Apa agaknya reaksi korang bila tengok aku pakai "puttu" atau lebih dikenali dengan panggilan "nandek" kat dahi tu? Biar aku teka...mesti korang melenting kan? Dah buang tebiat ke aku ni? Apa nk jadi aku ni? Kalau korag terserempak dengan pompuan melayu cam aku ni pakai "puttu" ni..mesti mcm nk terbeliak bijik mata sambil geleng2 kepala....aku dapat bayangkan...sebab benda tu aku lalui bila saje aku test pakai puttu ni masa kat opis siang tadi.
Rata2 kawan2 melayu sume tunjuk beberapa reaksi kurang senang dengan keselambaan aku mengenakan puttu ni. Mcm mana aku boleh pakai puttu ni? Begini ceritanya....pagi tadi masa aku singgah kat table kawan baik aku, weena...dia tengah dok tampal puttu kat dahi..yang mana dah selalu dia pakai..cuma hari ni dia pakai puttu ni kat depan aku. So, aku pun cam tertarik nak cuba letak. Bila dah letak tu nampak cantik pulak...huhu...sori aku memang suka benda yang buat diri lebih menarik. So aku pakai je la...just as part of accessories.
Tp, keselembaan aku sama hebat dengan ke"sentifif"an orang2 melayu ni. Ada yang siap, cemuh aku...nape nk palai benda tu....mungkin aku jahil...tapi pada aku salah ker? Mcm kalau org2 cina yg pakai baju kurung masa hari jumaat, kaum2 diaorang takde kecoh pun...sume paham..bukan bila pakai baju kurung terus jadik melayu.
Yang aku heran, bila part pompuan2 melayu yang penah bertudung, pastu decide tanak pakai then bukak balik, takde pulak diaorang mencemuh. Walhal tu lagi la ketara, dah bukak tudung, siap pakai bukak2 lagi..tang tu sume senyap je...cuma ngata kat belakang. Part aku yg dok tempek "puttu" tu siap cemuh depan, belakang lagi la berbakul2 agaknya...melayu melayu...sensitipnya korang.
Walau apa pun padangan korang, aku terima je...tapi pada aku yang penting niat kita je...tak tau tau pandangan orang yang lebih pandai dalam hal ni. Aku insan jahil...kalau ada yg nak menegor aku terima...tegor cara baik la.
biasalah kak ana
ReplyDeletementality org kita
zana dulu pun suka pakai2 camtu....
siap beli gelang kaca tu lagi....
bising bunyi...tp i like....
biar ler kak
yg penting...kita tahu apa kita buat
kita ler kita pakai camtu..boleh buat iman kita terpesong.....itu kan cuma accessories jer...
time kawen....bergambar pakai baju and accessories diaorg...xde plak nak kecoh2...siap puji2 lagi...
apa lah org kita nie
Di bawah ni terdapat persoalan yang sama yang diajukan berhubung perkara yang berkaitan...
ReplyDelete1. Bolehkah kita memakai tanda di dahi walaupun sekadar niat ingin memeriahkan lagi upacara perayaan atau suka-suka?
2. Bolehkah kita memakai cheongsam atau sari supaya kita dapat “fit in” dalam upacara perayaan tersebut?
ni hanyalah pendapat saya , mungkin masih belum sohihi. boleh jadi betul dan boleh jadi salah.
1) setahu saya tidak boleh. kerana mereka (orang india) yang memakai tanda di dahi tu antara tujuan mereka ingin memberitahu awam bahawa mereka adalah hindu macam juga kristian dgn salibnya...kita dapat bezakan dengan melihat apa yang dipakai. i.e. tanda itu melambangkan agama mereka.
2) boleh sekiranya ingin memakai pakaian mereka. asalkan MENUTUP AURAT. pakaian hanya melambangkan budaya. namun tidaklah dibenarkan sekiranya niat memakai pakaian itu untuk menjinakkan diri dgn agama mereka.
kesimpulannya, apa2 sahaja yang meraikan upacara yg berkaitan keagamaan orang lain, sememangnya tidak dibenarkan dalam ISLAM. namun ia punya berjuta lagi wasilah yang dapat kita lakukan selain di atas. yg haram itu hanya sedikit.Tapi harus juga diingat bahawa matlamat tak menghalalkan cara... mungkin niat kita baik... tapi tak semestinya kita boleh buat apa saja demi untuk mencapai niat kita...
إن الله فرض فرائض فلا تضيعوها وحدّ حدوداً فلا تعتدوها وحرّم أشياء فلا تنتهكوها وسكت عن أشياء رحمة بكم غير نسيان فلا تسألوا عنها
Ertinya : "Sesungguhnya Allah telah memfardhukan pelbagai perkara wajib, maka janganlah kamu mengabaikannya, dan telah menetapkan had bagi beberapa keharusan, maka janganlah kamu melewatinya, dan juga telah mengharamkan beberapa perkara, maka janganlah kamu mencerobihinya, dan juga telah mendiamkan hukum bagi sesuatu perkara, sebagai rahmat kemudahan buat kamu dan bukan kerana terlupa, maka janganlah kamu menyusahkan dirimu dengan mencari hukumannya" ( Riwayat Ad-Dar Qutni, ; Ad-Dar Qutni : Sohih, An-Nawawi : Hasan )
Sekadar renungan untuk dikongsi bersama.....Allahualam...
its depend on niat kita kut..
ReplyDeletextau la kak..so baik dediam je..hehehhe
curry 7 shoes
ReplyDeletekd 12 shoes
cheap jordans
balenciaga speed
golden goose
hermes handbags
nike air max 2017
adidas superstar
offwhite
cheap jordans