Sunday, March 1, 2009

Hajat Tak Kesampaian

Hari kitaorang dah plan nak bawak2 anak2 tgk citer GENG tu. Dah lama nak gi tengok dari mula2 ianya di tayangkan...cuma takde kesempatan, selain dari busy membaking, anak2 tusyen pada hujung minggu. Apatah lagi bila liputan citer GENG ni begitu memberangsangkan. kami pun plan utk pegi la. Kononnya nak booking online kat TGV Tebrau City, tapi cuma cinema yg kat KL jer boleh, kat JB takbleh, ada pulak gitu? Ini tak adil..huh

Show time yg ada pada kul 2.00 ptg dan 4 ptg. Utk mengelakkan dari Q panjang, dan seat yg dekat dgn screen, kitaorg pun klua dlm kul 12 tghari dengan harapan agar dpt memilih seat yg lebih selesa.

Kami pun pegi 3 beranak jer, sebb anak2 aku yg remaja belia tu, tk nak ikut. Yg bujang tu malas nk ikut, dia penat agaknya, sebab petang pukul 5 dah nak kena gi tusyen. Yg anakdara pulak dah ada plan dgn kengkawannya nak gi HoTFM kat Danga Bay.

Sampai kat TGV, tgk line clear...lega rasa, sbb tk yah nak Q lama2. Terus approach ke kaunter tiket utk dptkan tiket wayang. Sungguh tak disangka yg show time pukul 2 tu dah SOLD OUT, utk 2 panggung. Then tanpa melengahkan masa, cuba lah nak celah time yg pukul 4, TAPI....SOLD out jugak!!!Adoiii...biar betul nih...tak disangka2, begitu super meletop sambutan org Malaysia kat citer GENG ni.

Dengan rasa kecewanya, kami pun beredar dari kaunter tiket, dan kita dok pujuk anak aku yg kita akan pegi time weekdays. Then we all proceed to have lunch, sbb dah frust tk dpt tengok wayang, perut tiba2 lapar.

Memang dah plan nak lunch kat Grand Canyon (SILAP, YG SEBENARNYA BLACK CANYON). Restaurant ni menghidang makanan ala Fusion..Itali dan Thai. Kalau ada sesapa yg penah makan kat sini, pasti setuju yg harga set2 makanannya agak memuaskan. Staff2nya begitu rajin dan ramah melayan para pelanggan yg makan mahupun yg lalu lalang di depan restaurant ini. Kebanyakkan pekerja terdiri dari warga asing, terasa mcm bukan berada kat Malaysia pulak..hehe..mcm perasan kononnya gi cuti oversea lagaknya....hahaha




Nak order apa ni? Jap jap...amik gambor dulu..hehe

Set American Fried Rice comes with Tomyam soup & Fresh Watermelon Juice
Yang ni adik punya

Wah...nampak sedap jer adik makan...siap guna tangan lagi..dh baca bismillah ke belum ni?


Set Fusili with basil and spicy sauce comes with Tomyam Soup & Fresh Watermelon Juice
Yang ni abang punya...pasta2 mmg feberet hb aku


Ini dia Tomyam soup utk set meals yg diorder tu...mmg sedap....nampak mcm ada taugeh dlm tomyam tu? bukan2...tu ialah "Straw Mushroom"...


AKU MAKAN APE PULAK?

Aku 'segan' nak makan, so curik2 hirup Tomyam adik jer la...sedap tp pedashhh..tp beshhh

Maka kesimpulannya, walaupun hajat tak kesampaian nak tengok GENG, tu tak bermakna kami kena berduka seharian....ye tak? Kalau dah melepas nk tgk kat panggung, tunggu jer kluar CD...


*** THE END ***

8 comments:

  1. Waaaa...syoknyer makan kat Grand Canyon...sampai terlelap dah abg tahir tuh haha ;p mmg betol la rasa mcm bukan kat msia..nasib baik ramai waiter dia yg ensem ekeke ;p kak...nape tgk jer..tak makan? diet eh? ;p

    ReplyDelete
  2. >> Lynna : Kak tersilap la, bukan Grand Canyon tp BlackCanyon, nampak tak kat pinggan dia tu..abg tahir yg perasan tuh...hehe
    Kak 'segan' makan sebab dah ada 'perkembangan' sana sini...tu yg leceh...ekekeke

    ReplyDelete
  3. wah
    macam² canyon ye...
    nasib baik takde crayon...
    apa pun, bestnye tgk org dah ada family ni spend masa together-gether...
    huuuu....
    tak dapat tgk geng pun takpe, janji ada je cara untuk hiburkan hati sekeluarga..
    hehe

    ReplyDelete
  4. seronoknya dpt bawak anak2 outing. last anak2 saya tgk wayang citer bedtime story. now ni depa2 sibuk nak peksa besar tahun ni.

    ReplyDelete
  5. >> PJ : Nampaknya seru kearah berkeluarga sudah membisik di hati tu..hehe...

    ReplyDelete
  6. >> AIN : Anak amik exam ape taun ni? Ana dua org exam jugak tahun ni PMR dgn SPM...suspen je

    ReplyDelete
  7. ana,
    mesti pegi tengok citer GENG tu. Saya dah tengok.. mmg best walaupun tak le sebagus those animation by hollywood. Tp mmg menarik sbb tunjuk budaya malaysia & citer very smooth.
    Tengok jgn tak tengok!
    Betul! Betul! Betul!

    ReplyDelete
  8. ana,
    mesti pegi tengok citer GENG tu. Saya dah tengok.. mmg best walaupun tak le sebagus those animation by hollywood. Tp mmg menarik sbb tunjuk budaya malaysia & citer very smooth.
    Tengok jgn tak tengok!
    Betul! Betul! Betul!

    ReplyDelete

Hati berkata-kata... tapi tak mampu bersuara tanpa jari-jemari...Terima kasih pada keluhuran hati dan keikhlasan jari-jemari.....sayang dari LadyAna

~ GUEST BOOK ANA ~

FEEL FREE TO SIGN MY GUEST BOOK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...