Tuesday, February 17, 2009

Apa tu Botok-Botok?

Botok-Botok Mak Mertuaku Super Sedap!!

Hari Ahad lepas, aku ada entry pasal hidangan sempoi yg mana salah satunya ialah seperti gambarajah diatas (wahhhh...ada style cikgu tak cara aku cakap ni) iaitu Botok-Botok. Bunyi macam Botox yang org2 kaya dok cucuk tang sini cucuk tang sana....fungsnya utk menegangkan kulit2 yg mengendur, tapi ada jugak yg tak kendur pun diaorg cucuk jugak...tu yg heran tuh..dari segi harga pulak, berlipat2 gulung guling kali ganda ganda ganda..aku rasa nak dptkan suntikan botox ni, korang boleh makan botok2 ni utk setahun punya supply.
Berbalik pada cerita botok2 ye, ianya merupakan sejenis juadah makanan yang fofular (sebutan sabdu kena jelas ye..FOFULER)) di Johor....especially time bulan puasa, memang boleh kecir air liur la bila nyebut botok2 ni...gayanya macam orang lelaki yg bini tgh berpantang, pastu nampak perempuan cantik seksi...lebih kurang gitu la kekecuran airliurnya...hehehe.jgn marah arr kengkawan kaum adam aku ngata korang nih...
!

Tak yah org jantan, aku sendiri kalau nampak pun boleh melopong..


Sejarah tentang terciptanya nama BOTOK2 ni aku tak dapat nak kupas la, sebab musababnya mungkin mak atau nenek aku pun tak dpt nak jawab, ngapa nama tu dipilih dan apa sinonim nama tu dgn makanan ni. Yang paling penting, botok2 mak mertua aku memang best, sebab tu orang memang suka tempah dengan dia walaupun tempahan tu mengikut masa lapang yang dia ada.


Untuk kengkawan yg dok tertanya2, apa tu botok2, ni ada sikit info.


Botok-botok adalah sejenis makanan yang diperbuat daripada ikan bercampur kelapa, rempah dan pelbagai jenis dedaun yg dikukus dalam daun pisang. Rempah yang digunakan ialah cili kering, bawang putih, merah, halia, serai, kerisik, rempah kari dan santan. Untuk dedaun yg digunakan, adalah terdiri daun2 yg tumbuh tanpa perlu dikawal rapi seperti, pucuk ubi, daun cekur, daun mengkudu, daun kesum, daun selasih, daun kunyit, daun salam, dan daun pokok puding.

Selain itu kita juga perlukan ikan.Ikan yang sesuai adalah ikan tenggiri atau ikan kembung.Tapi bagi saya,
saya suka ikan tenggiri….sebab? besshhhh (sambil angkat ibu jari ni)

Untuk pembungkusan, daun pisang memainkan peranan yg penting disini. Daun pisang biar lah yang lebar.


Setelah rempah2 siap disediakan, dedaunan tadi kita susun atas daun pisang, then letak rempah, then ikan, then rempah, then dedaunan, then lipat daun pisang tu mcm bungkus nasi lemak je.


Akhir sekali kukus dan jadi lah satu hidangan botok botok.



No comments:

Post a Comment

Hati berkata-kata... tapi tak mampu bersuara tanpa jari-jemari...Terima kasih pada keluhuran hati dan keikhlasan jari-jemari.....sayang dari LadyAna

~ GUEST BOOK ANA ~

FEEL FREE TO SIGN MY GUEST BOOK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...