Friday, July 31, 2009

Awas para perokok !!

Lately ni, aku kehilangan mood aka MALAS GILER nk update citer kat blog. Aku main upload video2 jek.. Aku ketandusan idea, tandus segala2nya.. macam kat gurun..kering, takde pape..buhsan...oh tidaaaakkkkk...aku takmo ianya berpanjangan... Pulangkan la aura utk aku terus blog dan memblog.. pada sesapa yg rajin singgah jengah...makacih manyak2...

Hari ni aku upload lg video.. sapa nk tgk..tgk ar, free jek

post signature

Saturday, July 25, 2009

Mengintai Langit






Setiap hariku tulis
Yang Ku telah jatuh cinta
Tapi ku rasa bersalah
Tidak ku nyatakan ... padamu....
Adakah engkau merasa
Apa yang sedang kurasa
Kepada tancap asmara
Harapnya kau dah terima

Chorus.

Maafkan aku kerna menyintamu
Maaf jikaku tak padan denganmu
Tapi ku berjanji
Kau juita hati
Akan ku jaga hingga akhir nanti

Maafkan aku terus memujamu
Maaf aku yang terlanjur merindu
Didalam hujan renyai
Aku mengintai langit
Mengharap engkau akan setuju
Menyintai aku....

Menyanyi dan bisikkanlah sayang
Baiknya kau dalam jiwa
Tak tahan rasanya menanggung kasmara
Agar dapatku lelapkan mata...
Mengkhayalkanmu, bermimpikanmu sepanjang malamku...

post signature

Thursday, July 23, 2009

Kek Marble Trio Mat Gebu



Dah lama gak tak buat kek Marble resepi dari CMG (Cik Mat Gebu) ni. Ini merupakan kali ke-2 anak bujangku mempromosikan kek jualan ibunya ~~ kali ni, guru yg mengajar subject English menempah sekeping marble kek ni. Thank you teacher...

post signature

Cinta itu Membunuhku

Minggu ni takde mood, takde idea nk post entry. Jom layan lagu ni...






Senikata dalam lagu ni sungguh menyentuh jiwa....cinta oh cinta...

post signature

Sunday, July 19, 2009

Tikus + Aku = ??

Sesapa yang ada account di facebook, mesti dah biasa dgn gadget/tools yg ada kat sana. Selain dari game, kuiz ada jugak application2 lain yang seronok utk dicuba. Salah satunya yang aku ambik bahagian ialah fakta personaliti diri melalui haiwan berdasarkan tarikh lahir kita. Aku sajalah nk mengetest hasil dan setelah aku masukkan detail tarikh lahir, maka ini adalah hasilnya.

Ana lahir pada 17 August, haiwan berdasarkan hari lahir anda adalah "Tikus". Kamu ini memang penuh dengan muslihat! Namun, sikap itulah yang menjadikan kamu nampak bijak dan menjadikan wajah kamu comel dan mudah menarik perhatian orang disekelilingmu.

Ramai yang suka berkawan dengan kamu kerana sikap kamu yang memang mengundang keseronokan kepada orang lain. Memang kamu sering dijemput untuk memeriahkan majlis dan ramai yang menyukai kehadiran kamu.


Tetapi kamu begitu sensitif orangnya dan itu menjadikan orang sekelilingmu berhati-hati untuk berbicara dengan kamu. sekiranya ada yang berani menggunakan perkataan kasar, memang mereka akan mengundang kemarahan kamu di tahap maksimum!

Kamu perlu bijak mengawal emosi kamu kerana teman-teman juga manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.

Sungguh memeranjatkan sebab ciri2 yg disebut diatas benar sekali....

post signature

Saturday, July 18, 2009

Malu Sehh


Sejauh mana pengetahuan kita tentang bulan islam. Aku memang failed dlm ilmu2 camni. Kalau nk suruh disenaraikan, samada aku akan sebut dgn tidak lengkap, dan paling teruk lg bila turutan bulan jadi tunggang langgang. Betapa tak masuk akal utk aku jahil dgn pengetahuan am ni, kalau ada kuiz tentang tu mmg aku kalah teruk la.
Yang paling popular dan senang ingat yelah bulan syawal la, ingat syawal ingat raya. Tp ada gak yg bila ingat je bulan yg satu ni >> ramadhan, ramai yg buat 2 lupa nk puasa..hahaha. Aku lebih fasih kenal bulan katolik ni, seingat aku dr tadika lagi dh hafal.

Aku yakin ramai yg diluar sana tu pun tunggang langgang susunan tertib bulan islam kan??? Hah, kalau nk tau turutan bulan-bulan islam tu ialah : Muharram, Safar, Rabiulawal, Rabiulakhir, Jamadilawal, Jamadilakhir, Rejab, Syaaban, Ramadhan, Syawal, Zulkaedah, Zulhijjah.

Aku tergerak nak tulis pasal bulan islam ni kerana berlakunya satu kejadian dimana aku perlu tukarkan satu tarikh katolik kepada tarikh Islam.
Baru kelam kabut selak kalender, tp tak sume kalender ada beserta bulan islam. Aku melilau lah dari satu meja ke satu meja ofis menyelak kalender kengkawan sbb aku punya takde. Aku rasa kaum bukan islam kat opis aku mesti pelik, org islam pun tk dapat nak ingat bulan sendiri! Malu sehh...

post signature

Friday, July 17, 2009

Kehilangan....

K E H I L A N G A N...... Perkataan yg menggambarkan sesuatu telah tiada atau pergi dari pandangan mata atau genggaman kita.

Bila kita renung kembali dlm kehidupan kita mungkin byk kali telah berlaku kehilangan. Dari perkara yg remeh temeh atau yg benar membuatkan kita sgt kecewa dgn kehilangan benda yg amat disayang. Lebih2 lg bila hilangnya sesuatu itu tiada galang gantinya.

Tp mcmana plak dgn pepatah 'patah tumbuh, hilang berganti'...kata org cakap mmg senang, sbb kita tk merasai lukanya. Mana ada manusia yg sanggup kehilangan? Sedangkan binatang pun bila kehilangan makanan atau anaknya atau apa saja, maka akan terpalit reaksi kurang menyenangkan dari tindak tanduk mereka.

Penutup kata...apakah kita cukup bersedia utk menghadapi kehilangan yg amat kita takuti? Apa usaha kita utk tidak kehilangan yg kita sayang. Tapi, kita kena pasrah, takdir tuhan diluar jangkauan akal dan kudrat kita. Sebaiknya kita harus percaya atas setiap yg berlaku mmg ada hikmah di sebalik kejadian. Tp persoalannya sejauh mana kita tabah dan rasional utk mengatasinya.




post signature

Wednesday, July 15, 2009

Tuntutan belai manja

Kalau korg penah terbaca pasal en3 si Bomey tak lama dulu, kali ni aku nak expose lagi pasal dia. Sejak dua menjak, tiga menjak ni..sejak Bomey dah semakin gebu dan kami semakin sibuk dengan aktiviti masing2, maka agak jarangla dpt Bomey merasakan belaian dari kami.

aku rindu belaian mu ~~ bisik hati kecilnya
muka ijeng je kena belai

Tapi itu tak bermakna, makan minum dia tak berjaga. Makan minum semua terurus, satu bag makanan dia harga dah 12 ringgit ~~ dapatlah tahan utk 2 minggu. Pembersihan sangkar sekurang2nya 2 minggu sekali jugak. Ha, tugas pembersihan sangkar di telah diamanah pada anak bujang ku, ejat. Walau pun tugasan yang agak menjengkelkan, tapi sebgai anak, jengkel atau tidak...dia akur...sayang ejat...mom's gud boy.

baik punya port ~~ atas ribaanku

Hari ahad lepas, masa ejat tgh menguruskan pembersihan sangkar, teringin plak nk membelai si Bomey yg dah semakin gebu. Kalau tak kerana musim selesema bintang yg semakin giat merebak pada manusia ~~ ye lah takut pulak timbul selesema arnab, so aku hentikan saja niat utk menggomol si Bomey ni. Dulu aku suka mencium2 si bomey yg gebu, rasa mcm nk buat peluk tido jer..

lihat lah akan kegebuannya

post signature

Monday, July 13, 2009

Pendedahan Eksklusif

Selama ni ada jugaklah yang memuji penampilan aku samada di alam maya mahu pun di alam nyata. Terima kasih semua atas kata2 yg cukup menyeronokkan, walaupun hati agak berat dan malu untuk menerimanya....chewah...malu2 kucing pulak.

Hakikatnya, sebagai tuan punya badan, aku tau dimana kedudukan aku dan kadar mana kecantikan yg dikurniakan ilahi pada diri ku ini. Kalau dalam margin 1 - 10, aku rasa takat 1 je kot. Walau bagaimanapun, aku tetap bersyukur atas anugerah yang diberi.

Ada insan yg dikurniakan rupa paras yg cantik semulajadi @ natural beauty, walau tanpa mengenakan perhiasaan dimuka @ mekap. Tp aku, aku bukan type natural beauty ~~~ aku perlukan perhiasan itu untuk merasa lebih yakin dengan orang sekeliling. Tanpa mekap aku tak seayu atau semanis yg pernah korang tengok.

Entri kali ini, aku dengan rasa rendah diri, membuat pendedahan berani untuk menampilkan rupa aku yg asli. Siapa la aku tanpa bantuan mekap. Mekap yg digunakan tidak terlalu tebal

Rupa aku yg ori --bersih dan suci

Setelah di modify sana sini
Molek la sikit dari yg ori tu

Ya lah, kebanyakkan perempuan di dunia ini, especially artis2 ~~ kalau tanpa mekap, takkan bisa memukau mata peminat2 sumer. Betul tak? Jom kita imbas, para artis yg tidak bermekap.

Muka suci Fazura ~~ antara pelakon yang disukai

Kalau Dato' CT bukan artis, Dato' K nak tak dengan dia ek?

Misha Omar tanpa mekap ~~ not bad

post signature

Sunday, July 12, 2009

Something to Share

To all Gardenia breads lover, i love to share some tips to buy the freshest bread. Got this info thru my e-mail.


Check it out.... Gardenia bread Tips on buying Gardenia bread

Here is something interesting........ When you go to buy bread in the grocery store, have you ever wondered which is the freshest, so you 'squeeze' for freshness or softness. Did you know that bread is delivered fresh to the stores five days a week? Monday, Tuesday, Thursday, Friday and Saturday. Each day has a different color twist tie. They are :

Monday - Blue

Tuesday - Green

Thursday - Red

Friday - White

Saturday - Yellow

So if today is Thursday, you would want red twist tie not white which is Fridays. (almost a week old)!

The colors go alphabetically by color Blue - Green - Red -White -Yellow, Monday thru Saturday. Very easy to remember. If you look in the grocery store and the bread wrappers DO have different twist ties, and even the one with the plastic clips have different colors.

Enjoy fresh bread when you buy bread with the right color on the day you are shopping.


post signature

Saturday, July 11, 2009

Lena ku korbankan

Lepas nampak je kelibat tayangan "Public Enemies" pada 9 July diseluruh pawagam, aku pun bergegas google kat TGV tengak movie timeslot. Mcm yg aku cakap dulu, citer ni dlm list wajib tonton. Oleh kerana citer "PE" ni 18SX, so anak2 aku takbleh nk ajak tonton sama, lagi pun mesti citer ni byk sensor.

Aku cuba cari time slot yg sama iaitu 8.30 mlm. Citer utk anak2 bujang aku ~~ Transformer la kan. Nasib mmg baik kebetulan ada time slot yg sama, so kami buat plan dimana, kami tgk PE, dan the boys tengok Transformer. Kalau u all nk tau, tiket Transformer ni lagi mahal dari tiket kami tau.

So malam tu, kita org berpecah masuk panggung ~~ the boys tgk Transformer, the parents tgk Public Enemies. Walaupun esok aku kena keje, tapi memandangkan takde masa lagi utk tgk movie ni, so aku korbankan ngantuk ku. Lebih2 lagi dengan si tampan yg berlakon, celik dan concentrate hingga hujung filem.

Bersama poster movie "2012"
konon nak pose dgn Johnny Depp
tp malu, sbb ramai org..huhu

Bersama si bujangku sweet 15

Dinner kat Pizza Hut
Santapan pilihan ejat ~~ pasta

Si bujang cilik yg rabun
walaupun rabun, tapi dia sangat alert
macam mata nenas

bersama ayah tersayang

Kami keluar dari panggung dalam pukul 11.30 malam dan tiba di rumah dalam lebih kurang pukul 12 lebih. Adeehhh ngantuk la sungguh mata ku ini....esok aku kena bangun pagi keje...

post signature

Lunch on Friday @ Gomen Day

Rasanya dah lama aku tak makan McD....rutin aku selalunya sebulan 1-2 kali, especially dalam minggu gaji la. Sekali time lunch dgn member ofis dan sekali makan dengan family.

So arini tiba2 tringin benor nak menjamu tekak. Mcm biasa la, hari ni jumaat atau kitaorg (me n my fren) call it as "Gomen Day". Nak tau sebab apa aku gelar "Gomen Day"? Kerana pada hari jumaat selalunya ramai org gomen kat shopping kompleks time lunch (masa sembahyang Jumaat). Ada sesetengah kawan aku yg keje gomen cakap ~ Hari Jumaat ni mcm keje half day je atau lebih pada menghadirkan diri je. Tapi bukan semua org gomen bleh buat camtu. Pada para pembaca yg keje gomen yang terasa hati - i'm sorry.. Jgn marah aarrr-- peace no war..huhu

Oppss aku nak wat entry pasal gomen lunch ke aku punya lunch tadi? Hahaha...telebey sudah. berbalik pada nawaitu.
Bila sampai kt McD, org dah ramai queue. Rata2 feberet meal ialah set McValue lunch la. Aku mcm biasa order set McChic je. Yg paling aku suka tentang McD ialah dia punya French Friesnya. Korang kalau tak caya, cubalah compare dia punya French Fries yang tk bleh di kalahkan dengan mana2 fast food mcm kfc, bk, marrybrown dsb.

I say no to boikot McD, WHY??? Good quality and Value for Money.

~~~ THE END ~~~
post signature

Thursday, July 9, 2009

Happy Birthday Atika Amalina

Untuk kali pertama, anak bujangku promote birthday cake kepada kengkawan sekolah dia. Kek ditempah utk meraikan rakan sekolahnya yg bernama "Atika Amalina". Oleh kerana budak2 sekolah tu collect duit sesama sndiri, aku kasik la diskaun sikit. Lepas tu nak kena kasik komisen lg kt si bujang tu. Congak2, kira dpt pulang modal dan dpt upah penat sikit jadi la.

Deko yg diminta simple je, sebab dak tu takmoh bunga2 ros yg biasa aku buat tu. Kata anak aku besday girl ni ala "rock". Alamak namanya punyalah feminin tp attitude rocker la pulak. Apa2 pun, tak kisah la, yg penting jadi manusia sebaik mungkin ~~ hati budi yang penting.

Atika Amalina ~ nama yang sungguh feminin

post signature

Wednesday, July 8, 2009

My favourite ~~ Johnny Depp


Public Enemies akan ditayangkan 9 July dipawagam. Filem ini adalah salah satu dari filem2 wajib tonton dalam tahun ni. Jom tengok trailer 'Public Enemies" yang dibintangi oleh Johnny Depp...Bukan hanya kerana pelakonnya saja yg membuat aku teruja untuk menonton, tapi cerita itu berdasarkan true story.



Pelakon utamanya ialah Johnny Depp atau nama sebenarnya John Christopher Depp. Lahir pada tahun 9 June 1963. Walaupun sudah berusia 46 tahun, tapi kekacakkannya masih terserlah dan gah...huhu... Prestasi lakonannya semakin meningkat seiringan dengan usianya.

Bermula dengan lakonan dalam rancangan siri tv "21 Jump Street", Johnny Depp terus ke layar perak dengan filem "Edward Scissorhand". Ada banyak lagi filem2 yang dibintangi beliau dan yang paling menyerlah ialah lakonan beliau sebagai Jack Sparrow dalam "Pirates of The Carribbbean".

post signature

SENGAL !!

Sengal!!! Apa itu sengal? Selalu bila org cakap, badan aku mcm sengal2 la...dr segi kefahaman aku ialah maknanya sakit badan la tu. Bila aku check kat kamus Dewan Bahasa & Pustaka, makna sengal ialah sakit sendi, kaku, kebas, pegal, berdenyut dan geronyot. Geronyot? Korang penah ke dgr org ckp geronyot? Aku pun tak penah...hehe

Kesimpulannya, sengal tu menyebabkan sakit, tak selesa, rasa yg tidak disukai. Kekadang tu penah aku terdengar dialog "sengal la ko ni" dgn nada memarahi seseorg. Itu bermakna, perangai manusia itu yg sengal. Tapi tak penah pulak dgr, kepala sengal, sengal telinga, sengal hidung, dsb. Apa2 hal pun, jangan la kita bikin sengal dlm idup kita. Cukup2 la badan yg menanggung sengal, jangan dibiarkan hidup kita diselubungi .......S E N G A L . . . .


post signature

~ GUEST BOOK ANA ~

FEEL FREE TO SIGN MY GUEST BOOK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...