Friday, June 26, 2009

"Nak Kek Ibu"

Hari ini aku sedih, bukan hanya dgn kematian MJ (MICHAEL JACKSON)...tapi bila perkara yg kita hajati tk tercapai. Bak kata pepatah, manusia hanya merancang tp tuhan yg menentukan. Kenapa aku sedih?

Aku ada anak buah 3 org..comel2 belaka...mcm makcik dia gak..hehe...diorg dok kt kukup, cuma kekdg dtg umah mak aku kt skudai kiri. Baru2 ni ada dtg lebih kurang 5 hari.

si 'umi' yg macam jinak merpati

si 'atul' & 'akim'
dua2 ni cakap pelat
tapi kelakor

si 'akim' yg telinga capang
capang2 pun cute kan?

umi ni peramah dari jarak jauh
bila dekat penakut giler

Td mlm dpt berckp dgn yg sulung ~ 'atul', dia nak cupkek...aku dah janji esok malam aku hantar...tiba2 tengahari tadi dengar dia dah balik ke KukupMasih lagi terngiang suara si mungil tu inginkan 'kek ibu'...blum sempat aku hantar kek, diaorg dah balik ke sana. Tetiba perasaan keibuanku tersentuh, maka berderailah butir2 mutiara dipipiku ...huhu..sedey.... Kabarnya mereka terpaksa bergegas balik ke Kukup atas sebab2 tertentu.

Tapi, aku takkan biarkan anak kecil itu kempunan nak makan kek aku.. akan aku kerahkan ayah mereka utk menghantar kek utk keponakan aku tu.

post signature

Tribute to the World Entertainer - MJ

Hari ini dunia dikejutkan dgn berita kematian Michael jackson dan farah fawcett. Michael pada usia 50thn, manakala farah di usia 62thn. Rata2 peminat seluruh dunia gempar dgn berita tersebut, termasuklah aku, lebih2 lg hb ku yg begitu meminati beliau. Byk gak koleksi lagu2 dan video clips dlm simpanan kami dlm bentuk LD (laser disc). LD kalau ada yg tak tau, rupanya macam cd tapi versi gedabak, lebih besar dari pinggan makan.

Aku percaya kematian michael ditangisi oleh jutaan peminat dr seluruh dunia. Bakat beliau dlm bidang nyanyian tkdpt dinafikan ~~ dia antara manusia terhebat dalam dunia seni. Lagu2 dia sumer meletop kebaboom, mcm bom nuklear. Manakala video klipnya mmg super excellent, mcm "remember the time", "thriller", "smooth criminal", "they don't care about us" dan banyak lagi lah yg besh2.

salah satu cover LD koleksi HB ku

Memang tak dpt dinafikan michael adalah diantara penghibur terbaik didunia. Biarpun beliau dipalit dgn berbagai kontroversi..itu lumrah hidup manusia, setiap dr kita punya sejarah itam dlm idup masing2. Jgn lah pandang keburukan seorg insan, tak rugi kita menghargai kebaikan yg ada pada dirinya.

Kenapa aku citer pasal kematian michael jackson je sedangkan mukadimahnya ada sebut Farah Fawcett? Senang jer jawapannya sebab aku tk bape tau n minat farah fawcett.

Penutup bicara ~~ Fitrah manusia, yg hidup tetap akan mati....

Michael, you'll be missed n May u be rest in peace..

post signature

Thursday, June 25, 2009

Aku Dan Biskut Itu

Cookies atau biskut adalah snek yg digemari oleh rata2 manusia sedunia. Selain dr itu, ianya juga dijadikan juadah mesti ada bagi semua jenis perayaan didunia. Yang paling ringkas dijadikan halwa tekak tika minum petang, tgk tv dan aktiviti sempoi. Lebih mudah utk disajikan pada tetamu yg datang, pada tuan rumah yg rajin..boleh memasak, tp bagi yg bekerja mcm aku ni kira biskut@cookies la penyelamat. Sekurang2nya dgn terhidangnya cookies atau biskut ni, tklah 'togel' je dulang kita tu dgn air minuman saja.

Apa yg aku nak kongsi ialah semalam aku beli cookies famous amos yg mmg fofular ni. Aku mmg jarang nak bli biskut yg mahal2 ni. Tapi oleh kerana ada offer, then aku grab je la. Kena plak cookies yg berkacang. Aku ni mmg 'hantu kacang' tp bukan 'kacang hantu' tau..ekeke

Ingat dulu masa first time gi KL, lalu kat shopping complex mana ntah...(tak ingat time tu sek menengah) Bila lalu kat floor yg ada outlet Famous Amos, bau dia semerbak giler....seolah2 batang idung di tarik2 nk ke kedai tu. Tapi biasalah harga dia mahal dari biskut2 yang ada di pasaran. Kata org jangan tidak, mesti nk jamah..beli la 100gm..makan tak sampai 5 minit dah abis...huhu...

Cookies from Harrods, London (ole2 dari my BIL)

Bukan tin biasa, ianya musical tin..

Kesimpulan en3 kali ini, minggu ni aku dpt makan cookies yg mahal2 belaka...ekeke


post signature

Sunday, June 21, 2009

Bulan Istimewa - Rejab

PUASA DI BULAN REJAB

Bulan Rejab adalah bulan ketujuh dalam kiraan taqwim Hijriyyah. Bulan ini termasuk salah satu di antara bulan suci dan dinamakan sebagai bulan Allah. Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda bermaksud:"Bulan Rejab bulan Allah, bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku."

Bulan Rejab juga dianggap bulan istimewa kerana pada bulan ini berlaku peristiwa Isra' dan Mikraj Nabi Muhammad Sallallahu `alaihi wasallam.

Di antara amalan yang baik diamalkan di bulan Rejab ialah puasa dan bersedekah. Banyak hadis-hadis Nabi Sallallahu `alaihi wasallam menyebutkan tentang kelebihan puasa di bulan Rejab. Antaranya sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh At-Tabarani daripada Sa`id bin Abu Rashid bermaksud :

"Barangsiapa berpuasa sehari daripada bulan Rejab maka ia seperti berpuasa setahun"

" Barangsiapa berpuasa daripadanya (bulan Rejab) tujuh hari, ditutup daripadanya pintu-pintu Jahannam (neraka)"

" Barangsiapa berpuasa daripadanya lapan hari, dibukakan baginya lapan pintu syurga"

" Barangsiapa berpuasa daripadanya sepuluh hari, tidak meminta dia kepada Allah melainkan diberikannya, dan barangsiapa berpuasa daripadanya lima belas hari, menyeru orang yang menyeru dari langit : " Sesungguhnya diampunkan bagimu dosa-dosa yang lalu maka mulakanlah amal", dan barangsiapa menambah (hari puasa), Allah menambahnya (kelebihan).")

Demikianlah satu amalan yang baik untuk diamalkan di bulan Rejab, bulan terbukanya pintu langit dan terbukanya pintu syurga. Sama-samalah kita merebut peluang ini dan semoga amalan kita akan diterima oleh Allah Subhanahu Wata'ala.

source : http://www.brunet.bn/gov/mufti/alhadaf/sept00/h_rejab.htm

post signature

Kantoi ..

First time terdengar lagu ni kat radio ~~~ lagu sempoi but interesting and unique..
this song is so true and it happens in someone's life...fortunately not mine..
Jom layan lagu ni



Semalam I call you, you tak answer.
You kata you keluar pergi dinner.
You kata you keluar dengan kawan you.
But when I called Tommy he said it wasn't true.

So I drove my car pergi Damansara.
Tommy kata maybe you tengok bola.
Tapi bila I sampai you, you tak ada.
Lagilah I jadi gila.

So I called and called sampai you answer.
You kata sorry sayang tadi tak dengar.
My phone was on silent, I was at the gym.
Tapi latar belakang suara perempuan lain.

Sudahlah sayang, I don't believe you.
I've always known your words were never true.
Why am I with you, I pun tak tahu.
No wonderlah my friends pun tak suka you.

So I guess that's the end of our story.
Akhir kata she accepted his apology.
Tapi last last kita dapat tahu she was cheating too.
With her ex boyfriend's best friend - Tommy.


post signature

Saturday, June 20, 2009

Happy Father's Day

21 June 2009 adalah hari istimewa untuk kaum lelaki yang bergelar bapa, ayah, daddy, abah, bapak ~ SELAMAT HARI BAPA SEDUNIA. Sambutan Hari Bapa adalah pada hari Ahad di minggu ke-3 dalam bulan Jun setiap tahun, hanya tarikhnya sahaja yg bertukar setiap tahun.
Seingat aku dulu, masa time aku sek menengah dulu, tak dengar pulak sambutan Hari Bapa, Hari Ibu.. Yg aku tau, sambutan Hari Guru...time tu mak dgn abah jadi mangsa aku, sbb nk belikan hadiah utk cikgu pilihan.

Sudah menjadi kelaziman buat rakyat Msia yg sudah terikut2 merayakan sambutan Hari Ibu, Hari Bapa. Bagaimana anda meraikan Hari Bapa ini? Adakah ianya utk ayah anda atau untuk suami anda? Pada akulah, untuk meraikan orang yg tersayang, tak perlulah menunggu tarikh2 tertentu...Sayangilah org yg kita sayangi semampu yg boleh. Jangan ditunggu2 tarikh tertentu, takut tak sempat pulak...dah menyesal...

Oleh itu, anak2 diluar sana, sayangilah ayah dan bapa anda...selagi hayat dikandung badan..Jasa dan bakti yang dicurahkan kepada keluarga tak ternilai harganya. Tak semestinya dibalas dgn kebendaan bg yg kurang mampu..yg penting keikhlasan hati dan doa itu lebih tinggi nilainya.

Aku kekdg tertanya jugak, Kenapa tak ada pulak sambutan Hari Isteri Sedunia, atau Hari Suami Sedunia? Bagaimana pulak dengan status manusia yg lainnya pulak? Huhu...Yang belum berkahwin pun nak jugak sambutan Hari Bachelor. Jangan lupa ye, kat mukabumi ini banyak status manusia, bukan takat yg sebutkan awal tadi. Manusia...manusia...

Khas untuk suami yang juga ayah kepada anak2 aku...terimalah ini


post signature

Thursday, June 18, 2009

Biru Mata Hitamku

Contact Lense atau kanta lekap, sudah menjadi pelengkap perhiasan wanita masakini. Teknologi bukan sahaja sinonim dengan keperluan hidup secara teknikal, malah ianya telah diexploitasikan hingga ke bidang kecantikan. Dengan teknologi yang modern, kanta lekap berwarna telah dicipta dengan piawaian keselamatan yg telah mendapat kelulusan dari kementerian yg terbabit. Hatta, wanita mana yang tak mau kelihatan lebih cantik dan menawan.

Mata ada titik permulaan segalanya...dari mata bermula segalanya. Ada yang pakai sekadar untuk kelihatan lebih menarik, ada yang pakai untuk menarik perhatian ramai. Tapi aku pakai sekadar suka2..sekadar suka2..Bukan niat untuk menggoda atau menarik perhatian. Kalau ada yang salah faham apa aku bleh buat...orang punya mulut, punya fikiran, apa daya aku nk halang.

Pemakaian contact lense ini tidaklah semudah kita menyebutnya. Tangan hendaklah betul2 bersih sebelum memegang contact lense ni. Dikhuatiri habuk2 kecil melekat pada lense, ianya akan menyebabkan ketidak selesaan pada mata kita. Pada pendapat aku la, lagi senang nk pakai eyeshadow dari memakai contact lense ni.

Contact lense jenis pakai buang, ada jenis yg kian popular. Setiap set lense ini boleh diguna pakai dalam tempoh sebulan dari tarikh ianya dibuka. Lebih dari sebulan, jangan lah berani2 pulak nk teruskan pakai.

Aku pun layan penggunaan contact lense - true sapphire blue dari fresh look ni..aha...teringin jugak nk bermata biru...biru mata hitamku...hehe...lepas ni tak tau kaler ape plak nk try...kengkawan ada cadangan tak?



post signature

Wednesday, June 17, 2009

Salah Siapa???




Kau yg memulakan

Aku kau salahkan

Jangan dendam katamu

Seringkali laku mu membibit bara dihati

Bagai api dalam sekam

Salah siapa??



Biar ku pendam

Walau dendam beraja dihati

Namun takkan bisa memusnahkan

Teguh ikatan murni itu



Apa makna sayang

Jika hati disakiti

Jika hati dilukai

Bimbang hilang perasaan

Hanya tinggal hampas kenangan

Tika itu jangan aku kau salahkan

Salah Siapa??



Moga sisa-sisa hariku

mengubat segalanya

Aku Pasrah


i hate remembering, but i can't stand to forget

post signature

Monday, June 15, 2009

Tutor - Cursor Image

Macam tak caya jek, en3 kali ini ala2 tutorial pulak? Kalau korang tak caya, aku sendirik lagi la tak caya. Sebab aku bukan la pandai sangat dlm bidang tutor2 ni. Tak layak nk beri tunjuk ajar, sebab diri sendirik pun masih terkial2 belajar.

Tapi oleh kerana kesian kan kat rakan blogger "eiba" yg dok mintak tunjuk ajarkan. Dah lama dia request, tp oleh kerana kesibukan, maka baru hari ni dpt aku luangkan masa.

Dari mana aku belajar buat cursor ni? Tentulah dari Along, blogger yg tersohor dengan keperihatinannya membantu para2 blogger yg baru menceburkan diri.

Cara2 utk menukar cursor kepada image pilihan hati adalah seperti berikut :

1. Upload image yg dipilih ~~~ aku guna "photobucket" (guna size yg paling kecil)

2. Kemudian, masuk ke ruangan "Layout".

3. Klik pada "Add Gadget" dan pilih "add HTML/Javascript"

4. Seterusnya copy dan paste kod dibawah :
style>HTML,BODY{cursor: url(">http://www.photobucket.com/albums/jj187/anatahir/JLH9971.jpg"), auto;}
tambah kod "<'' sebelum perkataan style dan tukar kod yg berwarna hijau dengan url image sendiri

5. Kemudian save

6. Selamat mencoba dan semoga berjaya

post signature

Saturday, June 13, 2009

Bantal Penyelamat Ketika Teruja??

Klip video ~~~ scenario di dlm pesawat, dimana bantal telah memainkan peranan sebagai penyelamat ke atas penumpang yg menjadi mangsa yg sedang teruja...hehehe

post signature

Thursday, June 11, 2009

Sejauh Mana Cinta Mu?

Ketika berkasih-kasihan, cinta seperti suatu kewajipan untuk diucapkan. Bangun pagi, anda sudah mencapai telefon untuk mengucapkan, “Saya cinta kamu” dan sebelum melelapkan mata, sekali lagi ucapan, “Saya cinta kamu”.

Tetapi, selepas menjadi suami isteri, cinta seolah-olah satu perkataan yang asing untuk didengar atau lucu untuk diucapkan. Seakan-akan zaman keemasan cinta sudah berlalu seiring usainya bulan madu apabila memasuki era rumah tangga.

Benar, ada yang berkata, cinta dalam alam rumah tangga seolah-olah menjadi beban. Suami atau isteri yang masih menggunakan kata-kata cinta dengan mudah menerima tuduhan bahawa mereka “keanak-anakan” atau “tidak hidup dalam realiti”.
Yang lebih mencengkam lagi ungkapan cinta itu “sudah berlalu” dalam hidup suami isteri.

Siapa yang membahagikan hubungan nikah dalam dua waktu berbeza iaitu sebelum dan selepas berkahwin?
Kita menjadikan cinta hanya sebagai pemanas badan sebelum berkahwin. Tetapi, selepas itu, erti cinta juga tidak bermakna buat kita. Tanpa disedari, kita menetapkan cinta sebagai syarat untuk berkahwin. Justeru, betulkah tanpa cinta, pernikahan sukar dilaksanakan?

Manusia kadang kala lupa, cinta adalah syarat berlangsungnya kehidupan perkahwinan. Malah, tanpa cinta, perkahwinan itu akan mati, ibarat rumah kosong tanpa penghuni.
Dalam banyak hal, nikmat cinta hilang bukan disebabkan pengkhianatan suami isteri tetapi kita sendiri menganggap cinta tidak seharusnya ada dalam institusi rumah tangga.

Ada yang menganggap cinta terlalu serius untuk berada dalam perkahwinan. Ini kerana selepas memasuki gerbang pernikahan, kita membuang cinta itu di luar. Justeru, cinta hanya dikenang bukan untuk dikecapi bersama.

Sepatutnya cinta tetap hadir dan bersemi dalam pernikahan. Persoalannya, bagaimana kita dapat melestarikan cinta itu?


Source : www.rahsiaperkahwinan.com

post signature

Wednesday, June 10, 2009

Cintai & Hargai Isteri

Mengharungi kehidupan berumah tangga tidaklah semudah menyebutnya.."rumah tangga" ~~dua patah perkataan saja, atau lebih sempoi, sebut je 'kahwin' lagi senang. Kalau nak dihuraikan pasal "kahwin" ni mmg terlalu kompleks. Aku amik dari satu sudut iaitu dari segi persiapan utk majlis kahwin, yg mana bukan kerja yg remeh temeh, bukan takat kerja keras dari kaum keluarga, tapi kewangan jugak menyumbang peranan yg paling penting.

Banyak faktor2 yang menyumbang kepada kebahagian sesebuah rumahtangga yg harmoni. Kalau dulu ilmu dan tips hanya bleh diperolehi melalui majalah2, buku2 dsb. Tp di zaman yg sgt canggih ni boleh kita perolehi dengan mudah diujung jari dialam cyber ni. Google jer la....mcm2 ada.

Aku nk kongsi ilmu yg aku perolehi utk tatapan kaum lelaki Amnya dan kaum yg bergelar suami khususnya.

Sumber : http://www.rahsiaperkahwinan.com/


1. Isteri adalah manusia ~~ Mereka adalah kaum wanita yang penuh dengan perasaan emosi. Apabila mereka redha dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira. Namun jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, maka emosi mereka mulai berkecamuk dan sering ingin mencari jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi.

2. Dengar pendapat isteri ~~ Suami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka. Isu-isu semasa boleh dijadikan sebagai 'ice-breaking' . Kemudian, berbincanglah tentang hal rumahtangga dan masa depan. Suami boleh bertanyakan pandangan isteri tentang problem kerjanya. Malah isteri tentu berminat hendak mengetahui 'gosip' pejabat selepas seharian berhempas pulas di rumah. Dari situ isteri dapat mengenali karektor rakan-rakan pejabat suami secara tidak langsung.

3. Beri pujian kepada isteri ~~ Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas. Pujian ini penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur. Memanglah wajar isteri penat jika dia terpaksa bangun pagi seawal lima pagi bagi memastikan semuanya beres demi kemudahan suami dan anak-anak. Kemudian tidur pula paling lewat kerana sibuk menyediakan persiapan untuk esok hari.

4. Menganggap pasangan seperti diri sendiri ~~ Menganggap pasangan sebagai diri sendiri yang harus dihargai, dibelai, dihormati, disayangi dan dikasihi. Semua orang suka dibelai dan dikasihi lebih-lebih lagi pasangan suami dan isteri. Mengapa selepas berkahwin cinta tidak sehangat sewaktu bercinta. Inilah yang sering diabaikan oleh kebanyakan pasangan. Sedangkan pasangan anda adalah cerminan diri anda sendiri. Kemana jua anda pergi potret wajahnya perlu anda bawa bersama. Jika ini diamalkan selalu, rumahtangga akan menjadi bahagia.

5. Ingat tarikh penting ~~ Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh sesiapa sahaja apatah lagi daripada orang yang disayangi. Jika suami seorang yang prihatin dan menyayangi isterinya, apalah salahnya jika dia memberikan hadiah kepada isterinya. Hadiah tidak perlu terlalu mahal. Cukup sekadar seutas jam ataupun sehelai tudung sempena meraikan hari lahir . Jika 'budget' anda tidak mencukupi, sekuntum bunga dan sekeping kad sudah memadai. Hati isteri akan tersentuh dengan pemberian hadiah dan lebih terharu jika anda sempat menulis sepatah dua kata penghargaan di dalamnya seperti "Terima kasih di atas segala pengorbanan sayang selama ini".

6. Penuhi hajat isteri ~~ Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi oleh suami. Jika isteri berhajatkan sebuah mesin basuh ataupun mesih jahit, pihak suami mungkin terpaksa berfikir dua atau tiga kali sebelum memenuhinya. Bagaimanapun, jika anda tidak berjaya memenuhi hajat isteri untuk masa yang terdekat, simpanlah hajat isteri anda itu dan tunaikanlah apabila anda berpeluang kelak. Bukankah pemberian itu melambangkan bahawa anda adalah suami yang amat menghargai pengorbanan isteri.

7. Bantu ringankan tugas isteri ~~ Suami perlu turun padang membantu isteri, jika setiap hari isteri anda bertungkus lumus memasak, membasuh dan mengemas rumah. Maka suamipun perlu membantu. Jika anda tidak mahir memasak makanan yang berat seperti lauk pauk cukup sekadar menggoreng ikan atau telur. Cuba perhatikan isteri anda yang sedang menikmati makanan yang anda masak. Tentu dia berasa gembira dan tersenyum.

8. Isteri bukan pembantu rumah ~~ Kebanyakan suami menganggap bahawa kerja-kerja rumah adalah tanggungjawab isteri seratus peratus. Walhal dalam Islam sendiri tidak ada hukum yang mengatakan bahawa isteri wajib melakukan kerja-kerja rumah. Cuma, ajaran Islam mengatakan bahawa wanita berkahwin yang taat dengan suami dan Tuhan, menjaga harta dan maruah suami dengan sebaik akan dijamin masuk syurga. Itu sahaja. Atas jaminan inilah ramai wanita tidak berkira dengan kerja-kerja rumah yang mereka lakukan selama ini.

9. Bawa isteri berehat ~~ Kebanyakan suami menganggap berjauhan daripada isteri adalah suatu kebebasan baginya. Kerana isteri tidak dapat menghidu apakah yang dilakukan di belakangnya. Kini, anda cuba terbalikkan situasi ini. Sentiasa bawa isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat-tempat peranginan yang menarik seperti Genting Highlands ataupun Fraser Hills. Walaupun ia nampak remeh, tetapi setiap isteri pasti akan menghargai saat-saat manis sewaktu berehat di situ.

10. Ciuman khas untuk isteri ~~ Cuba anda tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri anda ketika dia berehat setelah begitu penat bekerja. Tahukah anda ciuman anda di dahi atau kucupan di bibirnya dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu. Begitulah kuatnya kuasa ciuman suami kepada isteri.

post signature

Tuesday, June 9, 2009

Cheese Tart & Choc Moist Cake

Dapat lagi tempahan untuk Choc Moist Cake dan Cheese Tart. Walaupun tempahan yg ku dpt tak lah sehebat kenkawan bakers yg lain, tp alhamdulillah..syukur dengan punca rezeki yg allah berikan...

Tempahan dari Jiran, kak Ros


Cheese tart, 2nd order dari Haslina

"hidup tak selalunya indah,
tapi yg indah itu tetap hidup dalam kenangan"

post signature

Sunday, June 7, 2009

Menabung Lagi

Alhamdulillah, dapat lagi tempahan untuk hari Ahad dari Kak Minah, akak cleaner kat ofis Mr HB. Choc Moist Cake dengan 10pc Cup Cakes. Kak Minah ni dah byk kali jugak membuat tempahan dari aku...kira macam regular customer gitu...huhu...tq kak Minah.




post signature

~ GUEST BOOK ANA ~

FEEL FREE TO SIGN MY GUEST BOOK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...