Monday, August 17, 2009

Kenangan 170809 = 38

17 AUGUST 2009
Dengan tarikh ini maka genaplah usia ku 38 tahun...huhu...dah nak masuk 40 an tu...
Alhamdulillah, sampai jugak umur ku untuk mencecah ke usia 38 tahun ni.

Macam biasa pada setiap tahun takde perancangan sambutan hari lahir untuk diraikan bersama kawan2 maupun rakan taulan. Hanya rakan2 terdekat je yang akan meraikan dengan berkongsi membeli hadiah utk tanda penghargaan.

Walaupun hari ni merupakan hari yg istimewa untuk diri sendiri, tp aku berpuasa sunat Isnin. So kat opis takde la acara tiup2 lilin atau makan2 bersama kengkawan. Walau macamanapun, mr HB ada buat plan untuk bawak aku berbuka puasa kat luar dan sempena hari istimewa aku hari ini.

Aku diberi peluang untuk memilih destinati makan malam ini, tp aku jenis tak kisah sangatlah part makan2 ni. Lagipun aku tengah berusaha untuk menurunkan berat badan, so tak nak lah layan sangat part chomp chomp ni..hehe...


Destinasi makan malam @ buka puasa aku dipilih oleh mr HB iaitu di TGI Fridays kat JOTIC. Masuk kali ni, dah kali ke dua kami kesini, kali pertama ketika meraikan anniversary kami pada 4 August yang ke 18 tahun dan malam ni hari lahir aku yang ke 38 tahun.

Sessi posing ~~ captured by Mr cameraman cilik ~~ Izzwan

Selepas dinner, HB ada buat surprise cake cutting bersama2 crew restaurant tu. First time ever, HB buat arrangement camni...thanks abang...i really appreciate it.
Yang gerammnya, ada ke aku kena nyanyi sebelum dibenarkan utk tiup lilin dan potong kek...rupa2nya mmg camtu trend kat restaurant tu..kalau ada sesapa yg celebrate besday mesti kena nyanyi sebelum cake cutting.

Mau tak mau lepas dipujuk2 oleh crew2 rest. tu kena jugaklah aku nyanyi dua baris lagu raya..haha..lepas tu barulah crew2 tu nyanyi besday tuk aku. So sweet...it is the best besday celebration i'll never forget.

post signature

3 comments:

  1. “Selamat Ulang Tahun Hari Kelahiran ke 38”

    Sesungguhnya masa terus berjalan, sedar atau tidak, suka atau tidak, usia kita juga kian bertambah dari hari ke hari. Inilah ketentuan yang tertulis untuk kita sebagai makhluk yang dicipta olehNya. Bermula kita dari setitik mani yang bersatu kemudian terhasillah segumpal darah, di balut tulang dan daging kemudian ditiup roh lalu lahirlah kita menjadi seorang bayi. Bermula kita meniarap, kemudian kita merangkak, bertatih kemudian kita berlari. Subhanallah, indahnya ciptaan Ilahi. Kita juga dibekalkan pula dengan akal dan naluri, ada perasaan, ada nafsu, ada cita-cita, ada kehendak. Maha suci Allah yang Maha Pencipta.

    Usia semakin meningkat,, semakin lama semakin membimbangkan bagi sesetengah orang, usia sememangnya semakin meningkat seiring dengan masa. Setiap orang diberi masa yang sama setiap hari tetapi tidak pada usianya. Dipanjangkan umur maka semakin banyaklah nombor yang mewakili usianya. Namun usia yang diberikan amatlah tidak membawa apa-apa erti jika kita tidak menghargainya. Disamping itu menunjukkan betapa hebatnya kita sebagai manusia apatah lagi sebagai khalifah Allah!

    “Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara lain, yaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua, masa sehat engkau sebelum dilanda sakit, masa kaya engkau sebelum masa miskinmu, masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk, dan masa hidup engkau sebelum datangnya saat kematian.” (Hadith Riwayat Muslim dan Tirmizi dari Amru bin Maimun r.a.)

    Hidup sebelum mati. Dalam usia sedang menganjak, meningkat dari tahun ke tahun, persoalan yang sering bermain di minda Kita adalah, "selama kita hidup, apa yang telah kita lakukan???"

    Terfikirkah kita, kita masih hidup hari ini kerana Allah ingin memberi peluang kepada kita untuk menyuci diri dan menghapuskan dosa semalam? Kita masih hidup agar kita dapat memohon maaf kepada mereka yang pernah kita lukai kita sakiti hatinya, kita masih hidup agar kita dapat melunaskan hutang yang belum terbayar.

    Terfikirkah kita, kita masih hidup hari ini kerana masih ada yang memerlukan kita, memimpin tangan mereka, menyapu air mata mereka, meminjamkan bahu dan telinga untuk mereka di kala mereka sedang berduka lara.

    Terfikirkah kita, kita masih hidup hari ini kerana masih ada tugas yang belum terlaksana sempurna. Masih banyak yang belum kita lakukan. Amalan dan bekalan untuk di bawa ke akhirat yang kekal abadi masih tidak mencukupi.

    Rupanya perjuangan kita di alam kehidupan ini masih belum selesai. Masih banyak yang harus kita persiapkan. Bila usia meningkat, kita menjadi risau, kecantikan dan keremajaan bakal hilang, sehingga kita lupa, bila mati, jasad di timbus tanah, ulat dan cacing datang menggigit, semuanya akan reput, daging dan kulit di makan tanah. Kita kembali menjadi tanah.

    Bila usia meningkat, ramai yang risau, harta dan kekayaan yang dikumpul masih ditakuk lama, wang simpanan masih tidak mencukupi. Malangnya ramai pula yang lupa untuk mempersiapkan diri dan memperbanyakkan amalan dan mengumpul bekalan untuk di bawa ke akhirat sana.

    Bagaimana dengan kita?Usia kita juga kian meningkat, esok atau lusa mungkin tiba giliran kita di jemput kembali pulang ke alam barzakh.. Ya Allah, ampunkanlah segala dosa kami,dosa ibubapa kami. Dosa anak-anak kami, dosa isteri dan suami kami,dosa sahabat-sahabat kami dan dosa seluruh para muslimin dan muslimat di muka bumi ini…, tunjukilah aku jalanMu yang lurus, selamatkanlah dan bahagiakanlah aku serta seluruh muslimin dan muslimat, dunia dan akhirat. Amin..

    ( Sekadar tanda ingatan untuk diri sendiri dan sahabat ku)

    ReplyDelete
  2. Happy belated birthday n anniversary to u ana..semoga bahagia hingga ke akhir hayat...amin

    ReplyDelete

Hati berkata-kata... tapi tak mampu bersuara tanpa jari-jemari...Terima kasih pada keluhuran hati dan keikhlasan jari-jemari.....sayang dari LadyAna

~ GUEST BOOK ANA ~

FEEL FREE TO SIGN MY GUEST BOOK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...