Thursday, April 30, 2009
Spesis burung-burung yg nakal
Itik, angsa juga tergolong dalam keluarga burung...mereka bersayap dan boleh terbang. Tetapi dgn fizikal yg besar, tahap terbang mestilah terhad.
Aku bukannya berilmu nak cakap pasal burung ni..hanya nk kongsi clip video aksi2 burung yg nakal...nasib baik kasawari takde dlm klip ni..hehe
Wednesday, April 29, 2009
Reminder - Trip to Manjung, Perak
Sebenarnnya cousin aku mengutus kad jemputan perkahwinannya yg akan berlangsung pada 31 May 2009 ni di Manjung, Perak. Maka dengan acara ini, kami sekeluarga buat kali pertamanya akan menjejakkan kaki ke Perak. Rasa teruja sangat nk gi jalan ke Perak ni, seingat aku last time aku jejak ke Lumut, Perak masa umur ku belasan tahun..masih anak dara lagi time tu..masih skool.
Dalam rancangan, kami akan bertolak pada 30hb malam dan tiba di Manjung awal pagi 31hb. Tido semalam je kat Manjung, then kita akan bertolak balik singgah di KL pada 1 June untuk semalam. Kalau dapat jumpa bloggers kat KL pun best gak, sbb ramai bloggers kat KL ni..hehe
Dah lama betul tak jalan2 kt KL tau..besttnya....tak sabar nak jalan2 ni..
Monday, April 27, 2009
Gift Award dari MamaQaypo
Tak banyak yang dapat aku citerkan pasal mamaQaypo ni, sbb baru je kenal.
Moga persahabatan kita bukan hanya di maya, inshallah teringin nak jumpa kenalan maya semua di alam nyata.
Sunday, April 26, 2009
Tugasan biasa atau luar biasa??
Bukan senang nak jadi surirumah yang bukan sepenuh masa ni. Siang hari busy di pejabat, malam hari busy di rumah pulak. Korang sumer kena respect dengan orang2 cam aku ni...muhaha, sbb bukan keje senang wei nak menghadapi cabaran camni. Kira layak lah diberi gelaran superwoman utk kami wanita yg bekerja dan juga surirumah tanpa bantuan org gaji.
Jom layan apa aku masak ari ni...
walaupun masakan bukan cara tukang masak tersohor..
Sotong masak ink atau Sotong masak Itam
Hari ni telebih rajin pulak, aku cuba resepi kuih bakar pandan, kuih feberet anak2 aku...
first time buat kuih ni, aku mmg tak bape suka buat kuih2 melayu, so agak ngeri jugak lah
tp alhamdulillah...menjadik jugak...sampai tak sempat sejuk anak dara aku mengecek utk dipotong makan.kesan potongan time panas2 tu...haru biru jadiknya...
Friday, April 24, 2009
Adat Usia Meningkat
Aku memang dah perasan bila nak membaca dan time guna pc, pandangan dah kabur...tapi aku buat derk jer...malas la nk pi buat spek. Bila pi check kat kedai cermin mata tu, dak tu tanya "kak dah umur bape?", aku cakap "tak muda lagi dah, 38 thn"...then dia kata.."ooo patutlah...usia2 camtu mmg dah ada potensi mengalami masalah penglihatan" katanya..."Adatlah kalau usia meningkat kak, mesti rabun punya" hehe...Nak mengingatkan aku la tuh!!!
Then dia pun dok pi skodeng tahap kerabunan mata aku guna teropong ajaib kat kedai2 cermin mata sume ada mende tu. Part check mata selesai, pastu part nak pilih bingkai..bila tengok kat display tu ada beratus...tak tau nak pilih yg mana, sbb rupe sume lebih kurang jerk. Ada yg petak, bulat, kilat, plastik dll..yang membezakan cumalah harga...kalau korang pilih yg cantik sikit, opkos (of course) harganya pun cantik, ye tak? Pilih punya pilih, dekat 10 frame aku dok torai (try) punyalah sabar dak tu dok melayan kerenah aku....last2 keler matte maroon ni yg jadik pilihan mata ku yang dah jadik rabun junior.
Thursday, April 23, 2009
Awas!! Jangan buli PC anda
Wednesday, April 22, 2009
Diam tak bererti lemah dan kalah
Hari ni, aku kembali utk memberikan perhatian pada entry dalam blog aku ni...walaupun pada awalnya, sambil berblog nk menambah kenalan dialam maya, namun, bukan senang nak menerima dan diterima sebagai kawan. Penerimaan, pendapat dan tanggapan orang berbeza2. Sebagai orang baru dlm komuniti ini aku kena pandai bawak diri, kalau orang suka, sukalah, kalau orang taksuka, aku bleh buat ape..aku tak kisah...
Monday, April 20, 2009
Patah Tumbuh Hilang Berganti
Apa sinonimnya tajuk posting aku ni..hahaha..saje buat gimik..
Kebetulan mood cuti blog melanda, tiba2 aku disunting dengan tempahan2 kek. So kira, aku tak blogging, tp aku baking...hehe....Sekurang2nya dapat jugak mengisi kesuraman mood, ye lah, aku ni kan suka buat kek. Walaupun mood berangin kencang, tp buat kek inshallah ok jer...tapi penah gak ter'welldone' dan 'premature'...hahaha..tu kira asam garam alam membaking la.
Satu perkara yang aku perasan, walaupun berkali2 aku buat kek, tapi aku tak penah jemu2 nak makan kek ni...bukan masalah makan jadi masalah, tapi penaikkan berat badan yang menjadi masalah diatas habit yg aku yg tak brape mesra alam ni.....sesungguhnya aku sentiasa berusaha memujuk anak tekak ku utk SAY "NO THANKS", BUT NEVER SUCCEED...huhu..
Friday, April 17, 2009
CUTI BLOG
Tuesday, April 14, 2009
Senja di Senibong
Apa speselnya SENIBONG ni? Bagi warga Johor dan juga Spore, yg dah regular berkunjung kesini, selalunya datang untuk menikmati senja berlabuh sambil menjamu selera dari pandangan tepi pantai. Dari Pantai Senibong, kita bleh nampak negara Jiran kita Spore tu...yang paling nyata sekali SEMBAWANG (kata HB) Tempat yg banyak kapal2 besar port kat situ. Tapi pantai kat sini tak sesuai utk bermandi manda ok, so jgn pulak plan dtg Senibong utk berkelah...no no no...Korang peratikan pics yang aku snap kat bawah tu, so nnt korang boleh paham apa yg aku dok bebel ni....ekekeke
Salah satu tempat makan yg terkenal kat sini ialah Nasi Lemak Berlauk.
Istimewanya gerai2 makanan disini, semuanya didirikan di atas air, so time makan tu bleh la dengar desiran ombak2 kecil yang berdesir ada time tak syoknya, bau air laut yg kureng menyenangkan....tapi walaupun...sebut lagi sekali, walaupunnn...makan tetap makan wooooo
Korang jangan tanya apa fungsi sampan biru tu? Nnt bila aku pegi lagi, aku tanya kat tokey kedai tu
Takyah sorok2 tangan tu, dah tau dah habit HB aku ni
Jeti batu ni, baru dibina...sbb last aku datang sini, cuma jeti kayu jerk....so penduduk Kg Senibong ni dah amik inisiatif nak majukan tempat dia org ni. Mungkin jugak ianya hasil kutipan duit parking dan juga derma dari para2 peniaga disitu...tak pun wakil rakyat yg huluq bantuan...
Sunday, April 12, 2009
Children Make Hearts Bloom
Kata-kata yang sungguh puitis dan mendalam bagi seorang ibu seperti aku.
Bila tengok pix graphic ni, teringat zaman kanak2 anak daraku dulu. Comel dengan keletahnya dan kepetahannya berbicara. Sekarang masih lagi petah dan semakin terserlah keayuannya....
Aku hanya punya seorang anak perempuan dan dua lelaki...keseluruhannya tiga orang saja anak-anakku. Kenapa aku tak cukupkan empat orang, dua lelaki dan dua perempuan. Aku sungguh yakin diatas kemampuan ku untuk membela zuriat ni bukan satu kerja yang senang. Bukan setakat melahirkan dan membesarkan, yang paling penting mendidik. Apa guna beranak pinak jika gagal untuk memberikan didikan yang sempurna? Bukan semudah untuk menyebut mendidik dari melaksanakan tanggungjawab itu.
Hanya wanita yang bergelar isteri dan ibu saja yang mengerti jerihnya menjadi seorang ibu yang cekal. Dari saat mengandung, melahirkan dan membesarkan.
Award dari Indonesia
Seronok jugak bila berbalas message dlm bahasa indonesia ni...
tetiba2 terasa aku jadi watak dalam sinetron pulak....Hahaha
Anyway, trimas deh diatas awardnya buat mba ya...
Thursday, April 9, 2009
Mini Besday For Izzwan
Lain2 juadah : mini cupcakes, chicken nuggets, chicken sausage, french fries, fried mee hoon, orange n apple, keropok
Door gift : Cam biasa jajanan utk dak2
Get ready for birthday song...happy birthday to you..happy birthday to Izzwan....
1ST GAME - KOTAK BERACUN (Game yg paling koman, dari zaman aku kanak2 lagi)
"anda dikehendaki membuat aksi pemain gitar"
"ketawa kuat2 hingga terbahak2" ....mmm sajalah nak mendera anak org..tak dpt cara kasar, cara halus digunakan ...hehe
2ND GAME : MUSIC CHAIRS
Ni kira game wajib main...kalau tak caya gi la mana2 besday party, mesti ada game ni
blum ape2 besday boy dah jatuh dulu nak rebut kerusi
3RD GAME : JOM MEKAP
Game ni paling ramai dak2 nak masuk, tp oleh kerana masa tak mengizinkan cuma 6 pasangan je yg bleh amik bahagian.....Peserta perempuan diberikan tugas utk menyolekkan budak2 lelaki...tp yg bestnya dak2 lelaki ni sumer sporting
bahan2 asas yg dipunahkan ialah compact powder, celak, lipstik n eyeshadow
amik kau, ingat muka diaorang ni kertas lukisan ker....hehe
besday boy pun nak mekap jugak
4TH GAME - LIMBO ROCK
Sape tak tau game ni? Yeaaaa sume org tau...so layan pic
Sume Pemenang...tiada pengalah...(vince pinjam kata2 mu ye)
LAST GAME : PECAH BELON
Siapa cepat dia menang....korang tengokla asyik budak ni je yg konker