Sunday, February 15, 2009

Jiran Dan Ketam

Hari ahad adalah hari kita sekeluarga bangun lewat....tp walau camanapun, sang ibu tetaplah org pertama yg kena bangun..ye tak? So bangun pagi2, kita gosok gigi, kita cuci muka, minum kopi then bukak blog, reply message n baca e-mail.
Tgh syok2 layan2 internet, ada orang beri salam dgn ketuk gate...asssalammualaikuuummmm...teg teg teg (bunyi gate kena ketuk)...ahhh...sapalah pulak yg datang ni? Ada org nak jual barang ke? Malas betul la nak layan...aku biar je..sebab kalau kenalan, sedara mara ke, mesti diaorg dah jerit2 nama aku ke, nama laki aku ke atau nama anak2 aku. Lepas tak dilayan panggilan tu, orang tu pun pegilah..lega rasa...lepas tu, tup tup dia datang lagiiiii.....
:what:aku pun terus la bukak pintu sebab tak kuasa org tu dok beri salam dgn ketuk2 pagar aku, kang runtuh pagar tu dah susah pulak aku nak menggantikannya....Bila ku bukak pintu, rupanya Jiran aku merupakan kawan laki aku jugakla (selang 7-8 pintu) dari rumah aku. Dia hulurkan plastik merah kat aku, "amik la"..aku pun pegi la kat dia..."apa ni?" sambil ku tengok isi kandungannya...dia diam jer, sebab bila aku dah bukak plastik tu mestilah aku tau apa isinya....
(Ini bukan ketam yg aku dapat)

Lepas aku tengok isi kandung plastik aku pun cakap, "ohhh....ketammmmm...mmmm...tima kasih ea.." Pas tu dia pun terus naik motor balik. Aku terus masuk rumah, sambil cakap kat dalam hati..$^*@#^*(&*)((_+))(*)(*

(Inilah ketamnya, dlm beg plastik lagi ni)

aku kesian tengok ketam2 yg dijalanya ni, bukan aku tak bersyukur dgn pemberian orang. Tapi pada aku biarlah anak2 ketam ni besar2 sikit, barulah di jala. Ini kecik2 anak tuh...susah nak aku gayakan masak apa..nak goreng ke? nak buat cili crab ke? ..isinya pun takde kot..Kalau la laut tu dekat kat rumah aku, aku pegi lepaskan ketam2 tu balik, biar besar2 dan gemuk2 barula ditangkap buat makan...ye tak? Kalau korang, dapat ketam camni, apa korang buat? Aku taknak citer la, apa yang aku buat kat Ketam2 tu...biarlah ianya menjadi rahsia kami saja..sshhhh

Tapi, walau macamanapun, aku berterima kasih, sebab ada orang yang suka nak berkongsi dan perihatin mcm jiran aku ni. Tima kasih la banyak2. Bak kata org, tima kasih daun keladi, kalau ada kasik la lagi...
Kalau dia tau aku citer pasal ketam yg dia bagi ni...mati aku...mesti dia tak nak geng lagi dengan kita org...


Korang jgn bitau kat jiran aku ni ea...hehe

4 comments:

  1. diva nak bagi tau dia kat jiran tu ana nak ketam yang besar. yang boleh distim atau masak lemak cili padi. yang kecik cuma boleh buat hiasan...

    ReplyDelete
  2. kak ana bila nak jemput pj makan malam kat rumah ni....
    mengidam ketam la...
    hehe

    ReplyDelete
  3. pj mengidam sbb tettttttt...
    lalala~~
    pape2pun chumil ank ketam tu..heee

    ReplyDelete
  4. ingatkan dpt ketam nipah... kihkihkih! ketam nipah tu jiya suka masak kari.. sedap giler!

    cinonet no ketam yg akak dpt tu kan tp masa king tangkap ketam kat sabah dulu pon kecit2 tp banyak! nak makan alahaiii... takda isi. kihkihkih!

    ReplyDelete

Hati berkata-kata... tapi tak mampu bersuara tanpa jari-jemari...Terima kasih pada keluhuran hati dan keikhlasan jari-jemari.....sayang dari LadyAna

~ GUEST BOOK ANA ~

FEEL FREE TO SIGN MY GUEST BOOK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...