Saturday, May 2, 2009

Kuih Bakar Pandan


Kuih bakar pandan ni mmg feberet family, so since ada masa lapang dan oleh kerana senang je membuatnya, aku pun bancuh utk satu loyang.

Pada sesapa yg nak resepi, bleh la cuba buat..

Bahan-bahannya:- (Guna cawan yang berisipadu 250ml)
1 cawan gula
1 cawan jus panda (kisar 5-6 helai daun pandan dgn 250ml air dan tapis)
2 cawan tepung
2 1/4 cawan pati santan
3 biji telur gred A
1/2 camca teh garam
2 camca besar mentega, dicairkan
Sedikit pewarna hijau
Bijan (jika suka)

Cara membuatnya:-
1. Satukan semua bahan2 diatas kecuali bijan dalam satu bekas. Kacau dengan wisk hingga semua larut. Tapis adunan.

2. Dalam acuan yg digemari, lenser sedikit mentega dan panaskan dalam oven untuk 2 - 3 minit. Oven telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180C.

3. Keluarkan acuan dan curah adunan tadi. Tabur bijan dan bakar kembali dalam oven selama 30 - 35 minit hingga masak dan permukaan kuih bakar kuning keemasan. Kuih ni sedap kalau ada sedikit kerak. Sejukkan sebelum dipotong..

post signature

6 comments:

  1. kira cam kuih bingka lah ni kan kak..

    cedap tu!

    ReplyDelete
  2. kak..tu comment pertama tu..yong tau. log in blog lain..tu yg nama lain tu..hehehehe

    ReplyDelete
  3. ini memang saya suka ni.. lebih2 lagi kalau tepi2 tu mcm ada kerak2 sikit. sedap. Biasanya beli aje... nak buat tak berbaloi... makan sekadar dua tiga orang. :D

    ReplyDelete
  4. >> Babah n ibu @ Yongticha : Hehe...yong ada dua blog ke?
    Kuih bakar ni ada org panggil bingka pandan jugak

    ReplyDelete
  5. >> TokNabe : Kuih melayu, kalau tak org melayu suka makan sapa lagi kan?
    Sapa kata buat tak berbaloi...memang berbaloi..bleh sedekah kat jiran2 dpt pahala..berbaloi tak? hehe

    ReplyDelete

Hati berkata-kata... tapi tak mampu bersuara tanpa jari-jemari...Terima kasih pada keluhuran hati dan keikhlasan jari-jemari.....sayang dari LadyAna

~ GUEST BOOK ANA ~

FEEL FREE TO SIGN MY GUEST BOOK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...