Sunday, January 11, 2009

Choc Moist Cake cuma RM35

:phonehappy:
Kek ni diorder oleh kak ramlah dari tempat keje, ni kira 3rd order dari kak Ramlah ni. Kiranya ni jugak kek yg paling laris ku jual. Resepinya pun dpt kat myresipi, dimana penyumbang2 resepi telah sudi utk berkongsi ilmu. Ku nak ucapkan terima kasih yg tak terhingga pada penyumbang resepi2 yg sudi berkongsi ilmu, kongsi ilmu tu kan kira mcm ibadat jugak.. Meh pd yg tak kuasa nk gi selak2 kat myresipi, ku bg resepi utk dicuba..jomm

Bahan-bahan :
3/4 cawan koko 1 cawan gula 1/2 cawan susu pekat 1 cawan susu segar coklat 1 cawan minyak 3 biji telur 1 camt esen vanilla 1 1/2 cawan tepung * diayak 1 camt baking soda * diayak 1 camt baking powder * diayak

Cara-Cara :
1. Panaskan kukus 2. Satukan koko, gula, susu segar, susu pekat dan minyak di atas api yg kecil hingga larut 3. Bila dah sebati, ketepikan 4. Pukul telur bersama esen vanilla, dan campurkan ke dlm adunan koko tadi 5. Masukkan bahan2 yg telah diayak kedalam campuran koko, sedikit demi sedikit 6. Kacau hingga larut 7. Masukkan ke dlm loyang dan kukus selama 1 jam setengah

Bahan utk Ganache :
1/2 cawan susu pekat 1/4 cawan koko 2 camb susu segar 1 camb butter

Cara-cara
1. Kacau rata susu dgn koko, kemudian masukkan susu, kacau lagi dan butter 2. panaskan guna kaedah double boiler, (ku cuma masuk microwave jer, tp jgn lama sgt - 2 mnt) 3. Kemudian tuang diatas kek dan hias mengikut citarasa



2 comments:

  1. wooo...kiranye handal jugk ana ni yer!cantik bunga ros tu!trliur lak nk buat..congrat

    ReplyDelete
  2. cantik la kek CM ana..bunga pun lawa..

    ReplyDelete

Hati berkata-kata... tapi tak mampu bersuara tanpa jari-jemari...Terima kasih pada keluhuran hati dan keikhlasan jari-jemari.....sayang dari LadyAna

~ GUEST BOOK ANA ~

FEEL FREE TO SIGN MY GUEST BOOK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...