bermuhasabah diri sikit...jgn asyik nak gerago jerk..

Intipati pada en3 kali ni, aku nak kongsikan kegembiraan, dimana aktiviti tempahan agak berkurangan bulan ini, tanpa di duga...di saat2 akhir...sang rezeki datang bertamu...chewahhh...syahdu syahdan...bersyukur pada allah swt yang sentiasa memberikan rezeki pada semua hambanya. Terima kasih pada para2 sahabat yang sentiasa memberi sokongan pada perniagaan kecilan aku ni. Moga allah sahaja yang membalas budi kalian.

TEMPAHAN DARI HASLIN @ ETIQA INSURANCE JB
CHOC MOIST CAKE
&
APAM MEKAR*******

BLUEBERRY CHEESE TART INI DITEMPAH
OLEH HASLINA @ MUTIARA HOTEL
Hasil kerja diatas berjaya dilaksanakan dengan jayanya berkat kerjasama dari keluarga tersayang, suami dan anak2...terima kasih diatas keperihatinan kalian...BERSATU KITA TEGUH......

post signature

Sunday, May 24, 2009

Cara betul menimbang berat badan!!!

TO ALL MY DEAREST FRIENDS,

I'M SO GLAD I FOUND OUT ABOUT THIS!

The correct way to weigh yourself:

I can't believe I was doing it wrong all these years.


post signature

Saturday, May 23, 2009

Tanda Lelaki Yang Dilamun Cinta


Firstly, nak ucap jutaan terima kasih kat Dhiela, sebab mengizinkan aku berkongsi information tentang "Tanda Lelaki yang Dilamun Cinta".


Tahukah wanita sekeras mana pun seorang lelaki, lelaki itu akan menjadi selembut kapas jika dia telah jatuh cinta kepada seorang wanita.

Benarkah seorang lelaki yang keras hatinya boleh mengalirkan air mata demi seorang wanita?

Antara tanda-tanda seorang lelaki jatuh cinta (love) kepada seorang wanita :

Love 1. Dia bersungguh-sunguh melakukan sesuatu demi kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.

Love 2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.

Love 3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

Love 4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

Love 5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

Love 6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

Love 7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.

Love 8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

Love 9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.

Love 10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

Love 11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.

Love 12. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.

Love 13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

Love 14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

Love 15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.

Love 16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

Love 17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dgn sabar. (agak-agak kalau kena tunggu 5 jam nek hangin ke tak? )

Love 18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.

Love 19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

Love 20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

Love 21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

Love 22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

Love 23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan.

Sumber : Selangor2u

Katahati ANA : Cinta itu amat indah jika kita saling menyayangi, mengasihi, merindui, hingga ingin sehidup semati. Cinta berubah menjadi sengsara bila hati saling tak sehaluan dan menyakiti dan melukai. Cinta menjadi rumit bila terjerat diantara cinta. Cinta boleh membunuh hati dan jiwa hingga kita alpa dengan ketentuanNya. Ramai yang mengatakan jangan taksub dengan Cinta sesama insan, yang kekal hanyalah Cinta pada sang Pencipta. Tapi sejauh manakah yang menerima kenyataan ini..bolehkah kita hidup tanpa Cinta? Ada sanggup mati kerana Cinta, ada sanggup merana kerana Cinta...Mengapa perlu ada Cinta??


post signature

Sunday, May 17, 2009

Sudahkah Anda Menderma Darah?

Anjuran Kempen Darah oleh MAKSAK (Majlis Kebajikan Dan Sukan Anggota2 Kerajaan Malaysia) dengan Hospital Sultanah Aminah di Plaza Angsana, 17 May 2009.


Tengah tunggu giliran utk derma darah, ditemani bodyguard cilik
sibuk dok kata...ibu nervous
Ramai jugak para2 penderma darah yang menunggu giliran


Jeng-jeng-jeng...process pengaliran darah dari badan ke tube


Cenderahati dari MAKSAK
T'shirt, sedikit makanan dan jugak sijil

Ada sapa2 yang dah biasa menderma darah? Pada sapa2 yang belum menderma darah tu jomla, mula derma darah. Darah anda boleh menyelamatkan nyawa mereka yang memerlukan.

Aku bukanlah penderma darah yang kerap, aku bermula terbukak hati utk menderma darah pada tahun 2007. Alasan 'takut' dan 'sakit' menghantui aku sebelum aku terbukak hati untuk menderma darah. Tapi bila dah mula menderma, aku terus rasa seronok dan bangga kerana bukan saja darahku dapat menyelamatkan nyawa tapi ini juga merupakan sedekah yang tak dapat aku berikan dengan wang ringgit.

Aku sentiasa mengikuti kempen2 darah yang ada disekitar Johor, yang mana bila ada kesempatan, dan sesuai aku akan pegi menderma. Macam tahun lepas, aku tak dapat menderma kerana baru menjalani satu pembedahan.

Process menderma darah ni bermula dgn registration, dimana soalan2 berkaitan kesihatan kita dan maklumat2 lain mesti di isi dlm borang penderma darah. Kemudian, sample darah akan diambil dari ujung jari. Dari sini ujian dilakukan utk mengetahui jenis darah dan juga kepekatan darah. Di peringkat kepekatan darah ni, jika darah jenis yang cair tidak layak untuk menderma...so process habis disitu je.

Jika darah anda pekat, process seterusnya tekanan darah akan diperiksa...to make sure takde darah tinggi. Kat sini, jika BP tinggi, sekali lagi kene reject..tak layak utk menderma. Diaorg tak sewenang2 nak amik darah penderma, tak moh risiko keatas para penderma.

Peringkat seterusnya, soalan2 final dari petugas, dan di sini rekod derma darah akan dimasukkan di dlm kad merah utk para penderma.

Lepas tu, hanya menunggu giliran utk darah didermakan, process ini mengambil masa dalam 15 minit lebih kurang, bergantung pada kelancaran darah anda mengalir keluar.

Apa kebaikan2 yang diperolehi dengan menderma darah ini? Pada aku, selain dari aku rasa menderma tu satu sedekah, yang paling penting - darah menyelamatkan nyawa. Selain dari itu ada keistimewaan yang diberikan oleh pihak hospital pada para penderma bergantung pada kekerapan derma yg diberikan. Butir2 ini ada disertakan didalam kad merah penderma darah tu.

Aku tak pandang sangat kelebihan atau ganjaran yang dijanjikan, aku lebih rasa bangga kerana, DARAH MENYELAMATKAN NYAWA

post signature

Saturday, May 16, 2009

Guess what she's painting

You must see what the girl is painting...it's amazing...trust me !!!

post signature

Friday, May 15, 2009

Sensitifnya Orang melayu

Apa agaknya reaksi korang bila tengok aku pakai "puttu" atau lebih dikenali dengan panggilan "nandek" kat dahi tu? Biar aku teka...mesti korang melenting kan? Dah buang tebiat ke aku ni? Apa nk jadi aku ni? Kalau korag terserempak dengan pompuan melayu cam aku ni pakai "puttu" ni..mesti mcm nk terbeliak bijik mata sambil geleng2 kepala....aku dapat bayangkan...sebab benda tu aku lalui bila saje aku test pakai puttu ni masa kat opis siang tadi.

Rata2 kawan2 melayu sume tunjuk beberapa reaksi kurang senang dengan keselambaan aku mengenakan puttu ni. Mcm mana aku boleh pakai puttu ni? Begini ceritanya....pagi tadi masa aku singgah kat table kawan baik aku, weena...dia tengah dok tampal puttu kat dahi..yang mana dah selalu dia pakai..cuma hari ni dia pakai puttu ni kat depan aku. So, aku pun cam tertarik nak cuba letak. Bila dah letak tu nampak cantik pulak...huhu...sori aku memang suka benda yang buat diri lebih menarik. So aku pakai je la...just as part of accessories.

Tp, keselembaan aku sama hebat dengan ke"sentifif"an orang2 melayu ni. Ada yang siap, cemuh aku...nape nk palai benda tu....mungkin aku jahil...tapi pada aku salah ker? Mcm kalau org2 cina yg pakai baju kurung masa hari jumaat, kaum2 diaorang takde kecoh pun...sume paham..bukan bila pakai baju kurung terus jadik melayu.

Yang aku heran, bila part pompuan2 melayu yang penah bertudung, pastu decide tanak pakai then bukak balik, takde pulak diaorang mencemuh. Walhal tu lagi la ketara, dah bukak tudung, siap pakai bukak2 lagi..tang tu sume senyap je...cuma ngata kat belakang. Part aku yg dok tempek "puttu" tu siap cemuh depan, belakang lagi la berbakul2 agaknya...melayu melayu...sensitipnya korang.

Walau apa pun padangan korang, aku terima je...tapi pada aku yang penting niat kita je...tak tau tau pandangan orang yang lebih pandai dalam hal ni. Aku insan jahil...kalau ada yg nak menegor aku terima...tegor cara baik la.

post signature

Wednesday, May 13, 2009

Kami Seiras???

AMARAN KERAS !!!! Sebelum ada sesapa yang agak2 nak termuntah baca en3 ni sila jangan baca yek...huhu....Bukan aku buat citer ni..orang yang cakap dengan aku yang aku ni ada iras2 fara fauzana...ehem2..betul ke? Aku rasa jauh panggang la dari punggung...hahaha....tapi bila org dah kata gitu, jadik.... tak banyak, sikit, aku pun jadik terperasan la cam rupa artis....ececece

Bergambar dgn fara fauzana masa Juara Lagu tahun 2005 kot
time ni umur aku 34 tawon...


my recent photo...taken on 13th May 2009
aku dh nk masuk 38 tawon bulan ogos nnt, inshallah


Cuba korang perati gambor aku dgn fara fauzana ni...
tang mana korang rasa ada keirasannya????

Mata? Bibir? Kening?? Hidung??
LU PIKIR LA SENDRI...

post signature

Wednesday, May 6, 2009

This is what i call "magic!!!"

Pada sesapa yg lemah semangat adalah DILARANG untuk menyaksikan klip video ini.
Cuma aku agak terkesima (skema sikit) dgn permainan diaorg ni ... heran...

post signature

1st Dining Out in May

Penah dengar iklan kat radio tak? "The Chicken Rice Shop...bukan sekadar nasi ayammmmm"....

Malam ni HB belanja makan, katanya sempena Hari Ibu...kira celebrate in advance.... Memandangkan every weekend memang kitaorg tak kemana2 sbb anak2 tusyen, so weekdays je la masa yang ada.

Lepas balik kerja, terus amik anak2 ke Jusco Tebrau City, tak bleh nak tunggu malam keluar, sbb takut jalan jammed. Lagipun anak2 ada homework nk dibuat dan diaorg kenalah tidor awal sebab esok harinya sekolah.


Ni lah dia entrance "The Chicken Rice Shop"


Keletah si bongsu yang dah teringin sangat nak bermisai tu
Masuk jawi pun blum lagi...hehe

Contestant of Mr Misai
Yang mana satu pilihan kalbu? pilih la pilih la


OUR SET DINNER FOR 4 PERSONS @ RM41.90
Include of I Jug of ice-lemon tea, 4 rice, roasted chicken, grilled butter chicken
beansprout, kerabu mangga and pai tee


Ni lah grilled butter chicken...not bad rasa dia
sungguh lemak berkrim...disukai ramai..
tp tak bleh makan selalu wooo...kolesterol tinggi


Roasted Chicken for the Chicken Rice
(yg ni aku tak sentuh pun)

Korang tengok la sayur togeh ni...tak menarik langsung kan?
dah la tu, rasa dia mentah abis,
rasa mcm aku nk pi tumis balik kat kitchen diaorg tu
pastu ekor togeh tu tak cabut abis...menci tauuu.... yg ni tak rekemen langsung

PAI TEE ..ala2 popiah lopong...hehe
1st time makan mendalah ni ...not bad rasanya
cuma time nk makan ni kena pandai lah nk menggayakannya,
samada korang ngap sekaligus (adalah kurang sopan dikhalayak ramai)
atau geget sikit2, yg ni for sure isikandungnya akan terburai..hehe


The best dishes award goes to...............KERABU MANGGA!!
Yang ni mmg best..aku balun sorang je ni..hahaha
rasanya kalau aku nk makan kerabu, dtg sini pun ok

Lepas makan, then agenda jalan2 cuci mata...salah satu agenda malam ni aku nak carik sepasang kasut. Tp oleh kerana perut pun dah kenyang, mula lah kaki dok malas nk melangkah...lagipun kami kesuntukan masa...anak2 blum buat homework lagi tu...lagipun kalau nk mencari kasut ni aku suka masuk byk kedai..try punya try...keluar masuk kedai je dah makan berejam..baik tak payah...kesian kat diaorg sumer tu.

Then we decide to go home empty handed BUT with full stomach..
better than nothing right? Ok la tuhhh

Tengah dok perati, graphic PSP3 kat tv plasma
begitu tekun dak2 laki ni kalau tgk game ek?

Tengoklah anak bujang aku yg baru 15tahun tu
lebih menonjang dari ayah dia

HEROES OF MY LIFE

post signature

~ GUEST BOOK ANA ~

FEEL FREE TO SIGN MY GUEST BOOK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...