Monday, July 13, 2009

Pendedahan Eksklusif

Selama ni ada jugaklah yang memuji penampilan aku samada di alam maya mahu pun di alam nyata. Terima kasih semua atas kata2 yg cukup menyeronokkan, walaupun hati agak berat dan malu untuk menerimanya....chewah...malu2 kucing pulak.

Hakikatnya, sebagai tuan punya badan, aku tau dimana kedudukan aku dan kadar mana kecantikan yg dikurniakan ilahi pada diri ku ini. Kalau dalam margin 1 - 10, aku rasa takat 1 je kot. Walau bagaimanapun, aku tetap bersyukur atas anugerah yang diberi.

Ada insan yg dikurniakan rupa paras yg cantik semulajadi @ natural beauty, walau tanpa mengenakan perhiasaan dimuka @ mekap. Tp aku, aku bukan type natural beauty ~~~ aku perlukan perhiasan itu untuk merasa lebih yakin dengan orang sekeliling. Tanpa mekap aku tak seayu atau semanis yg pernah korang tengok.

Entri kali ini, aku dengan rasa rendah diri, membuat pendedahan berani untuk menampilkan rupa aku yg asli. Siapa la aku tanpa bantuan mekap. Mekap yg digunakan tidak terlalu tebal

Rupa aku yg ori --bersih dan suci

Setelah di modify sana sini
Molek la sikit dari yg ori tu

Ya lah, kebanyakkan perempuan di dunia ini, especially artis2 ~~ kalau tanpa mekap, takkan bisa memukau mata peminat2 sumer. Betul tak? Jom kita imbas, para artis yg tidak bermekap.

Muka suci Fazura ~~ antara pelakon yang disukai

Kalau Dato' CT bukan artis, Dato' K nak tak dengan dia ek?

Misha Omar tanpa mekap ~~ not bad

post signature

3 comments:

  1. kak
    eventho ko x bermake up pun
    ko still berseri2 kak...
    cam anak dara
    xde byk beza either akak bersolek or not..
    cun seh...
    kalau nak di bandingkan ngan artis2 tu...
    ko lg cun kak....

    ReplyDelete
  2. xmakeup pun dah comel dahhh..hehehhe

    ReplyDelete
  3. Jangan mudah terpedaya dengan mainan kehidupan… selalunya membuat kita terpedaya dengan pujian sedangkan kita sendiri tiada merasa apa-apa keistimewaan....
    Ukuran cantik bagi manusia tidak pernah sama.... Ada orang terpikat dengan kecantikan seseorang sedangkan pada pandangan dirinya sedangkan orang lain ianya tidak menarik.... Misterinya suara hati memang sukar dibaca.... Tidak ada sebarang alat untuk mengukur makna cantik atau tampan pada seseorang.... Ukuran cantik sentiasa berlainan antara seseorang dengan seorang yang lain.
    Ada orang mentafsirkan kecantikan itu mata yang bundar tetapi ada orang merasakan yang sepet..... Ada orang menganggap bibir yang nipis itu cantik tetapi ada juga orang yang mengatakan bibir tebal lebih mengancam..... Ada orang menganggap kulit yang puti sebagai cantik dan ada yang lain lebih terpesona dengan si hitam manis.....

    Begitulah misteri dan luasnya makna cantik ..... Jadi, usah terlalu susah hati jika merasakan kita tidak begitu menarik. Kita tetap cantik di mata orang yang mentafsirkan kecantikan itu bukan sekadar wajah tetapi mungkin keseluruhan. Ini termasuklah gaya jalan, cara nada bertutur, pendirian serta sikap.

    Jika kita belum mendapat teman bukan cantik masalahnya, cuma anda belum bertemu dengan orang yang mentafsirkan cantik itu menurut apa-apa kelebihan yang ada pada diri kita.

    Sebenarnya tiada manusia yang buruk, kerana setiap daripada kita ini dicipta oleh Tuhan yang Maha Bijaksana. Masakan ciptaan Tuhan itu tidak cantik, malah dalam Islam kecantikan bukan terletak pada wajah atau keturunan tetapi apa yang ada di dalam hati. Baik sang hati baiklah seluruh badan, jahat sang hati jahatlah seluruh badan. Agama menilai kecantikan itu iman yang teguh, kukuh dan padu.

    Siapa kita untuk mempertikaikan ciptaan-ciptaan TUHAN. Sudah tentu kita tidak layak. Tetapi ramai orang mempertikai TUHAN setiap kali menghadap cermin. Berkacalah tatkala bercermin sebab dengan berkaca cermin akan memberitahu anda apakah anda yang berdiri di situ atau perasaan dan keegoan anda yang menampani.

    Siapalah kita untuk menentukannya…....

    ReplyDelete

Hati berkata-kata... tapi tak mampu bersuara tanpa jari-jemari...Terima kasih pada keluhuran hati dan keikhlasan jari-jemari.....sayang dari LadyAna

~ GUEST BOOK ANA ~

FEEL FREE TO SIGN MY GUEST BOOK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...