Hari ni aku pi jemputan kawin kazen aku melangsungkan perkahwinan serentak di Muar. Pasangan dua beradik ni disandingkan bersama serentak dengan tema keler yg sama sedondon. Sekaligus makcik aku terus dpt 2 menantu sekaligus, sorang lelaki dan sorang pempuan.
Aku bertolak dari rumah dlm pukul 10.20 am dan tiba di Muar dalam lebih kurang 1 tghari. Mula2 tu ada gaklah sesat, sebab kami tak pernah ke rumah mereka sejak mereka berpindah ke rumah baru ni. Dahlah ler tu, pegi dgn tidak membawa kad jemputan, sekadar berpandukan pada alamat yg diberikan saja...haha...tp oleh kerana kami dah biasa masuk acara treasure hunt, so part cari2 jalan ni takde masalah la ...heeeeee
Sampai je, terus menuju ke buffet line....sedara mara bleh jumpa kemudian..haha...sebab semua isi perut dah berkeroncong dondang sayang...
Alhamdulillah, jamuan yg disediakan memang memenuhi citarasa...dari nasik hinggalah lauk pauk. Yang paling aku suka ialah lauk kambing masak merahnya...memang M E L E T O P... KEBABOOOOM...haha...
No comments:
Post a Comment
Hati berkata-kata... tapi tak mampu bersuara tanpa jari-jemari...Terima kasih pada keluhuran hati dan keikhlasan jari-jemari.....sayang dari LadyAna