Monday, July 6, 2009

Mom's Day Out - Part II

PART II

2 buah bas mengiringi rombongan

Lebih kurang pukul 3.40 kami bertolak dari dusun durian ke Tanjung Piai. Mungkin dh ramai org datang ke sini dan mungkin telah datang berkali2, tp bagi aku dan kengkawan, ini barulah 1st time kami ke sini. Perjalanan amik masa lebih kurang pukul 4.30 kami sampai disini.

Landmark wajib posing

Nak masuk kena bayar tiket ok

Yang lebih malang, semasa kami sampai disitu, cuaca dalam keadaan mendung dan gerimis. Walau bagaimanapun, kami tetap teruskan perjalanan untuk sampai ke titik penghujung benua asia tu.

bukan main seronok bila dah kumpul ramai2.
ge
lak pun kira kelas bapak jin
muahahaha


Perjalanan untuk sampai ke titik penghujung tu disediakan dengan laluan berkayu.. ala2 jambatan gitu. Manakala kiri dan kanan dikelilingi dengan pokok bakau dan juga ditemani sekumpulan monyet2. Monyet2 sume melarikan diri sebaik saja aku bersedia untuk snap pictures...apa? ingat aku ni paparazzi ke? huhu

Laluan kayu ini merentasi hutan pokok bakau

sungguh tenang melalui jalan ni
dgn bunyian fauna yg mengasyikkan


Bila sampai ke penghujung titik benua asia tu teruskan dengan agenda berposing bagai nak rak. Ye lah, bila lagi nk sampai sini kan? Ada gak aku google tg piai ni, nampak mcm menarik je dlm gambar. Pada aku tak se gah manapun...biasa2 je. Walaucamanapun aku dh jejak kaki disini.

lihatlah awan yg berarak mendung

with my dearest n lovely fren ~~ weena

mendung2 pun tetap nk pose..aha

Dengan adanya gambar, itu lah bukti yg kami telah sampai disitu. Tapi kami hanya dapat berlegar2 dlm setengah jam saja, kerana angin gerimis sudah mula menyapa. Dikala itu awan sedang berarak mendung...ecece..mcm lagu la pulak. Masing2 bergegas meninggalkan pelantar untuk mengelakkan dari terperangkap dari hujan lebat.

Tapi kudrat manusia takdpt nak mengatasi hukum alam...hujan turun dengan lebat sebelum kami sempat melarikan diri.....dah sumer berlari dalam hujan...jauh pulak tu nk sampai ke pintu masuk...nasib baik ada 2-3 tempat berteduh disepanjang jalan kayu tu....walaupun dpt berteduh, aku dah 50% basah lencun ...

Dah la basah kerna dek ujan, pastu naik bas.. punyalah sejuk.... adooiiiyaiii.... bisa urat2 aku yg dah makin matang ni.... huhu.... anyway... that is the end of my wet trip.

post signature

1 comment:

  1. lepas penat pusing2....pekena lak ikan bakar 3 rasa, nasi putih ngan tomyam kat Tanjung Piai Beach Resort....jangan lupa baby sotong.....fuh beessssstttt!!

    ReplyDelete

Hati berkata-kata... tapi tak mampu bersuara tanpa jari-jemari...Terima kasih pada keluhuran hati dan keikhlasan jari-jemari.....sayang dari LadyAna

~ GUEST BOOK ANA ~

FEEL FREE TO SIGN MY GUEST BOOK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...