Saturday, January 31, 2009

Sesekali Teringin

Setiap hari Sabtu, ku kerja half day jer..masuk kul 9am sampai kul 1 pm. Ada sesetengah kawanku mengatakan hari Sabtu ni adalah hari menghadirkan diri saja, maknanya dtg keje, tkyah sungguh2 wat keje...isk isk isk...tak baik camtu kan?...mana boleh nak curi tulang je kan. Pada ku, hari sabtu ni depends la, kekdg tu mmg tk bz - cuma buat filing. Bila time buzy tu, sampai tak sempat2 nak settle keje, tup2 dah kul 1...tp jarang2 la nak kena buzy hari sabtu ni kan...hehe

Sebenarnya bukan topik keje hari sabtu ku nak story mori kat sini..tidak sama sekali..tidak..tidak..
Sejak aku buzy dengan tempahan kek, tetiba tekak ku teringin nak makan kek marble trio mat gebu. So, lepas balik keje ni, kepala otak ku dah set, nak buat kek..nak buat kek. Sampai rumah, makan-makan, kemas-kemas..terus bancuh buat kek marble...ngeh ngeh ngeh...dh mcm org ngidamla pulak nih..
Dah potong2...ready nak masuk mulut...tp kena posing dulu..snap snap...nyum nyum.
Kek Marble Trio Mat Gebu...memang gebus...




Friday, January 30, 2009

Holiday at Work aka Lazy Week

Rata-rata cuti sempena raya cina pada hari Isnin dan Selasa, jadik hari Rabu dah kena kembali bertugas, melainkan jika berhasrat untuk cuti panjang, kenalah apply annual leave. Rata-rata pekerja2 kilang diberikan cuti solid satu minggu dan ada yg lebih dari itu pun ada. Suka atau tidak para pekerja kenalah mematuhi arahan yg diberikan oleh pihak majikan.

Bagi warga kerja ditempat ku, kami diberi pilihan samada untuk menyambung cuti ataupun sebaliknya. Dan dah tentu la kaum2 melayu kat ofis ku saja yg kembali bertugas dan memberi peluang utk kaum cina beraya sakan sepertimana kaum melayu menyambut hari raya dengan bercuti panjang.

Time camni paling best bekerja, sebab time ni bila pi kerja dan balik kerja, jalan taklah jammed seperti biasa. Time ni la, telephone kat ofis kurang berdering. Time camni la, bos2 kebanyakkan takde, so para pekerja buat keje sambil lewa. Time camni la boleh berborak sakan dgn officemate...time2 cam ni, sesi kopek oren, makan kacang, makan biskut berleluasa, bermaharajalela, time2 camni la, SI RAJA MALAS menguasai diri, bertangguh keje.. mengantuk je bila nak start buat keje...isk isk...tak bagusnya perangai cam ni kan...di saat orang lain hilang pekerjaan, kita yg masih berpeluang utk bekerja sepatutnya bersyukur....
:sleepy:
Adakah aku bercerita tentang diriku sendiri? Mmmm mungkin ia, mungkin tidak...TAPI memang cerita ni cerita pasal diriku la....huhu..nasib baiklah minggu ni akan berakhir esok, dimana HOLIDAY at work ni bertemu penutupnya...eh tapi kan aku bukan sengaja nak jadi tidak jujur dlm pekerjaan, cuma aku tak berdaya utk menampung segala keletihan yg ku lalui semasa menguruskan order semasa CNY kemarin. Moga minggu depan, aku akan jadi pekerja yg lebih bertanggung jawab...

Dalam aku menikmati minggu REHAT ni, aku tetap tak berdaya untuk SAY NO to last minute order lagi..Kek Coklat ditempah oleh kenalan di pejabat, Rabiyah - first time order ni. Satu set of Cupcakes diorder oleh kawan lama untuk esok, Husin - dia pun first time order.

Kek Choc Moist - ditempah oleh Rabiyah
Husin order nak bawak balik Melaka





Thursday, January 29, 2009

Award dari Miss Ungu Violet


" BESTEST FOLLOWER UNGU VIOLET'S BLOG "
Macam biasa, sebagai seorang pendatang baru dlm blogging ni, ku sentiasa kesana kemari nak cari kengkawan, lepas ke satu blog ke satu blog ku singgah. Ku tinggalkan jejak dengan mengharapkan kunjungan balas dan mana2 yang sudi tu boleh la xchange link and jadi frenz. Kebanyakkannya sume blogger dah old timer dalam blogging, sumer tu muda2 belaka lak tu...huhu...But for me, as budak baru belajar walaupun dikala usia yg agak-agak dah nak terlajak ni kan, find it very interesting get to know other people by reading their article and become friends. Tak penah bersua, tetapi mesra di alam maya...

Ok, nak cut short citer, award ni dianugerahkan oleh adik Mar. And seperti biasa, setiap award/tag sure ada syarat2 nya..ala2 pengeras la..hehehe

1) Tampal award ni...hah yg ni dah terjongok tu, ok tak Mar?
2) 5 reasons nape ku jadi follower?
  • Mar - nama yg suatu ketika pernah jadi kawan, skrg dh tak pun..huhu..
  • Mar orang Johor...aku org Johor ape
  • Mar - blog yg sungguh menarik...byk beri inspirasi
  • Mar - blajar kat oversea, so byk pics yg boleh dikongsi yg mana aku terperasan ku yg berada kat sana
  • Mar - anak yg sayangkan ibu ayah, dan adik-beradik...mesti penyayang budaknya..
  • Mar - aku geram dgn kulit mu yg gebus tu..putih melepak lak tu ...hehehe
  • Mar , kak tak mahu cakap byk2 kang merapu ntah apa2 pulak
3) Dah nak siap ni Mar, sat kak bitau k..tunggu..






Tuesday, January 27, 2009

Tempahan naik cuti CNY

40 pc Blueberry Cheese Tart
2 pc of Marble Trio Mat Gebu
Choc Moist Cake
Ni hari last cuti sempena CNY, kitaorg tkde pi mana2 pun. Relax kat umah je. Manakala aku yang sepatutnya menikmati masa cuti ni selepas berhempas pulas dgn order2 kelmarin, aku masih ada order yg nak diselesaikan untuk esok..2 marble kek, 1 choc moist dgn 40pc ChizTat.

Bukannya nak mengeluh, malahan ku bersyukur dikurniakan rezeki ni. Lagi pun bukan selalu dapat order kan...sekali sekala je...so pulun ler...

Tp bila dicongak2kan kira alhamdulillah, sejak dari awal tahun ni, dari bulan Jan ke Feb banyak jugak order yg kudapat. Mungkin jugak bersempena dengan perayaan CNY ni kira busy la sikit. Tengok la nnt lepas ni, mcm mana pasaran perniagaanku...





Hoola Hoop

video

Hoola hoop anyone? Huhu..anyone masih boleh buat hoola hoop ni? Me not anymore...ku dah cuba berkali2 tp still tk boleh nak rolling camana yang anakku buat kat dlm video ni..
Takkan lah ku nak pose video aku tgh huru-hara buat hoola hup ni kan...cukup lah lawak untuk family ku saje..

Tak sangka setelah sekian lama, akhirnya ku akur bukan senang nak buat hoola hoop ni, sampai naik berpeluh ku nak gayakan namun tk jugak jayanya..adoyai...ni menunjukkan ku dah semakin usia..semakin tak larat tuk buat perkara2 yg biasa ku buat masa muda belia dulu...


Monday, January 26, 2009

Titanic




Ada seSapa tk penah tengok citer Titanic ni? Tak mungkin tak pernah tengok kan? Ari ni kat HBO ada slot citer ni pulak, so terus nk masuk kat blog ni wat kenangan. It is one of the amazing movies yg pernah ku tengok..jalan cerita yg sungguh menarik, apatah lagi ianya membabitkan tentang kisah cinta yg begitu tragis..adoyai...tgk citer ni mesti ku menangis...sungguh menyentuh kalbu...sungguh syahdu..sebak di dada bila teringat moment2 yg menyentuh perasaan ku yg sensitif ni...


Meh layan soundtrack My heart will go on..syahdu giler


Tak bleh tahan dengar lagu ni, paling tk bleh handle scene kt dlm kete tu !


The promise part ni paling sedih ...never let go...Climax of the Show ni..part jack mati masuk dlm air tu...tersedu2 ku dibuatnya..


Sunday, January 25, 2009

Bestnya Big Apple



Nak story mory sikit, hari ni ku lepak giler, lepas 3 hari berhempas pulas menyiapkan tempahan. Mungkin disebabkan tido yg hanya 4 jam je tetiba hari ni ku diattack dgn pening kepala. Telan panadol dh 6 biji tuh, tp bukanlah one shot (hehehe..ku masih siuman lagi). Tengah dok sakit2 ni, kepala dok pikior yg ada tempahan hari Rabu yg mana stock butter ku dah abis.

Petang dalam kul 5 ptg, ajak mr abang gi Tesco Plentong nak cari butter (sama dalam hati ku nak sambar BIG Apple..nyum nyum..)

Hah tengok ku sambar 12pc BIG Apple yg sumer sedap2 belaka yg sungguh memusnah segala dietku. Tapi takpe la sekali sekala je..tk bleh selalu sebab badanku memang tak boleh dilayan makan benda2 camni.

That's all for today entry...




Saturday, January 24, 2009

Minggu Beezee Baking

Sambungan dr citer semalam...ku cuti dua hari kerana terima tempahan kek yg agak memberangsangkan. Hari ni ku sambung keje, walaupun masih kepenatan ku gagahi jugak melangkah ke pejabat. Nasib baiklah ari ni ofis half day je, so tk la penat sangat. Dalam masa tgh bekerja, dibenak otak ni dok mengitung masa je, nak balik cepat je sebab ku nak kerjakan tempahan 12pc cupcakes, 2 choc moist dan 5 marble trio. Lepas sumer order ni settle, the baru la ku boleh nak relax sikit..lepak betul badan ni.

Jom layan Kek buttercream n Cupcakes yg ditempah oleh cousin ku...TQ Girl..(family call dia Girl - first time order dari aku ni..huhu) Lepas ni kalau puas hati boleh la order selalu ea..support family business sikit..hahaha..






Friday, January 23, 2009

Kek Order Lagi


Pagi td lepas deliver 10pc kek order, ku terus balik umah sebab nak sambung lagi order utk dihantar petang nanti. Ada 1 kek choc moist, 1 marble dgn 1 carrot cake dan juga 30pc cheese tart (cheese tart ni dah siap semalam lagi)..

Lepak betul badan ni, sebab non-stop order masuk, tidur pun takat 4 jam jer. Tu tak buat lagi kek order utk esok, 4 choc Moist, 1 buttercream cake dgn 12 cuppies..perghhh..syukur alhamdulillah, bukan selalu nk dpt tempahan yg bertindih tindih camni...

Birthday cake ditempah oleh Eita, my office mate
Carrot Cream Cheese Cake - ditempah oleh Lin Etiqa
Ni Cheese tart - ditempah oleh my office mate - Liz

Alamak, lupa nak snap Marble kek tadi

Chinese New Year Order


:smoke:Pagi ni ku kena buat delivery untuk tempahan kek sempena Chinese New Year. Ada 9 Moist Choc Cake dgn 1 Marble cake diorder oleh kawan adik iparku dari Etiqa Insurance, Ms Fiona. Dia ni kira regular aku la, dh banyak dia buat tempahan. Last year masa Hari Raya dia pun ada order 6keping Choc Moist cake. Dia ni memang baik hati, order banyak2 gitu sumer sebab nk kasi orang. Yang kelakarnya dgn aku pun dpt habuannya. Time Hari Raya mesti dia kasi aku duit raya...ish ish ish...kekadang tu kan kita jadi malu dibuatnya. Pernah dulu masa ku cuti sakit, dia siap hantar bunga, berserta coklat dan teddybear utk ku...huhu..terharu seh

Ni la sumbangan dari Fiona, masa ku sakit dulu..huhu dh tua2 masih dpt bear lagi..huhu

Choc Moist Cake - Kek paling Laris ku jual


:kiss:Lihatlah sesak fridge ku penuh dengan kek

~ GUEST BOOK ANA ~

FEEL FREE TO SIGN MY GUEST BOOK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...