Sunday, May 17, 2009

Sudahkah Anda Menderma Darah?

Anjuran Kempen Darah oleh MAKSAK (Majlis Kebajikan Dan Sukan Anggota2 Kerajaan Malaysia) dengan Hospital Sultanah Aminah di Plaza Angsana, 17 May 2009.


Tengah tunggu giliran utk derma darah, ditemani bodyguard cilik
sibuk dok kata...ibu nervous
Ramai jugak para2 penderma darah yang menunggu giliran


Jeng-jeng-jeng...process pengaliran darah dari badan ke tube


Cenderahati dari MAKSAK
T'shirt, sedikit makanan dan jugak sijil

Ada sapa2 yang dah biasa menderma darah? Pada sapa2 yang belum menderma darah tu jomla, mula derma darah. Darah anda boleh menyelamatkan nyawa mereka yang memerlukan.

Aku bukanlah penderma darah yang kerap, aku bermula terbukak hati utk menderma darah pada tahun 2007. Alasan 'takut' dan 'sakit' menghantui aku sebelum aku terbukak hati untuk menderma darah. Tapi bila dah mula menderma, aku terus rasa seronok dan bangga kerana bukan saja darahku dapat menyelamatkan nyawa tapi ini juga merupakan sedekah yang tak dapat aku berikan dengan wang ringgit.

Aku sentiasa mengikuti kempen2 darah yang ada disekitar Johor, yang mana bila ada kesempatan, dan sesuai aku akan pegi menderma. Macam tahun lepas, aku tak dapat menderma kerana baru menjalani satu pembedahan.

Process menderma darah ni bermula dgn registration, dimana soalan2 berkaitan kesihatan kita dan maklumat2 lain mesti di isi dlm borang penderma darah. Kemudian, sample darah akan diambil dari ujung jari. Dari sini ujian dilakukan utk mengetahui jenis darah dan juga kepekatan darah. Di peringkat kepekatan darah ni, jika darah jenis yang cair tidak layak untuk menderma...so process habis disitu je.

Jika darah anda pekat, process seterusnya tekanan darah akan diperiksa...to make sure takde darah tinggi. Kat sini, jika BP tinggi, sekali lagi kene reject..tak layak utk menderma. Diaorg tak sewenang2 nak amik darah penderma, tak moh risiko keatas para penderma.

Peringkat seterusnya, soalan2 final dari petugas, dan di sini rekod derma darah akan dimasukkan di dlm kad merah utk para penderma.

Lepas tu, hanya menunggu giliran utk darah didermakan, process ini mengambil masa dalam 15 minit lebih kurang, bergantung pada kelancaran darah anda mengalir keluar.

Apa kebaikan2 yang diperolehi dengan menderma darah ini? Pada aku, selain dari aku rasa menderma tu satu sedekah, yang paling penting - darah menyelamatkan nyawa. Selain dari itu ada keistimewaan yang diberikan oleh pihak hospital pada para penderma bergantung pada kekerapan derma yg diberikan. Butir2 ini ada disertakan didalam kad merah penderma darah tu.

Aku tak pandang sangat kelebihan atau ganjaran yang dijanjikan, aku lebih rasa bangga kerana, DARAH MENYELAMATKAN NYAWA

post signature

10 comments:

  1. Saya donor gak, tp da lama x pegi serah diri.....blum ada masa, jauh lak tu, kat KK biasa x buat, kene g spital

    ReplyDelete
  2. kak ana dulu masa bujang linn rajin..tapi bila dah beranak pinak ni malas lak...hahahhahhahaha

    ReplyDelete
  3. kak saya xleh derma..
    bila g counter org tu suh g balik je..sbb utk diri sendiri pun xcukup ada hati nak g derma..muahahha..

    tp bagus gak sbb saya takut..hahahha

    ReplyDelete
  4. kak saya xleh derma..
    bila g counter org tu suh g balik je..sbb utk diri sendiri pun xcukup ada hati nak g derma..muahahha..

    tp bagus gak sbb saya takut..hahahha

    ReplyDelete
  5. dulu kan time study..takut sgt nak nak derma darah ni..hehehe

    ReplyDelete
  6. Tahniah la…saudari Ana …..kerana menderma darah adalah antara sumbangan yang sangat berharga… tak semua orang mampu untuk menderma darah walaupun mempunyai keupayaan untuk melakukannya. Sumbangan ini sangat bermakna kepada pesakit tanpa mengira bangsa, darjat,keturunan dan agama khusus untuk mereka yang amat memerlukan.
    Ia juga merupakan sebesar-besar jalan menghampirkan diri kepada Allah dan semulia-mulia sedekah,kerana ianya sama seperti menyelamatkan nyawa seseorang dan ianya memerlukan seseorang yang benar-benar ikhlas untuk melakukannya….kerana orang sering memberi berbagai alasan untuk tidak melakukanya…sama la seperti saya…walaupun tahu berbagai kebaikan yang kita perolehi daripadanya….
    Darah adalah sebahagian daripada manusia dan manusia pula lebih bernilai dari harta, dan orang yang menderma darah sebenarnya telah menderma sebahagian dari dirinya yang bersifat benda kepada saudaranya kerana kasih sayang dan perasaan mengambil berat.. dan ganjarannya sudah tentu pasti diberikan oleh Allah….
    Bahkan satu riwayat yang sahih dari Nabi S.A.W menyebut bahawasanya menolong haiwan yang memerlukan makanan dan minuman memperolehi ganjaran pahala yang besar dari Allah Taala sebagaimana tersebut dalam hadis tentang seorang lelaki yang memberi minum kepada seekor anjing yang kehausan….apatah lagi menolong dan membantu sesame manusia……
    Sesungguhnya Allah S.W.T telah menegaskan di dalam Al-Quranul Karim ketika menjelaskan tentang nilai nyawa manusia, firmanNya yang bermaksud : ” Sesungguhnya sesiapa yang membunuh maka seolah-olah dia telah membunuh manusia seluruhnya, dan sesiapa yang menghidupkan seolah-olah dia menghidupkan manusia seluruhnya.” ( Al-Maidah : 32)
    …..teruskan usaha murni anda…..

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. ... tak pernah derma darah, takut jarum, takut benda tajam :c:

    ReplyDelete
  10. saya tak pernah lagi derma darah... buka takut, tapi tak pernah ada peluang... dok kat tempat saya ni tak pernah pun ada org buat kempen mcm ni... kenapa buat kat bandar2 je ha.. sesekali masuk kampung, rasanya ramai org berminat nak derma

    ReplyDelete

Hati berkata-kata... tapi tak mampu bersuara tanpa jari-jemari...Terima kasih pada keluhuran hati dan keikhlasan jari-jemari.....sayang dari LadyAna

~ GUEST BOOK ANA ~

FEEL FREE TO SIGN MY GUEST BOOK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...