Sunday, June 21, 2009

Bulan Istimewa - Rejab

PUASA DI BULAN REJAB

Bulan Rejab adalah bulan ketujuh dalam kiraan taqwim Hijriyyah. Bulan ini termasuk salah satu di antara bulan suci dan dinamakan sebagai bulan Allah. Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda bermaksud:"Bulan Rejab bulan Allah, bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku."

Bulan Rejab juga dianggap bulan istimewa kerana pada bulan ini berlaku peristiwa Isra' dan Mikraj Nabi Muhammad Sallallahu `alaihi wasallam.

Di antara amalan yang baik diamalkan di bulan Rejab ialah puasa dan bersedekah. Banyak hadis-hadis Nabi Sallallahu `alaihi wasallam menyebutkan tentang kelebihan puasa di bulan Rejab. Antaranya sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh At-Tabarani daripada Sa`id bin Abu Rashid bermaksud :

"Barangsiapa berpuasa sehari daripada bulan Rejab maka ia seperti berpuasa setahun"

" Barangsiapa berpuasa daripadanya (bulan Rejab) tujuh hari, ditutup daripadanya pintu-pintu Jahannam (neraka)"

" Barangsiapa berpuasa daripadanya lapan hari, dibukakan baginya lapan pintu syurga"

" Barangsiapa berpuasa daripadanya sepuluh hari, tidak meminta dia kepada Allah melainkan diberikannya, dan barangsiapa berpuasa daripadanya lima belas hari, menyeru orang yang menyeru dari langit : " Sesungguhnya diampunkan bagimu dosa-dosa yang lalu maka mulakanlah amal", dan barangsiapa menambah (hari puasa), Allah menambahnya (kelebihan).")

Demikianlah satu amalan yang baik untuk diamalkan di bulan Rejab, bulan terbukanya pintu langit dan terbukanya pintu syurga. Sama-samalah kita merebut peluang ini dan semoga amalan kita akan diterima oleh Allah Subhanahu Wata'ala.

source : http://www.brunet.bn/gov/mufti/alhadaf/sept00/h_rejab.htm

post signature

No comments:

Post a Comment

Hati berkata-kata... tapi tak mampu bersuara tanpa jari-jemari...Terima kasih pada keluhuran hati dan keikhlasan jari-jemari.....sayang dari LadyAna

~ GUEST BOOK ANA ~

FEEL FREE TO SIGN MY GUEST BOOK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...