Wednesday, February 11, 2009

<< KETAKUTANKU >>

Hari yang penoh emosi dan maka tercipta lah artikel ini….KETAKUTANKU

Ada banyak isu yang boleh dikupas dari tajuk ni. Ianya begitu luas cabang yg nak dipertikaikan, memang panjang jela. Aku??? apa yang aku takut? Apa yang paling aku takut dalam hidup ini? Takut yang tidak dapat dilihat, di sentuh ,tak macam takut dgn alam sekeliling yang boleh dihindarkan kehadirannya..takut lipas, spray je, pastu bila dah mcm mabuk je bak lipas kudung (walaupun lipas tu cukup sifatnya), boleh la terus pijak kasi cepat jalan. Takut kat anjen (mcm Jiya) bawak je kayu atau batu, kalau agak2 anjen tu nak attack…kita ada perisai kat tangan..Sekurang2nya anjen ni takut jugak kalau nampak kita dah ready dengan senjata sume…Kalau takut naik sampan, boleh pilih naik kenderaan lain…Hakikatnya, takutkan benda yang boleh dicapai oleh tangan dan dilihat oleh mata, tak berapa mencabar dari takutkan benda yang alami.

Takut seorang insan – aku takut masuk neraka…aku takut azab seksaan kubur… tapi untuk menuju jalan ke syurga macam takde kesungguhan kurasa..subhanallah..takut pada allah dan neraka mesti ada pada sume umat islam.

Takut seorang anak, mungkinkah dapat aku membalas jasa, pengorbanan, wang ringgit oleh mak dan abah ku dari sejak dilahirkan hinggalah ku remaja? Takut dianggap anak derhaka kerana tidak menuruti kemahuan mereka. Aku akui aku bukanlah anak yang baik seperti malaikat dan tidaklah jugak jahat seperti iblis dan syaitan..aku anak yg sederahana…

Takut seorang pelajar – setiap kali menduduki peperiksaan, bercita2 nak mendapat tempat yg pertama atau setidak-tidaknya menjadi dikalangan yang terbaik. Bukan saja di sukai oleh guru2 dan kawan2 di sekolah, malah menjadi kebanggaan mak abah diatas kecemerlangan anaknya disekolah. Bangga mak abah boleh dikongsikan dengan jiran tetangga dan saudara taulan..tapi hakikatnya aku tak begitu cemelang didalam pelajaran..mak abah..maafkan anakmu.

Takut seorang tunangan – kata orang dalamasa kita mengikat tali pertunangan, banyak cubaan dan godaan yang mendatang. Hati nak kena cekal, silap2 tak sampai hasrat nak kejinjang pelamin. Aku bersyukur, segala cubaan dapat diatasi dan kami selamat menempuhi alam pertunangan dengan aman dan damai..

Takut seorang isteri – yang ni memang terlalu kompleks istilah takut…terlalu meluas..kalau nak dikupas memang boleh haus jari menaip kat keyboard ni..aku Cuma ringkaskan saje. Takut seorang isteri, bila mana makanan yg dihidang tak sesedap yg pernah dimakan suami. Takut tak dapat melahirkan zuriat untuk suami.
Takut tak mampu memberikan kepuasan zahir dan batin. Takut tak dapat nak mengekalkan kecantikkan rupa dan tubuh badan. Takut bila suami sudah mula mengerling ke perempuan lain. Takut jugak bila kejujuran, kebosanan, kesetiaan mula kian pudar. Takut dicemuh kerana gagal menjadi isteri yang baik kepada seorang lelaki yang bernama suami.

Takut seorang ibu – Takut bila nak bersalin…mestilah takut, dpt tgk anak yg dilahirkan ke tidak. Takut anak yang dilahirkan tu cukup sifat ke, berpenyakit ke. Takut tak mampu nak jalankan kewajipan sebagai seorang ibu, walaupun ada pepatah mengatakan sedangkan haiwan pun sayangkan anak inikah pulak kita manusia. Tapi bila ada cerita yang anak2 didera ibu bapa tu camna tuh? Susah nak cakap kan…tapi rata2, ibu mana yg tak sayangkan anaknya..walau jahat dan setan sekalipun, naluri ibu tetap ibu. Sesapa yang bergelar ibu mesti faham maksud aku kan? Kalau yang belum bergelar ibu, cuba2 lah fahamkan…kerna satu hari nnt pasti kita akan jadi seorg ibu jugak, dgn izin allah. Inshaallah…

Buat masa ni, takutnya aku sebagai seorang insan dari seorang anak, pelajar, remaja, tunangan, isteri dan ibu, telah ku lalui. Sungguh getir menjalani kehidupan yang penuh pancaroba ni. Kekadang bila diingat balik, hati jadi sendu, menyesalnya, kecewa, merana, gembira, bahagia, cinta, kasih sayang…sume telah dirasai…Takut seorang mertua dan nenek belum ditempuhi lagi la…tapi aku tetap ada rasa takut untuk menempuhi ke alam itu.. Yang aku tau, aku hidup dalam ketakutan….rasa takut ni takkan mati dari dalam diri ini selagi aku masih bernyawa di muka bumi ini…



Kemana nak di luahkan segala gundah yg bersarang dihati
Kusutnya permainan jiwa tak tertanggung
Perjalanan hidup penuh ranjau
Mungkinkah bisa ku bertahan
gerak laku sumbang selalu
Tatkala bibir menutur kata
Hati bimbang di salah tafsir
Segala yg terbuku dalam jiwa tiada siapa yang tahu
Hanya yang Maha Esa…
Ya Allah Berikan Ku Kekuatan
Sesungguhnya ku insan hina lagi tak berdaya


5 comments:

  1. kita pn takut seorang insan kak....ishhhhh

    ReplyDelete
  2. suka baca poem tu... karangan ana ke..? pandai ana buat sajak... divapun jadi takut... takutkan hantu

    ReplyDelete
  3. >> Helena : Memang menakutkan hidup ni..Kena tabah, cekal dan berserah pada yg Maha Esa

    ReplyDelete
  4. >> Diva : a'ah tu original, takde ciplak mana2...on the spot dtg ke otak turun ke jejari n masuk ke blog..hehe

    ReplyDelete
  5. j0b37q5r32 i7t07c3s09 l3v27i8q06 r9u77s6y71 z0p34r3z82 k6g94s9b58

    ReplyDelete

Hati berkata-kata... tapi tak mampu bersuara tanpa jari-jemari...Terima kasih pada keluhuran hati dan keikhlasan jari-jemari.....sayang dari LadyAna

~ GUEST BOOK ANA ~

FEEL FREE TO SIGN MY GUEST BOOK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...