Monday, March 2, 2009

Apa Kes???

* KISAH PERTAMA *

Hari ni adalah hari pertama bekerja untuk bulan March 2009. Tapi apa yang berlaku pada kami hari ni, ingin aku paparkan disini utk kenangan. Mungkin saja orang beranggapan citer remeh-temeh camni pun nak dipertontonkan utk orang ramai. Tapi ni blog aku, its up to me what issue i want to post, so who cares, right?

Awal pagi tadi, aku dikejutkan dengan bunyi orang jatuh dengan jeritan sopan "adooii"...tu sore abg, kenapa pulak ni...aku dah cemas, ingat rumah masuk pencurik ke ape? Gegas bangun, rupanya abang terjatuh masa nk masuk bilik. Dengan kesakitan di kaki yg amat sangat, mungkin jugak terseliuh, tp nasib baik tak patah...ngeri jugak time tu. Bila abang cakap, yg dia terjatuh telebih dulu kat tangga (abang terlangkah anak tangga dn terus jatuh ke lantai), then bila nak naik bilik, dia tersungkur lagi, cuba bayangkan kesakitannya itu..back to back injury nih.

Bila pagi nak siap2 gi kerja, aku tengok kat buku lali abg dah membengkak, bila aku sentuh abg kata sakit. Tak boleh nk jalan, sakit sangat katanya....mesti nak gi klinik check dan amik ubat. Dgn kaki camtu mana boleh nak kerja. Sampai klinik, jumpa doktor and kena x-ray..kot2 patah ke apa ke. Nasib baik tulang tu ok, mungkin bengkak tu impact jatuh tu kot. Abg dpt mc 2 hari, so aku pun amiklah emergency leave. Abg mana bleh drive balik, kaki tak bleh nak tekan clutch.

* KISAH KEDUA *

Hah ni aku nak citer pasal si Nenas ni....korang tengok Nenas ni takde yg pelik pun, cukup sifatnya, dengan jambul duri diatas tercacak segak, dan mata2 nenas yg begitu galak cukup menggiurkan air liur penggemar Nenas...setuju???


Nenas ni, aku tak beli, mcm biasa orang kasik, ofismate abg balik dr kampung...
(hah KZ, hang dah ada modal nak ngenakan aku muka free lagi? ingat kata2 si Karpal tu?...hehe)

Nenas ni aku rasa jenis nenas madu, sebab rasanya sangat manis. Setelah selesai kupas sebijik nenas, then aku sambung lagi utk bijik yg seterusnya. Dengan pisau ditangan aku pun letakkan si nenas ni kat cutting board. Time ready nak sembelih si nenas ni, tiba2 ada makhluk berwarna agak gelap dok merayap ke tangan kanan ku..adoii time tu, aku dh macam kena histeria, tk ingat ada pisau ditangan...aku menjerit2 sambil melompat2 mcm sikatak lompat...huru hara la time tuh....tak ingat kemana ntah nenas tu ku campakkan...dlm kepala aku, aku tak mau benda gelap tu menceroboh ke bahagian badanku yg lain pulak. Nak tau apa makhluk yg aku maksudkan tu...tak lain tak bukan si cicak boy...isk isk isk...merayap ntah mana2, mak bapak dia main biar jer anak dia merayap tk tentu arah...geram geram geram

Aku rasa dengan jeritan aku yg macam org kena rasuk tuh, binatang tu pun naik seram dan hilang dari pandangan....yg penting ianya tak lagi berada di mana2 bhg tubuh aku. Bila keadaan dah sedikit tenang, tiba2 aku terpandang darah keluar di pergelangan tangan, ku sangkakan mayat si anak cicak, rupanya tanganku luka kerana hirisan pisau yg aku pegang tadi. Darah tak renti2 keluar, sampai aku naik panik dah. Berhelai2 tisu ku gunakan sambil mencari2 sibotol minyak gamat. Bila di ingat2 balik, betapa la bahayanya reaction aku tadi terhadap benda yg berganda2 kecil dari aku. Betapa aku tak sedar hingga melukakan diri sendiri...cuba la bayangkan kalau benda yg lebih besar dari tu....camana tu?

Close up tanganku yg ku cederakan sendiri tanpa relaku...huhu

Kesian kat gelang natural kristal aku ni...dah putus jugak...aku sayang gelang ni tau
esok nk antar kedai sambung balik yg putus tuh

** CASE CLOSED **



11 comments:

  1. hish...bahaya gak klu terkejut bila tgh pegang pisau ni. Hopefully tak serius luka akak tu.

    ReplyDelete
  2. huh..ngeri siottt.. sebelum pegang pisau kene tengok kiri kanan dulu..

    ermm.. semoga hubby ana sihat cepat kehh.. :)

    ReplyDelete
  3. adoii manyak ngeri baca n3 ini huhuhu.. semoga yg jatuh n yg luka tangan nie cepat sembuh..

    psstt blog semakin cun tapi saya lum sempat nak sign in guest book coz x de gambo kat computer opis hikhikhik (nak gambo jugak tue kikiki)

    ReplyDelete
  4. kesian tangan ana. tak tentu pasal kena sembelih... agaknya cicak tu tengah sekodeng sembil melekap kat dinding atau syiling. tersenyum dia tengok ana.... haihiii... kalau dia tengok pun diva senyum.

    ReplyDelete
  5. >> Ain : Nasib baik tak luka banyak..alhamdulillah, guna minyak gamat dah kering luka pisau tu..

    ReplyDelete
  6. >> Chah : Masa pegang pisau dah toleh kiri kanan, atas bawah...tup2 minatang tu terjun kat tgn kita, tu yg menggelabah terus...ngeri bila ingat2 balik..

    ReplyDelete
  7. >> Mama Mya : TQ, alhamdulillah, yg bengkak kaki dah hampir pulih dn luka tangan dah kering sbb taruk minyak gamat..

    Ok, tkpe, tk your time..dh jumpa photo yg sesuai jgn lupa sign ea..TQ

    ReplyDelete
  8. >> Diva : Cicak yg nakal tu bukan skodeng dr siling or dinding, dia port kat balik jambul nenas tuh...

    ReplyDelete
  9. adoiii sakitnyee akak...

    ReplyDelete
  10. >> CikHel : Kemalangan tk berbau..huhu

    ReplyDelete

Hati berkata-kata... tapi tak mampu bersuara tanpa jari-jemari...Terima kasih pada keluhuran hati dan keikhlasan jari-jemari.....sayang dari LadyAna

~ GUEST BOOK ANA ~

FEEL FREE TO SIGN MY GUEST BOOK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...