Wednesday, June 10, 2009

Cintai & Hargai Isteri

Mengharungi kehidupan berumah tangga tidaklah semudah menyebutnya.."rumah tangga" ~~dua patah perkataan saja, atau lebih sempoi, sebut je 'kahwin' lagi senang. Kalau nak dihuraikan pasal "kahwin" ni mmg terlalu kompleks. Aku amik dari satu sudut iaitu dari segi persiapan utk majlis kahwin, yg mana bukan kerja yg remeh temeh, bukan takat kerja keras dari kaum keluarga, tapi kewangan jugak menyumbang peranan yg paling penting.

Banyak faktor2 yang menyumbang kepada kebahagian sesebuah rumahtangga yg harmoni. Kalau dulu ilmu dan tips hanya bleh diperolehi melalui majalah2, buku2 dsb. Tp di zaman yg sgt canggih ni boleh kita perolehi dengan mudah diujung jari dialam cyber ni. Google jer la....mcm2 ada.

Aku nk kongsi ilmu yg aku perolehi utk tatapan kaum lelaki Amnya dan kaum yg bergelar suami khususnya.

Sumber : http://www.rahsiaperkahwinan.com/


1. Isteri adalah manusia ~~ Mereka adalah kaum wanita yang penuh dengan perasaan emosi. Apabila mereka redha dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira. Namun jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, maka emosi mereka mulai berkecamuk dan sering ingin mencari jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi.

2. Dengar pendapat isteri ~~ Suami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka. Isu-isu semasa boleh dijadikan sebagai 'ice-breaking' . Kemudian, berbincanglah tentang hal rumahtangga dan masa depan. Suami boleh bertanyakan pandangan isteri tentang problem kerjanya. Malah isteri tentu berminat hendak mengetahui 'gosip' pejabat selepas seharian berhempas pulas di rumah. Dari situ isteri dapat mengenali karektor rakan-rakan pejabat suami secara tidak langsung.

3. Beri pujian kepada isteri ~~ Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas. Pujian ini penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur. Memanglah wajar isteri penat jika dia terpaksa bangun pagi seawal lima pagi bagi memastikan semuanya beres demi kemudahan suami dan anak-anak. Kemudian tidur pula paling lewat kerana sibuk menyediakan persiapan untuk esok hari.

4. Menganggap pasangan seperti diri sendiri ~~ Menganggap pasangan sebagai diri sendiri yang harus dihargai, dibelai, dihormati, disayangi dan dikasihi. Semua orang suka dibelai dan dikasihi lebih-lebih lagi pasangan suami dan isteri. Mengapa selepas berkahwin cinta tidak sehangat sewaktu bercinta. Inilah yang sering diabaikan oleh kebanyakan pasangan. Sedangkan pasangan anda adalah cerminan diri anda sendiri. Kemana jua anda pergi potret wajahnya perlu anda bawa bersama. Jika ini diamalkan selalu, rumahtangga akan menjadi bahagia.

5. Ingat tarikh penting ~~ Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh sesiapa sahaja apatah lagi daripada orang yang disayangi. Jika suami seorang yang prihatin dan menyayangi isterinya, apalah salahnya jika dia memberikan hadiah kepada isterinya. Hadiah tidak perlu terlalu mahal. Cukup sekadar seutas jam ataupun sehelai tudung sempena meraikan hari lahir . Jika 'budget' anda tidak mencukupi, sekuntum bunga dan sekeping kad sudah memadai. Hati isteri akan tersentuh dengan pemberian hadiah dan lebih terharu jika anda sempat menulis sepatah dua kata penghargaan di dalamnya seperti "Terima kasih di atas segala pengorbanan sayang selama ini".

6. Penuhi hajat isteri ~~ Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi oleh suami. Jika isteri berhajatkan sebuah mesin basuh ataupun mesih jahit, pihak suami mungkin terpaksa berfikir dua atau tiga kali sebelum memenuhinya. Bagaimanapun, jika anda tidak berjaya memenuhi hajat isteri untuk masa yang terdekat, simpanlah hajat isteri anda itu dan tunaikanlah apabila anda berpeluang kelak. Bukankah pemberian itu melambangkan bahawa anda adalah suami yang amat menghargai pengorbanan isteri.

7. Bantu ringankan tugas isteri ~~ Suami perlu turun padang membantu isteri, jika setiap hari isteri anda bertungkus lumus memasak, membasuh dan mengemas rumah. Maka suamipun perlu membantu. Jika anda tidak mahir memasak makanan yang berat seperti lauk pauk cukup sekadar menggoreng ikan atau telur. Cuba perhatikan isteri anda yang sedang menikmati makanan yang anda masak. Tentu dia berasa gembira dan tersenyum.

8. Isteri bukan pembantu rumah ~~ Kebanyakan suami menganggap bahawa kerja-kerja rumah adalah tanggungjawab isteri seratus peratus. Walhal dalam Islam sendiri tidak ada hukum yang mengatakan bahawa isteri wajib melakukan kerja-kerja rumah. Cuma, ajaran Islam mengatakan bahawa wanita berkahwin yang taat dengan suami dan Tuhan, menjaga harta dan maruah suami dengan sebaik akan dijamin masuk syurga. Itu sahaja. Atas jaminan inilah ramai wanita tidak berkira dengan kerja-kerja rumah yang mereka lakukan selama ini.

9. Bawa isteri berehat ~~ Kebanyakan suami menganggap berjauhan daripada isteri adalah suatu kebebasan baginya. Kerana isteri tidak dapat menghidu apakah yang dilakukan di belakangnya. Kini, anda cuba terbalikkan situasi ini. Sentiasa bawa isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat-tempat peranginan yang menarik seperti Genting Highlands ataupun Fraser Hills. Walaupun ia nampak remeh, tetapi setiap isteri pasti akan menghargai saat-saat manis sewaktu berehat di situ.

10. Ciuman khas untuk isteri ~~ Cuba anda tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri anda ketika dia berehat setelah begitu penat bekerja. Tahukah anda ciuman anda di dahi atau kucupan di bibirnya dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu. Begitulah kuatnya kuasa ciuman suami kepada isteri.

post signature

3 comments:

  1. tq kak sudi kongsi ilmu bergune ni sebagai rujukan dir sebelum bergelar suami.. skang ni trlalu banyak kes kawin sekejap2 je kan.. mintak2 dijauhkan la dir ngan fara camtu..

    ReplyDelete
  2. Perkahwinan adalah satu bentuk perkongsian... bukan sahaja perkongsian fizikal iaitu zahir seperti harta benda dan wang ringgit tetapi apa yang lebih penting adalah perkongsian batiniah iaitu emosi dan perasaan... Perkonsian bukan bermakna mewujudkan situasi yang sama seperti yang kita kehendaki atau seperti pasangan lain yang kita fikir sangat ideal tetapi ianya lebih kepada melengkapi antara satu sama lain...
    Memang susah nak dijelaskan sebab seperti mana yang saudari kata perkahwinan adalah sesuatu yang kompleks... lain pasangan lain pula perjalanannya...lain caranya... tetapi kita kena ingat bahawa tujuan dan destinasinya mesti sama iaitu untuk mendapat keredhaan Allah bukan sekadar ikut-ikut atau bertujuan untuk berseronok-seronok....
    Kita mesti terima kekurangan pasangan sebagai satu ketentuan dan cuba perbaiki mengikut kemampuan kita...
    Dalam perkahwinan kita sepatutnya tidak mencari salah sesiapa... sebab kita sendiri pun ada kekurangan... kita bukanlah manusia yang syumul yang boleh mendabik dada bahawa kita berada di pihak yang benar dan betul.... sebab tu lah perkahwinan sangat memerlukan sikap bertolak ansur....
    Macamana nak lahirkan sikap tolak ansur ni... kenalah sentiasa bawa berbincang... cari masa yang sesuai..utarakan lah apa yang membelenggu perasaan kita...
    Dan seterusnya mesti ada sifat sabar iaitu kenalah banyak bersabar dalam menghadapi ujian yang mendatang, selain daripada terpaksa berhadapan dengan berbagai-bagai ujian yang lain.Firman Allah swt yang maksudnya:

    “Sesungguhnya orang yang sabar itu diberi ganjaran tanpa hisab.”

    Saya cuma memberi pendapat berdasarkan pengalaman semoga boleh menjadi panduan buat saudari....

    ReplyDelete

Hati berkata-kata... tapi tak mampu bersuara tanpa jari-jemari...Terima kasih pada keluhuran hati dan keikhlasan jari-jemari.....sayang dari LadyAna

~ GUEST BOOK ANA ~

FEEL FREE TO SIGN MY GUEST BOOK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...