Sunday, July 19, 2009

Tikus + Aku = ??

Sesapa yang ada account di facebook, mesti dah biasa dgn gadget/tools yg ada kat sana. Selain dari game, kuiz ada jugak application2 lain yang seronok utk dicuba. Salah satunya yang aku ambik bahagian ialah fakta personaliti diri melalui haiwan berdasarkan tarikh lahir kita. Aku sajalah nk mengetest hasil dan setelah aku masukkan detail tarikh lahir, maka ini adalah hasilnya.

Ana lahir pada 17 August, haiwan berdasarkan hari lahir anda adalah "Tikus". Kamu ini memang penuh dengan muslihat! Namun, sikap itulah yang menjadikan kamu nampak bijak dan menjadikan wajah kamu comel dan mudah menarik perhatian orang disekelilingmu.

Ramai yang suka berkawan dengan kamu kerana sikap kamu yang memang mengundang keseronokan kepada orang lain. Memang kamu sering dijemput untuk memeriahkan majlis dan ramai yang menyukai kehadiran kamu.


Tetapi kamu begitu sensitif orangnya dan itu menjadikan orang sekelilingmu berhati-hati untuk berbicara dengan kamu. sekiranya ada yang berani menggunakan perkataan kasar, memang mereka akan mengundang kemarahan kamu di tahap maksimum!

Kamu perlu bijak mengawal emosi kamu kerana teman-teman juga manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.

Sungguh memeranjatkan sebab ciri2 yg disebut diatas benar sekali....

post signature

2 comments:

  1. Suami kena banyak bersabar ni.

    ReplyDelete
  2. Alias << Haha...awk pun kena yg jenis tikus jugak ke?

    ReplyDelete

Hati berkata-kata... tapi tak mampu bersuara tanpa jari-jemari...Terima kasih pada keluhuran hati dan keikhlasan jari-jemari.....sayang dari LadyAna

~ GUEST BOOK ANA ~

FEEL FREE TO SIGN MY GUEST BOOK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...