Tuesday, January 20, 2009

Resepi Cheese Tart



A'ha, seperti yang dijanjikan, ku nak lampirkan (chewahh) resepi "CHiztaT" ni yang bakal menjadi sumber rezeki keluargaku. Pada yg ingin mencubanya silalah, jgn segan2..mari..mari..

Bahan-bahan Pastri : (35 keping)
125gm butter
40gm gula icing
250gm tepung
1 biji telur
esen vanilla

Bahan filing :
125gm cream cheese
30gm gula icing
10gm butter
1/2 biji telur
blueberry / strawberry filing (ku guna jem yg baik kualitinya mcm st.darfour)

Cara-cara :
Pastri
1. Satukan tepung dgn gula
2. Masukkan butter, gaul rata
3. Masukkan telur
4. Uli hingga sebati, dan simpan dlm petisejuk selama 30 minit
5. Selepas itu, bolehlah di canai adunan ke dalam acuan tart
6. Bakar guna api atas n bawah selama 10 minit pada suhu 180', atau separuh masak
7. Sejukkan sebelum diisi dgn cheese filling

Cheese Filling :
1. Putar cream cheese bersama butter
2. Masukkan gula icing n telur
3. Pukul lagi hingga sebati
4. Sudukan kedlm pastri tart dn letakkan filling ditengah2 dn lorekkan
5. Bakar lagi selama 8 minit pada suhu 180'

Selamat Mencuba...





:kiss:

2 comments:

  1. semakin kencang biz nampak!trasa lapar lak...

    ReplyDelete
  2. huishhh..hebatnya...
    teringin la nak wat semua ni..
    tatapi minat tu belum ada agi..
    kalau buat jugak..harus ntah apa2x je kang..

    ReplyDelete

Hati berkata-kata... tapi tak mampu bersuara tanpa jari-jemari...Terima kasih pada keluhuran hati dan keikhlasan jari-jemari.....sayang dari LadyAna

~ GUEST BOOK ANA ~

FEEL FREE TO SIGN MY GUEST BOOK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...