Wednesday, December 29, 2010

Happy Steps

Must Snap Landmark

Akhirnya rancangan untuk ke Universal Studio tercipta juga pada 27 December 2010. Tempahan tiket dibuat melalui agent dimana, mereka menyediakan perkhidmatan bas percuma pergi dan balik dari Terminal Bas di Kotaraya direct ke Resort World Sentosa. Harga tiket $66 seorang dan rebate meal voucher $5 and merchandise voucher $5.

Masa lawatan dari pukul 10 pagi hinggalah jam 6 petang. Pada sapa2 yang super power energy boleh la menfaatkan 8 jam disitu.....phewww...

Perjalanan seawal pagi untuk mengelakkan kesesakkan dengan para2 pekerja yg dari JB ke Spore. Lebih kurang jam 8 kami selamat tiba ke destinasi. Ketika sampai di loading bus area aku dah ternampak tiket SOLD OUT untuk hari tu. Perghhh, nasib baik la kami tidak gamble tuk walk-in redah datang beli tiket kat kaunter je, kalau tak memang mencarut je la nnt

...haha

Sesak wei kat Main Entrance

Carta keseronokan kami mula merudum (dh mcm ayat saham plak ni) apabila di entrance lg. Terlalu panjang queue tuk masuk walau pun ada byk laluan di buka. Dah la beratur nk masuk, nak amik rebate voucher pulak ke kaunter lain... adoiiyai ini sudah mendatangkan kemarahan oleh para2 pengunjung. Kenapa la tk disertakan sekali di tiket entrance, kan tk memahitkan keadaan yg semakin kurang tahap kemanisannya.

Bila di kelilingi dgn lautan manusia rasa dh macam tk seronok sgt, hiruk pikuk, sana sini ramai org, boleh buat kita hilang fokus kerana tergganggu dek kelantangan sore dorg la, terlanggar anggota badan la, mcm2 ter yg tk seronok la.

Disini ingin aku merumuskan, korang elakkan la pegi time school holidays atau apa2 hari Public Holidays pun, walaupun ianya pada weekdays, MELAINKAN tahap kesabaran korang mmg super POWER ar.... hehe

Walau hanya dapat menonton persembahan Monster Musical Show dan ke Studio Special Effect kami enjoy jugak la. Cuma bila ada ride2 dan show2 lain yg kami tk dpt nk join sama kerana queue yg tk sanggup utk kami tempuhi, anggaran 1-2 jam ..... sapa nk tunggu kan?

Keseluruhan nya, kami enjoy la berada disini, mmg tak puas bila tk dpt bergambar dgn maskot karektor2 Universal Studio. Yang ada time tu cuma si Kung Fu Panda (kami tk dpt amik, ramai sgt org), Frankenstein (ni nasib sbb kami berada berdekatan ketika itu).... yg lain2 seperti Pussy in the boots, Mariyln Monroe dll tk kelihatan pun. Maskot2 ni ada schedule tersendiri utk sessi photography bersama pengunjung2.

Selain dari mengunjungi taman tema yg berada disini, ada byk kedai2 sourvenir kat sini. Korang sediakan je la Sing Dollar-dollar berguni-guni. Kalo ikut harga dorang tshirt sempoi murah je baru dari 25dollar dh dpt sehelai, tp bila korang convert kan dgn MYR dah makan bape plak? Apa2 pun mesti tak sah kalao tkde sourvenir utk di buat kenangan. So kejam mata je la bila Sing dollar melepaskan sayapnya..... huhu

Ada ura-ura nk kembali lagi ke sini... erm beshnye... jom start menabung lagi, sehari sedollar, cukup 3 bulan dh bleh return semula.... haha

HAPPY STEPS, ME 'N U

post signature

No comments:

Post a Comment

Hati berkata-kata... tapi tak mampu bersuara tanpa jari-jemari...Terima kasih pada keluhuran hati dan keikhlasan jari-jemari.....sayang dari LadyAna

~ GUEST BOOK ANA ~

FEEL FREE TO SIGN MY GUEST BOOK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...