Tetiba dapat order 4 keping marble kek untuk esok, padahal ku dah bitau nak order at least 2-3 days. Tp oleh kerana rezeki dah menjengah didepan pintu, kenalah ku persila masuk..kalau idak ntah bila sudi menjengah...Tapi bila fikir2 balik, iskk gila sungguh, dahlah ku kerja balik kul 5, sampai umah 5.30. Nak kena buat kek 4 buku dan cupcake 16pcs. Tp nasib baik cupcake tu dah prepare semlm, cuma tinggal nak mekap jer. Sampai umah je, campak beg n tudung, terus sinsing lengan capai brg2 buat kek. Time tu si gementar pun tetiba menghantui perasaan ku, "woii..sempat ke nak buat kek ni?" Ye lah, dahlah oven ku kecik je, bukan boleh masuk 2 acuan sekali gus, kena take turn. Tak kira time penyediaan adunan dan time utk kek masak..Tapi ku tawakal jer mintak2 semua berjalan lancar.
Dah ler hari ni ku puasa, time buka pun cuma balun susu dgn mihun tomyam (yg ni bukan ku masak, kedai masak). Makanan utk anak2 pun kedai masakkan..hehehe....
Lepas je kek yg ke 4 selesai masuk oven, then baru ku kerjakan cupcake utk dimekap.
Time ni memang dah lepak...adoyaii..nasib baik anak daraku tolong sikit2 kalau tidak, lagi haru la jawabnya. Finally, dalam pukul 12.30am ku habis mendeco..pheww lega rasanya bila tugas selesai. Tapi tu bukan berakhirnya episod hari ni, sebab sesi mengemas baru bermula pulak...Gedebak gedebuk...pukul 1.00 pagi baru la siap...sebelum tido, sempat jugaku tenet jap....rindu woo dgn laptop ku tu....Dalam pukul 2.00 pg ku baru masuk tido...bayangkan la esoknya nak kena bangun kul 6 pagi..
No comments:
Post a Comment
Hati berkata-kata... tapi tak mampu bersuara tanpa jari-jemari...Terima kasih pada keluhuran hati dan keikhlasan jari-jemari.....sayang dari LadyAna