Saturday, May 23, 2009

Tanda Lelaki Yang Dilamun Cinta


Firstly, nak ucap jutaan terima kasih kat Dhiela, sebab mengizinkan aku berkongsi information tentang "Tanda Lelaki yang Dilamun Cinta".


Tahukah wanita sekeras mana pun seorang lelaki, lelaki itu akan menjadi selembut kapas jika dia telah jatuh cinta kepada seorang wanita.

Benarkah seorang lelaki yang keras hatinya boleh mengalirkan air mata demi seorang wanita?

Antara tanda-tanda seorang lelaki jatuh cinta (love) kepada seorang wanita :

Love 1. Dia bersungguh-sunguh melakukan sesuatu demi kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.

Love 2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.

Love 3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

Love 4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

Love 5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

Love 6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

Love 7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.

Love 8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

Love 9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.

Love 10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

Love 11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.

Love 12. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.

Love 13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

Love 14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

Love 15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.

Love 16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

Love 17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dgn sabar. (agak-agak kalau kena tunggu 5 jam nek hangin ke tak? )

Love 18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.

Love 19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

Love 20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

Love 21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

Love 22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

Love 23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan.

Sumber : Selangor2u

Katahati ANA : Cinta itu amat indah jika kita saling menyayangi, mengasihi, merindui, hingga ingin sehidup semati. Cinta berubah menjadi sengsara bila hati saling tak sehaluan dan menyakiti dan melukai. Cinta menjadi rumit bila terjerat diantara cinta. Cinta boleh membunuh hati dan jiwa hingga kita alpa dengan ketentuanNya. Ramai yang mengatakan jangan taksub dengan Cinta sesama insan, yang kekal hanyalah Cinta pada sang Pencipta. Tapi sejauh manakah yang menerima kenyataan ini..bolehkah kita hidup tanpa Cinta? Ada sanggup mati kerana Cinta, ada sanggup merana kerana Cinta...Mengapa perlu ada Cinta??


post signature

3 comments:

Hati berkata-kata... tapi tak mampu bersuara tanpa jari-jemari...Terima kasih pada keluhuran hati dan keikhlasan jari-jemari.....sayang dari LadyAna

~ GUEST BOOK ANA ~

FEEL FREE TO SIGN MY GUEST BOOK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...