PART TWO
Sampai kat Teluk Intan tak sangka nampak ada McD 24-hours, then terus je kitaorg terjah untuk breakfast. Time tiba kat sini, keadaan sunyi sepi dan sejuk, maklumlah time tu awal pagi sangat dan time tu hari baru lepas ujan.
Lepas breakfast, kita terus bertolak ke Sitiawan. Dari sini, aku take over drive, sebab hb dah keletihan drive dr JB sorang diri. Disepanjang perjalanan, aku nampak ada pokok2 pisang yg tumbang dan ada juga beberapa signboard jatuh rebah kebumi. Mesti ujan lebat atau angin kencang malam tadi agaknya.
Semasa melalui satu jalan untuk ke Sitiawan tu, kami merentasi sawah padi dikiri dan kanan jalan. Cantik sungguh pemandangan time, sungguh indah betul....sejuk mata memandang....aku menjerit kecil sebab seronok bila terpandangkan sawah padi tu...huhu Jakun sehhhh...
Sampai di Sitiawan, kami terus pi carik Crystal Hotel, register utk check-in. Time ni bilik penuh, kena check-in kul lepas kul 2 ptg. Then kita terus proceed gi rumah my cousin kat Manjung. Since first time pegi, then just berbekalkan map dari kad jemputan, kami sesat. Bak kata org, malu bertanya, sesat di jalanan...huhu...memang betul...bila dah tanya dengan org, alhamdulillah...kami berjaya menemukan tempat yg kami cari tu.
Lepas makan tengahari, then kita orang kluar pi pusing2 nak gi Teluk Batik. Tempat percutian yang menarik untuk para pengunjung dari luar. Time sampai kat sini, hari mmg panas terik tuhh...para pengunjung pun bleh tahan ramai.
Kak ana...patut laa...sebuk ngan trip qupanya... bila gamaknya eiba dapat tutorial cam kak ana nie..gerammmm nih...cantikk sangat..jelesss wwwooo....
ReplyDelete